Pada 25 hingga 27 Julai 2019 seorang murid Sederap iaitu Raja Puteri Dyana binti Raja Aizam Shah telah menyertai satu bengkel Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya peringkat cawangan ( Negeri). Raja Puteri Dyana telah lulus dengan menyiapkan 3 log iaitu log kemajuan, log kecekapan dan log peribadi. Oleh itu, dengan usaha dan kejayaan ini, Raja Puteri Dyana telah mendapat Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya peringkat Cawangan ( Negeri) dan layak ke peringkat Kebangsaan. Semoga Raja berjaya ke peringkat Kebangsaan.
Pencapaian : Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Peringkat Cawangan.
: Raja Puteri Dyana binti Raja Aizam Shah.



