Berhubung
dengan perkara tersebut di atas adalah dirujuk.
Bersama-sama ini disertakan Notis
Tawaran Sebut Harga Kantin Sekolah Kebangsaan Desa
Pinggiran Putra bagi tempoh 1 Disember 2020 hingga 30 November 2022
TAWARAN SEBUT HARGA UNTUK KANTIN
SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PINGGIRAN
PUTRA
1.
Tawaran
adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk
mengendalikan
kantin sekolah ini bagi tempoh dari 1
Disember 2020 hingga 30 November
2022
(24 bulan).
2.
Sebut
harga hendaklah dihantar di dalam surat berlakri dan bertanda “SEBUT HARGA
KANTIN SK DESA PINGGIRAN
PUTRA” di bahagian atas sudut kiri. Borang serta
dokumen-dokumen lain
berkaitan, hendaklah sampai ke Pejabat sekolah pada atau sebelum
30.09.2020 jam 12.00 tengah hari.
3. Setiap
sebut harga hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM100
(Ringgit Malaysia: Satu Ratus
Sahaja) dalam bentuk kiriman wang/ wang pos/ draf bank/ cek
berpalang atas nama
GURU BESAR SK DESA PINGGIRAN PUTRA. Permohonan
tanpa
wang pertaruhan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan. Wang pertaruhan
akan
dikembalikan semula kepada
pemohon-pemohon yang tidak berjaya.
4.
Borang-borang
serta dokumen lain yang berkaitan boleh didapati di Pejabat sekolah
mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada waktu
pejabat secara PERCUMA.
Jumlah anggaran murid untuk tahun
2021 adalah seperti berikut;
Jumlah
murid Melayu = 950 orang
Jumlah
murid Cina = tiada
Jumlah
murid India = tiada
Lain-lain = tiada
Jumlah
besar = 950 orang
Jumlah
guru = 59
orang
Jumlah
kakitangan = 8 orang
Pekerja
swasta = 8 orang
Sesi
persekolahan : 1 sesi
(pagi sahaja)
5.
Keputusan
Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad dan sebarang bantahan
atau rayuan
tidak akan dilayan.
6.
Dokumen-dokumen
yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan ialah;
i.
Sijil
Pendaftaran Perniagaan (ROB)
ii.
Sijil
Pendaftaran Sijil Kewangan(ROT)
iii.
Sijil
Kursus Pengendalian Makanan
iv.
Lesen
Perniagaan Majlis Perbendaharaan (jika sedang berniaga), cetakan
pendaftaran online
FOSIM (Food Safety Information
Management) dengan
Kementerian Kesihatan Malaysia, jika belum sila daftar
melalui laman web :
http//fosimdimestic.moh.gov.my
v.
Markah
kebersihan kantin sekarang (jika ada kantin).
Segala
kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan disanjung
tinggi.
Sekian,
terima kasih.