PENGERTIAN LOGO
|
Warna
|
Merah dan
Kuning
melambangkan bahawa SK Desa Pinggiran Putra berada di dalam Negeri Selangor
Darul Ehsan. Disamping itu, merah
melambangkan keberanian dan kuning melambangkan kedaulatan dan rasa hormat. Warna
biru melambangkan perpaduan. Putih melambangkan kebersihan dan kemurnian. Hijau pula melambangkan kerohanian.
Elemen
|
Roda gigi melambangkan teknologi dan lima bulatan melambangkan kesukanan
dan buku melambangkan ilmu pengetahuan. Perisai melambangkan jati diri
dan kekuatan warga SK Desa Pinggiran Putra dalam menghadapi cabaran
pendidikan. Terdapat 4 lembaran buku
yang melambangkan kehendak pendidikan di Malaysia mengikut Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani (Biru), Emosi(Merah dan Kuning), Rohani (Hijau) dan
Intelektual (Putih).
No comments:
Post a Comment