Pada 14 Julai 2014
iaitu pada hari Isnin telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Pemugaran
Nilam 2014. Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung di Dataran Perhimpunan
Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra pada pukul 7.40 pagi. Program NILAM (“Nadi
Ilmu Amalan Membaca”) adalah merupakan salah satu program Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam
kalangan murid sekolah. Program Pemugaran NILAM diharapkan mampu meraih kembali
minat pelajar untuk meningkatkan pembacaan. Melalui pembacaan pelbagai ilmu
mampu diraih, meluaskan pengetahuan di dada, meningkatkan daya imaginasi,
kreativiti serta mencetus inspirasi untuk murid bersedia memanfaatkan hidup
untuk berjaya membaca adalah merupakan kunci ilmu menuju kejayaan. Di antara
objektif program NILAM adalah:
1. 1. Meningkatkan kesedaran tentang
kepentingan membaca di kalangan murid SK Desa Pinggiran Putra.
2. 2. Memupuk minat dan amalan membaca di
kalangan murid SK Desa Pinggiran Putra.
3. 3. Menggalakkan pembelajaran sepanjang
hayat dan cintakan ilmu.
Majlis pelancaran
tersebut telah dihadiri oleh barisan guru penolong kanan, guru-guru praktikum,
guru-guru dan murid-murid SK Desa Pinggiran Putra. Pengacara majlis tersebut
ialah Cik Nurul ‘Aqilah binti Mohd Tahir. Majlis tersebut dimulai dengan ucapan
oleh Encik Sukimin bin Juki (Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra). Di antara
isi-isi ucapan beliau adalah:
1. 1.NILAM merujuk kepada Nadi Ilmu Amalan
Membaca. Nadi manusia terhasil oleh denyutan jantung dan nadi merupakan satu
indikator untuk manusia hidup. Dalam mencari ilmu, nadi seseorang manusia
adalah membaca.
2. 2. Perkara penting bagi umat islam
adalah dengan membaca. Negara yang membangun dan maju ke hadapan adalah negara
yang suka membaca.
3. 3. Setiap tahun, rakyat Malaysia hanya
membaca dua buah buku dalam setahun. Negara kita jauh ketinggalan dalam aspek
membaca berbanding dengan negara-negara maju yang lain. Kita hendaklah sentiasa menunjukkan minat untuk membaca walau di mana kita berada. Contohnya di dalam
kenderaan atau di dalam kelas sewaktu menunggu guru masuk ke dalam kelas.
4. 4. Agama islam juga menyarankan agar
kita memupuk budaya suka membaca dan murid-murid datang ke sekolah adalah untuk
menimba ilmu dan membaca.
5. 5. Pengiktirafan gangsa, perak, emas dan
nilam untuk murid-murid yang rajin dan banyak membaca.
6. 6. .Sekiranya murid-murid membaca 72-143
buah buku, mereka akan mendapat pengiktirafan gangsa.
7. 7. Untuk mendapat pengiktiran perak,
murid-murid perlu membaca 144-215 buah buku.
8. 8. Manakala untuk mendapat pengiktirafan
emas, murid-murid perlu membaca 216-287 buah buku.
9. 9. Sekiranya murid-murid membaca buku
sebanyak 288 ke atas, mereka akan diberi pengiktirafan NILAM.
Majlis terus meriah
dan bersemangat dengan gimik pelancaran oleh Puan Rozayma binti Zaman, Puan
Noor Asiah binti Mohd Yusoof dan Cik Ili Syahirah binti Abdul Ghani (Guru-guru
SK Desa Pinggiran Putra). Mereka telah melakonkan satu situasi di mana seorang
peserta AF telah tersingkir. Peserta-peserta AF tersebut ialah Puan Rozayma dan
Puan Noor Asiah. Manakala, peserta yang tersingkir ialah Puan Rozayma.
Pengacara majlis pula dilakonkan oleh Cik Ili Syahirah. Peserta AF yang
tersingkir iaitu Puan Rozayma telah membawa sebuah beg dan sekaki payung sewaku
meninggalkan AF. Kemudian beliau terus berjumpa dengan Guru Besar serta menyerahkan
payung dan beg tersebut kepada Guru Besar.
Majlis bertambah
meriah dengan pelancaran perasmian NILAM oleh Encik Sukimin bin Juki (Guru
Besar SK Desa Pinggiran Putra). Guru Besar telah membuka payung tersebut dan
tertera perkatan NILAM. Kemudian Guru Besar juga telah mengeluarkan banting
dari beg dan melepaskan banting tersebut serta melancarkan program NILAM yang
diserikan lagi dengan taburan confekti. Lagu NILAM juga berkumandang sewaktu majlis pelancaran
berlangsung.
Pihak sekolah
merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan guru penolong kanan, guru-guru
dan murid-murid SK Desa Pinggiran Putra di atas Pelancaran Program Pemugaran
NILAM pada kali pertama ini. Semoga majlis ini akan memberi manfaat kepada
murid-murid SK Desa Pinggiran Putra dan terus
menjadi inspirasi kepada generasi penerus bangsa.
Berikut
adalah antara gambar-gambar Majlis Pelancaran Program Pemugaran NILAM 2014.
No comments:
Post a Comment