Tempat : Dataran Perhimpunan dan Bilik Gerakan Kokurikulum
Guru terlibat:
1. En. Maz Azlee bin Azhari
2. En. Zakaria bin Sha`ari
3. Pn. Ifahayati bt Ismail
4. Cik Ili Syahirah bt Abd. Ghani
Pemantauan
1. En Sukimin bin Juki - Guru Besar SK. Desa Pinggiran Putra
2. Pn. Maznah bt Mohd Noor - Penolong kanan Kurikulum /Pentadbiran
3. En. Rosdin bin Ibrahim - PK HEM
4. Pn. Salmah bt Ismail - PK Kokurikulum
Pengenalan
Program
penilaian Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan ( SEGAK ) ini telah dirancang
selari dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Sekolah Menengah
Gaya hidup
masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari.
Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti
harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti
kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur
yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah
ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.
Definisi Kecergasan Fizikal
“Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang
berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi
individu perlindungan dari ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan)
seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang.
Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu
untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan,
berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.”
Falls, 1980
Objektif
Murid dapat :
1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal
individu;
4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui
perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.
Prosedur
Semua murid perlu
menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan
ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, kebolehan
murid, serta mengambilkira peralatan dan tempat ujian dijalankan. Umur murid
dikira pada 1 hb. Januari untuk
rujukan norma.
Ujian ini boleh
dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini
juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu
dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga
mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan
mengikut urutan secara berterusan. Urutan
item bateri ujian adalah seperti berikut;
1.
Naik Turun Bangku ( 3
minit )
2.
Tekan Tubi ( 1 minit )
3.
RIngkuk (1 minit )
4.
Jangkauan Melunjur (3
kali percubaan)
Ukuran Indeks
Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.
PELAKSANAAN
Naik turun bangku - 3 minit |
Tekan tubi - 1 minit |
Ringkuk - 1 minit |
No comments:
Post a Comment