Kepada semua ibubapa/penjaga
Murid SK Desa Pinggiran Putra.
Penyerahan Buku Teks SPBT untuk sesi persekolahan 2015 akan diadakan pada ketetapan berikut,
TARIKH :
16.12.2014 dan 17.12.2014
HARI : Selasa dan Rabu
MASA : 8.30 pagi hingga 12.300 tengah
hari
TEMPAT :
Bilik SPBT (BOSS)
Sehubungan dengan itu semua murid tahun 2 hingga Tahun 6 2015 boleh
mengambil buku Teks SPBT masing-masing pada tarikh yang dimaklumkan di atas. Ibubapa dan murid-murid perlu menandatangani borang akujanji penerimaan dan senarai semak buku yang diterima dari para petugas.
Untuk murid tahun 1 2015
penyerahan buku teks akan dilakukan semasa Hari Orientasi Tahun 1 pada
27.12.2014 kelak.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih
Lampiran: Contoh:
SURAT AKUAN PENERIMAAN BUKU TEKS
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
Saya ……………………………………………..……….Tahun : ………………….
dengan ini mengaku telah menerima buku
sebanyak …………………..naskah daripada pihak sekolah.(seperti dilampiran A).
2.Saya memahami bahawa semua buku
tersebut merupakan Hak Kerajaan Malaysia yang dipinjamkan kepada saya dan saya
tertakluk kepada peraturan Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah.
3.Dengan ini saya berjanji akan
menjaga buku teks dengan baik dan mematuhi peraturan peraturan SPBT iaitu:-
3.1 Membalut buku teks dengan plastic lutsinar
3.2 Membawa buku teks ke sekolah
3.3 Tidak meninggalkan buku teks di kelas atau di merata-rata
tempat
3.4 Tidak meminjamkan buku teks kepada pelajar lain
3.5 Tidak menconteng, merosakkan atau menghilangkan buku teks
3.6 Mengambil dan memulangkan buku teks pada waktunya
4.Sekiranya saya melanggar
peraturan tersebut, maka pihak pengurusan SPBT sekolah berhak mengambil tindakan
atau meminta saya menggantikan buku yang rosak/hilang tersebut termasuk
mengambil semula semua buku teks yangada pada saya.
5.Kegagalan saya mematuhi
peraturan SPBT turut membolehkan pihak sekolah mengambil apa-apa tidakan
disiplin terhadap diri saya.
Yang benar,
Disahkan oleh;
…………………………………… ………………………………..
(
) ( )
Nama Murid Guru Kelas/Penyelaras SPBT
Tarikh : ________________ Tarikh:
_______________
Diakui oleh:
…………………………………
( )
Ibu/Bapa/Penjaga
Tarikh : _______________
No comments:
Post a Comment