Friday, 14 August 2015

KEMPEN JOM SIMPAN DUIT RAYA.

Kepada Ibu bapa / Penjaga yang di hormati.

Bank Simpanan Nasional Cawangan Putrajaya akan mengadakan kaunter promosi Pembukaan dan Penambahan Simpanan Sempena Program "Kempen Jom Simpan Duit Raya" seperti ketetapan berikut,

   Tarikh   :   18 OGOS 2015
   Hari      :    Selasa
   Masa    :    10.30 pagi hingga 1.00 petang
   Tempat :    Ruang Lobi SEDERAP

Pihak BSN akan menyediakan hadiah istimewa dan lumayan kepada penyimpan tertinggi dan pertandingan ini adalah pertandingan di kalangan pelajar-pelajar yang terpilih di negeri Selangor.

Hadiah berupa wang tunai.    Pertama   : RM500
                                            Kedua      : RM400
                                            Ketiga      : RM250

Jangan lepas peluang untuk menyimpan di BSN. Dengan pembukaan akaun RM50 para pelajar akan menerima cenderahati dari BSN. Bagi pelajar yang membuat simpanan sebanyak RM160, layak menyertai Kelab Penabung Muda (KPM) serta layak menerima cenderahati KPM dari BSN

Bagi pembukaan akaun baru anak tuan/puan dikehendaki  membawa sekali salinan Surat Beranak.
Bagi penambahan simpanan, sila bawa buku akauan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pn. Syafinaz/Pn Rosnita/Pn.Zalia di talian 03-88901181.
Buku akaun nak tuan/puan akan dikemmbalikan melalui guru sekolah 1 minggu selepas tarikh pendaftaran.

p/s . Pastikan anak tuan/puan dapat menjaga wang yang dibawa dengan selamat.
        Tuan / puan juga dibenarkan datang ke sekolah untuk urusan ini pada masa yang dimaklumkan di atas.



Disediakan oleh
(ROSDIN BIN IBRAHIM)
PK HEM

No comments:

Post a Comment