A) Dalam kes disiplin
- Hadir ke sekolah setelah menerima surat atau panggilan telefon dari sekolah dengan kadar segera.
- Perbincangan dua hala dalam keadaan harmoni.
- Bersedia menandatangani surat jaminan atau akujanji bertulis bahawa anak atau anak jagaannya akan diberhentikan jika salahlaku berulang termasuk denda dan buang sekolah.
- Bersedia memberi keizinan kepada pihak sekolah untuk mengenakan tindakan disiplin salahlaku ketidakhadiran sekolah berterusan atau berulang termasuk denda dan buang sekolah.
- Sentiasa menghubungi pihak sekolah untuk memantau perkembangan anak atau anak jagaannya di sekolah.
- Kes dirujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk sesi kaunseling dan laporan hendaklah dimaklumkan kepada penjaga dan pihak sekolah.
- Kes diserahkan kepada guru disiplin untuk pemantauan dan pemerhatian.
B) Berurusan dengan sekolah
- Lapor diri di Pondok Pengawal di Pintu Utama SK Desa Pinggiran Putra.
- Memperolehi Pas Pelawat.
- Dapatkan Kebenaran dari Guru Besar atau Pihak Pengurusan Sekolah dan menandatangani buku pelawat ibu bapa sebelum berjumpa murid atau guru.
- Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan berlegar di kawasan Sekolah untuk waktu yang lama.
- Sewaktu berurusan dengan sekolah mesti berpakaian sopan.
- Ibubapa tidak dibenarkan menghantar makanan pada waktu rehat.
- Membawa murid keluar dari kawasan sekolah pada waktu persekolahan perlu mendapat kebenaran Guru Besar atau Pihak Pengurusan dan perlu mencatat buku keluar yang disediakan
Disediakan oleh;
Unit HEM
SK Desa Pinggiran Putra
No comments:
Post a Comment