Pada tarikh 26 Mac 2016 iaitu hari Sabtu, kursus kepimpinan pemimpin kecil SEDERAP telah dilaksanakan dengan jayanya. Kursus ini telah dilaksanakan dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dan dilaksanakan di Pusat Sumber SK Desa Pinggiran Putra. Kursus ini melibatkan pemimpin-pemimpin kecil SK Desa Pinggiran Putra yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, ketua dan penolong ketua kelas. Kursus ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama Unit Disiplin SK Desa Pinggiran Putra. Selain itu, kursus ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada fasilitator-fasilitator daripada Universiti Pertahanan Nasional, di mana mereka telah mengendalikan kursus dari awal sampai tamat kursus.
Aturcara kursus kepimpinan adalah seperti berikut:
8.00 Pg : PendaftaranPelajar
8.30 pg : Taklimat Program / Ice Breaking
9.30 pg : Slot 1 :KepimpinanKendiri
10.30 pg : Minumpagi
11.00 pg : Slot 2 :Good Leadership
1.00 tgh : Makantengahari / SolatBerjemaah
2.00 ptg : Slot 3 :Practice : Leadership Goal
3.30 ptg : Rumusan / Kesimpulan
4.30 ptg : MajlisPerasmianPenutup
5.00 ptg : Bersurai
Berikut dikongsikan gambar-gambar sepanjang kursus kepimpinan berlangsung:
|
aktiviti berkumpulan |
|
Aktiviti berkumpulan membuat menara |
|
Perasmian penutup oleh GPK HEM |
|
Penyampaian cenderamata kepada sekolah dari UPNM |
|
penyampaian cenderamaat kepada UPNM |
|
Bergambar kenangan selepas tamat kursus |
|
Fasilitator dari UPNM |
|
solat zuhur berjemaah |
|
makan tengahari |
|
membersihkan kantin selepas makan |
|
aktiviti leadership |
|
ajk makanan meneydiakan makanan |
|
kawad kaki |
|
minum pagi |
|
Aktiviti tepuk seragam |
|
aktiviti LDK |
|
peserta bersedia untuk mengikuti kursus |
|
pendaftaran peserta |
Semoga dengan adanya kursus sebegini dapat meningkatkan lagi moticasi pemimpin kecil SEDERAP untuk terus membantu guru-guru memminpin sekolah.
Sekian terima kasih.