Tuesday 15 March 2016

MAKLUMAN PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS SARINGAN PERTAMA UJIAN UKM1 TAHUN 2016

Kepada
Semua Ibu bapa / Penjaga Murid

Ujian Saringan UKM1 secara atas talian telah bermula dari 1 Februari hingga 31 Mei 2016 melalui laman web http://www ukm1.permatapintar.edu.my/. Ujian ini terbuka kepada semua murid berumur 8 hingga 15 tahun.

Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:
1) Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM UKM-JHU (untuk pelajar 9-15 tahun/Tingkatan 3 pada 2016)
2) Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar 8 tahun / Darjah 2 pada tahun 2016 dan beragama Islam)
3) Kolej PERMATApintar ASAS 1 2017 di UKM (untuk pelajar 11-12 thn pada tahun 2016)


Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka alamat http://ukm1.permatapintar.edu.my/

Sehubungan dengan itu kerjasama dan pemerhatian daripada  pihak ibu bapa dapat memberi peluang kepada anak masing-masing sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi dalam yang dikendalikan oleh Pusat PERMATA Pintar Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.

Sekian.

No comments:

Post a Comment