Showing posts with label Buka Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Buka Sekolah. Show all posts

Monday, 29 December 2014

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

29 December 2014
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.


Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Tuesday, 9 December 2014

Senarai Murid Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2015

Berikut ialah senarai nama murid mengikut kelas bagi sesi persekolahan tahun 2015.

Monday, 8 December 2014

SENARAI BUKU TULIS DAN KEPERLUAN SEKOLAH

Bagi memudahkan para ibubapa, di sini dipaparkan sebahagian daripada keperluan untuk sesi persekolahan tahun 2015.  Untuk senarai yang lengkap, sila dapatkannya di Kedai Buku Sekolah. 

Diharap para ibubapa dapat memastikan setiap buku yang dibeli ditulis dengan nama penuh dan kelas anak masing-masing.  Begitu juga dengan peralatan lain seperti kotak pensil dan tali leher. Bimbing dan didik anak-anak kita menghargai dan menjaga semua buku dan peralatan.  Semoga nilai murni ini dapat diamal, hayatu lantas menjadi budaya dalam diri mereka.


SK DESA PINGGIRAN PUTRA
TAHUN 2015
BUKU TULIS
BilNama
HARGA SEUNIT
TAHUN 1TAHUN 2TAHUN 3TAHUN 4TAHUN 5TAHUN 6
UnitRMUnitRMUnitRMUnitRMUnitRMUnitRM
1Buku Tulis No 1 (Garis 1)0.8097.2097.2086.4086.4086.4086.40
2Buku Tulis No 2 (Garis 3 - garisan biru/merah)0.8032.4032.4032.4021.6021.6010.80
3Buku Tulis No 5 (Petak sederhana)0.8032.4032.400.000.000.000.00
4Buku Tulis No. 6 (Petak Kecil)0.800.000.0032.4032.4032.4032.40
5Buku Tulis No 8 (Nota Sains)2.500.000.0012.5025.0025.0025.00
6Buku Tulis No 7 (Garis 1 untuk Jawi)0.8021.6021.6021.6032.4032.4032.40
7Buku Tulis No 9 (Penulisan)2.500.000.000.0037.5037.5037.50
8Buku Tulis No 11 (Writing)2.500.000.000.000.000.0012.50
9Buku Tulis No 10 (Buku Balok - Muzik)0.8010.8010.8010.8010.8010.8010.80
10Buku NILAM Tahap 1 1.7011.7011.7011.700.000.000.00
11Buku NILAM Tahap 21.600.000.000.0011.6011.6011.60
12Buku PAFA3.000.000.000.000.000.0013.00
13Buku Komunikasi0.8010.8010.8010.8010.8010.8010.80
14Buku Peraturan2.6012.6012.6012.6012.6012.6012.60
15Buku Rekod Profil Murid (B&K)2.5012.5012.5012.5012.5012.5012.50
JUMLAH22.0022.0023.7033.6033.6038.30














KEPERLUAN SEKOLAH
BilPerkaraHarga SeunitTAHUN 1TAHUN 2TAHUN 3TAHUN 4TAHUN 5TAHUN 6
1Lencana (2 unit)0.901.801.801.801.801.801.80
2Tanda Nama (3 unit)5.005.005.005.005.005.005.00
3Baju T Pendidikan Jasmani/kokurikulum15.0015.0015.0015.0015.0015.0015.00
4Tali leher murid9.009.009.009.009.009.009.00Lelaki sahaja
5Tali leher pengawas Pusat Sumber9.00Lelaki sahaja
6Tali leher pengawas sekolah9.00Lelaki sahaja
7Fail Kemajuan Murid13.0013.0013.0013.0013.0013.0013.00
8Fail Peribadi 3.003.003.003.003.003.003.00
9Rekoder7.90--7.907.907.907.90
10Rekoder (Yamaha)14.00
Wajib ada jika masih tiada/kurangJUMLAH46.8046.8054.7054.7054.7054.70















Waktu Operasi Kedai Buku Sekolah:
8 Disember 2014 sehingga sekolah dibuka
Masa: 9 pagi - 3 petang (Isnin - Jumaat)