Showing posts with label PSS. Show all posts
Showing posts with label PSS. Show all posts

Tuesday, 22 May 2018

PENGHARGAAN ATAS SUMBANGAN BUKU UNTUK 
PUSAT SUMBER SEKOLAH






Assalammualaikum dan salam ramadhan, syukur kehadrat illahi atas kurniaan nikmat ini. Untuk pengetahuan semua pihak sekolah telah menerima dua buah kotak yang mengandungi buku-buku berilmiah yang sangat menarik dan bersesuai dengan murid-murid sekolah rendah. Buku-buku ini telah disumbangkan oleh keluarga adik Husna Maisarah kelas 1 topaz. 

Dengan ini, pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian keluarga adik Husnah Maisarah kerana memberikan sumbangan yang sangat bermakna ini. Untuk pengetahuan semua pusat sumber sekolah ini amat memerlukan bahan bacaan untuk menambah koleksi-koleksi buku yang sedia ada. Sumbangan buku amat-amat dialu-alukan bagi memantapkan lagi bahan bacaan yang sedia ada. Murid-murid juga sudah pasti sangat gembira menerima bahan bacaan yang baru dan segar. Pihak sekolah amat menghargai segala sumbangan dan sokongan daripada ibubapa dan masyarakat sekitar. 

Sekian.Terima kasih.
Terima kasih atas sumbangan

Diantara buku-buku sumbangan daripada Keluarga Husna Maisarah

Wednesday, 6 April 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 13 (4 APRIL 2016)

Tarikh : 4 April 2016
Masa    : 7.40 - 8.10 pagi
Hari     : Isnin

Guru bertugas:
1. Pn Wan Anna Wahidah Binti Wan Mat Tahir
2. Pn Nur Izzati Binti Muhammad Hairi.
3. Pn Norwati Binti Mohammad Supian.
4. Cik Noorul Hidayah Binti Azman
5. Encik Faizul Bin Zakaria

Pengacara majlis     : Pn Wan Anna Wahidah Binti Wan Mat Tahir
Bacaan doa                : Norfizri Nazrin Bin Nordin
Bacaan ikrar murid: Ahmad Kamal Bin Mohd Khir

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
Guru : Pn Norherda Irdiawaty Binti Mohd Basiran
  1. Murid-murid dikehendaki duduk di tempat teduh ketika waktu rehat terutamanya dan membawa air kosong ke sekolah kerana cuaca panas
  2. Pinggan atau cawan hendaklah diletak dengan baik di besen yang tersedia selepas digunakan, jangan baling atau campak.
  3. Kelas teramat bising terutama pada waktu peralihan kelas

Taklimat guru disiplin:
Guru: Cik Salwa Binti Mohd Hadi
  1. Barang larangan tidak boleh dibawa ke sekolah seperti telefon bimbit, komik dan novel yang tidak bersesuaian serta lain-lain barang. Murid-murid yang membawa barang larangan akan dirampas dan diberi surat
  2. Pastikan setiap murid memakai lencana dan menjaga kekemasan diri seperti kuku, rambut dan pakaian. Pemeriksaan mengejut akan dijalankan pada bila-bila masa.

Keputusan Pertandingan Keceriaan Kelas Mingguan:

Johan Tahap 1: 3 Anggerik (87%)
Johan Tahap 2: 6 Utarid (86%)

Ucapan Pentadbir & Perasmian Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M):
Guru: Pn. Maznah binti Mohd Noor
1. KM1M dilaksanakan serentak untuk sekolah seluruh Malaysia pada 4 - 6 April 2016.
2. Murid dan guru hendaklah sama-sama melaksanakannya.
3. Semua murid diingatkan agar membawa buku nota kecil untuk mencatat sebarang             
    maklumat pada setiap perhimpunan pagi.
4.Pn Maznah merasmikan KM1M.


Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn Norherda Irdiawaty
Laporan Disiplin oleh Cik Salwa
Johan Keceriaan Kelas Tahap 1(3 A)
Johan Keceriaan Kelas Tahap 2 (6 U)
Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia

Deklamasi sajak oleh Adik Haris Adam





Wednesday, 5 February 2014

Lawatan Pegawai PPD Sepang

Hari ini tiga pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Sepang melawat untuk meninjau perkembangan sekolah terutamanya Pusat Sumber.  Mereka ialah Pn. Siti Aishah Aziz, Pn. Nor Jehan Ab Mutalip dan En. Ahmad Rahimi Mohamed.  Mereka telah berbincang dengan Guru Pusat Sumber Sekolah Pn. Suhaizan Che Osman.  Satu usaha kerjasama antara pihak PPD yang dibantu dengan pakar guru PSS sekolah lain akan membantu Pn. Suhaizan memulakan langkah membina PSS SK Desa Pinggiran Putra.
PSS yang masih kosong dan saujana mata memandang

En. Rahimi, Pn. Aishah, Pn. Jehan dan Pn. Suhaizan

Usahasama seumpama ini amat dialu-alukan terutamanya bagi sekolah baru seperti sekolah kita.  Semoga inisiatif ini menjadi titik mula kepada bidang-bidang lain di PPD untuk menghuurkan bantuan kepakaran kepada SK Desa Pinggiran Putra yang belumpun mula bertatih.

Bilik Tayang