Showing posts with label sumbangan buku. Show all posts
Showing posts with label sumbangan buku. Show all posts

Tuesday, 22 May 2018

PENGHARGAAN ATAS SUMBANGAN BUKU UNTUK 
PUSAT SUMBER SEKOLAH






Assalammualaikum dan salam ramadhan, syukur kehadrat illahi atas kurniaan nikmat ini. Untuk pengetahuan semua pihak sekolah telah menerima dua buah kotak yang mengandungi buku-buku berilmiah yang sangat menarik dan bersesuai dengan murid-murid sekolah rendah. Buku-buku ini telah disumbangkan oleh keluarga adik Husna Maisarah kelas 1 topaz. 

Dengan ini, pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian keluarga adik Husnah Maisarah kerana memberikan sumbangan yang sangat bermakna ini. Untuk pengetahuan semua pusat sumber sekolah ini amat memerlukan bahan bacaan untuk menambah koleksi-koleksi buku yang sedia ada. Sumbangan buku amat-amat dialu-alukan bagi memantapkan lagi bahan bacaan yang sedia ada. Murid-murid juga sudah pasti sangat gembira menerima bahan bacaan yang baru dan segar. Pihak sekolah amat menghargai segala sumbangan dan sokongan daripada ibubapa dan masyarakat sekitar. 

Sekian.Terima kasih.
Terima kasih atas sumbangan

Diantara buku-buku sumbangan daripada Keluarga Husna Maisarah