TARIKH : 27 DISEMBER 2014 (SABTU)
MASA : 7.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN DAN DEWAN SEKOLAH
Hari Orientasi Tahun Satu 2015 diadakan bertujuan untuk membantu murid- murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal kepada pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Program ini juga diadakan bertujuan untuk menyesuaikan murid- murid dengan persekitaran, guru- guru dan kawan baru dalam jangka masa yang singkat.
Pelbagai program telah diatur sepanjang Hari Orientasi.
- Murid- murid mendaftar di kelas yang telah ditetapkan terlebih dahulu untuk disemak dan kemaskini Fail Murid.
- Murid- murid masuk ke dalam kelas bersama guru kelas dan guru pembantu untuk mendengar Taklimat Umum Disiplin
- Murid dan seterusnya menjalani Ujian Diagnostik.bertujuan untuk menguji tahap kemahiran murid- murid seperti kemahiran asas literasi dan numerasi.
- Penyerahan Buku Teks (SPBT) kepada murid
Sehubungan dengan itu semua murid Tahun 1 dikehendaki hadir ke sekolah dengan berpakaian lengkap sekolah (uniform sekolah). Para ibubapa diminta membawa dokumen berikut:
i. 4 keping gambar murid berukur passport.
ii. 1 salinan surat beranak murid dan mykid
iii. 1 salinan kad pengenalan ibu dan bapa
No comments:
Post a Comment