Friday, 24 November 2017

TAKLIMAT KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH SESI 2018


Tarikh      : 18 November (Sabtu)
Masa        : 10.30 pagi
Tempat     : Dewan Ibnu Sina


Ibubapa/penjaga telah hadir seawal jam 9.00 pagi untuk mendengar taklimat daripada SSPN-i. Jam 10.15 pagi ibubapa/penjaga murid mula memenuhi meja pendaftaran untuk sesi pendaftaran. Taklimat Kemasukan Murid Prasekolah Sesi 2018 bermula tepat jam 10.30 pagi dimulai dengan ucapan aluan daripada Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra, En. Sukimin bin Juki.


Majlis diteruskan dengan Taklimat Prasekolah yang telah disampaikan oleh Pn. Nurulhanis binti Noh. Antara perkara-perkara penting yang telah diterangkan dalam taklimat tersebut ialah Waktu Pembelajaran Murid Prasekolah, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Tatacara Pakaian Murid, Peraturan-peraturan Prasekolah dan juga Peranan Ibubapa/Penjaga Prasekolah. Selesai taklimat tersebut,  Pelantikan AJK Pewaris Sesi 2018 turut dijalankan di hujung majlis. AJK Pewaris terdiri ibubapa/penjaga murid yang telah dicalonkan. Taklimat berakhir jam 12.15 tengah hari.



AJK Pewarsi Prasekolah Sesi 2018

Penasihat:En. Sukimin bin Juki

Pengerusi : En. Abd. Razak bin Faharuddin

Naib Pengerusi : En. M. Shukur bin Che Amat

Setiausaha ; Pn. Nurulhanis binti Noh

Naib Setiausaha : Pn. Asmah binti Abdul Rahman

Bendahari : Wan Salawati binti Wan Md. Nor

Naib Bendahari : Pn. Suriati binti Ibram

Juruaudit : En. Ismail bin Jantan

AJK :
1. Pn. Zulaikha binti Daud
2. Cik nur Afizah binti Azmy
3. En. Azli bin Abd Aziz
4. En. Sallehuddin bin Mohd Zakaria
5. En. Mohd shahrul Najib bin Mohd Arshad.





Gambar:




Sesi pendaftaran Ibubapa/penjaga murid prasekolah



Antara ibubapa/penjaga yang hadir taklimat
Bakal murid prasekolah sesi 2018 turut hadir mendengar taklimat
Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SEDERAP, En. Sukimin bin Juki

Taklimat Prasekolah oleh Pn. Nurulhanis binti Noh
Ibubapa/penjaga bersetuju untuk memilih baju sekolah yang berlogo dan berwarna bagi tujuan keselamatan anak
En. Sukimin mengendalikan sesi pemilihan AJK PEWARIS Sesi 2018





Antara calon-calon Jawatankuasa  PEWARIS
Sesi pemilihan bermula
Tampuk pimpinan sesi 2018 yang dipengerusikan oleh En. Abd. Razak


Monday, 20 November 2017

Hari Anugerah Kecemerlangan

Sukacita dimaklumkan majlis akan diadakan seperti ketetapan di atas mulai jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang.  Kehadiran murid dan ibu bapa penerima anugerah amat dihargai ke majlis tersebut.  Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Hari Orientasi Tahun 1 2018

Assalamualaikum w.b.tt dab salam sejahtera buat semua warga SK Desa Pinggiran Putra.

Seperti sedia maklum, SK Desa Pinggiran Putra telah mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 2018, butir program adalah seperti berikut:
              
                Tarikh: 18 November 2017
                Hari: Sabtu
                Masa: 7.30pagi-11.30 pagi
                Tempat: SK Desa Pinggiran Putra

Seawal pagi jam 7.30 pagi SKDPP telah dipenuhi dengan kehadiran ibu bapa dan murid malah seisi keluarga berbetulan Hari Orientasi ini diadakan pada hari Sabtu. Suasana meriah dengan keceriaan anak-anak dan ibu bapa sepanjang program berjalan.

Majlis telah dimulai dengan sesi pendaftaran, taklimat semakan fail murid, taklimat ibu bapa bersama barisan pentadbir, taklimat disiplin serta taklimat PTPTN. Manakala aktiviti untuk warga baru SKDPP iaitu anak-anak tahun 1 bermula dengan pengagihan kumpulan, taklimat ringkas, ujian diagnostik dan tempahan baju sukan.

En Sukimin bin Juki, Guru Besar SEDERAP telah memberikan taklimat tentang maklumat sekolah,memperkenalkan pentadbir sekolah serta memperkenalkan struktur organisasi sekolah. Seterusnya, Pn Maznah bt Mohd Noor,Penolong Kanan Pentadbiran telah kongsikan maklumat tentang Program Transisi Dan Amalan Guru Penyayang (PTGB), Program Linus dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Taklimat disiplin telah disampaikan oleh Ustazah Salwa, Guru Disiplin SEDERAP. Beliau telah memberikan maklumat tentang budaya disiplin SEDERAP, kedatangan murid serta kekemasan pelajar. Sesi taklimat diteruskan oleh En Mohd Shafiq bin Shabarudin,Pegawai PTPTN cawangan Selangor. Beliau menerangkan tentang pembukaan akaun SSPN-i. Diberikan juga taklimat tentang penyewaan loker,pembelian baju PJ dan peratusan kehadiran.

Majlis bersurai pada jam 11.30 pagi. Semoga program yang telah dijalankan sedikit sebanyak membantu dan memberi semangat berkobar-kobar anak-anak tahun 1 untuk hadir ke sekolah nanti.
Lihatlah corat-coret warna-warni dari bingkisan hari Orientasi tahun 1 2018.








Akhir kata,
 jutaan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Hari Orientasi Tahun 1 2018 terutamanya jawatankuasa program, Guru Besar, barisan pentadbir, guru-guru, staff, PIBG, ibu bapa dan murid-murid.

Wednesday, 15 November 2017

Hari       : Isnin
Tarikh    : 13 November 2017
Masa      : 7.40-8.10 pagi
Tempat  : Dataran Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra

Guru Bertugas   :  1.  En. Mohd Faizul bin Zakaria
                           2.  Pn. Fazira binti Ismail
                           3.  Pn. Nur Izzati binti Muhammad Hairi
                           4.  Pn. Norwati binti Mohammad Supian
                           5.  Pn. Wan Anna Wahidah binti Wan Mat Tahir
                           6.  En. Muhammad Jawad Faruqi bin Zainal Abidin

Pengacara Majlis    : En. Mohd Faizul bin Zakaria
Bacaan Doa            : Adik Zharif Hashimi
Bacaan Ikrar Murid : Adik Amirul Hakim

                 

Laporan Perhimpunan:


1Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn. Norwati binti Mohammad Supian.
2Bacaan Doa oleh pengawas bertugas, Adik Zharif Hashimi
3Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Penggunaan Jalan Raya yang dipimpin oleh Cik Salwa binti Mohd Hadi.
4Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas, Adik Muhammad Amirul Hakim bin Zamri 

5
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: Pn. Umi Nazihah binti Che Ghani

5.1  Murid diberikan penekanan untuk memastikan mereka berada pada tempat yang ditetapkan oleh guru dan tidak merayau-rayau di kawasan sekolah. Selain itu, murid juga harus meminta kebenaran sekiranya hendak ke tandas.

5.2  Murid-murid dinasihatkan supaya membuang sampah ke dalam tong sampah yang disedikan di sekitar kawasan sekolah.

6Ucapan Pentadbir : Pn. Maznah bt Mohd Noor



6.1 Pihak sekolah mengucapkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua murid kerana dapat hadir ke sekolah pada hari ini.

6.2 Beliau juga memberi makluman tentang penyerahan buku teks untuk tahun hadapan kepada semua murid kecuali murid tahun 2. Aktiviti ini akan dilaksanakan pada hari Selasa 14 November 2017.

6.3 Selain itu, pada hari Jumaat (17 November 2017) pula akan berlangsungnya Hari Jalinan Kasih SK Desa Pinggiran Putra. Sehubungan dengan hal ini, satu surat makluman akan diberikan kepada ibu bapa terutamanya bagi murid-murid Tahun 5 yang bakal menghadapai UPSR pada tahun hadapan.

6.4 Pada hari Sabtu bersamaan 18 November 2017 akan diadakan Program Orientasi bagi murid Tahun 1 dan Prasekolah 2018.

6.5 Pn Maznah juga mengambil kesempatan ini untuk menegaskan sekali lagi kepada semua murid untuk senantiasa menjaga kebersihan serta disiplin masing-masing ketika berada di sekolah. Semua sampah dan kotoran mestilah dibuang ke dalam tong sampah bukannya ditepi atau di atas penutup sampah.

6.6 Akhir sekali, beliau memohon kepada semua murid untuk mengekalkan kehadiran ke sekolah sehingga tamat sesi persekolahan tahun 2017.






Perhimpunan Pagi dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn. Norwati binti Mohammad Supian



Pengacara majlis pada minggu ini iaitu Ustaz Mohd Faizul bin Zakaria



Kelangsungan majlis diteruskan dengan ucapan daripada guru bertugas iaitu Pn. Umi Nazihah Che Ghani dan GPK Akademik Pn Maznah binti Mohd Noor.

Hari Jalinan Kasih dan Mesra

Perkara : Hari Jalinan Kasih Tahun 5 (UPSR 2018)
Hari Jalinan Kasih Tahun 5  akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:  

Tarikh    :   17 November 2017 (Jumaat)
Masa      :   8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat   :   Dewan Ibnu Sina SEDERAP

Sehubungan itu, diharap agar pihak tuan/puan dapat menghadirkan diri ke Majlis tersebut bagi menandatangani slip peperiksaan akhir tahun anak-anak tuan/puan dan berbincang mengenai persediaan bagi menghadapi UPSR 2018.
Agenda :

  1. Ucapan Aluan
  2. Bacaan doa
  3. Ucapan Guru Besar
  4. Pembentangan Program Peningkatan UPSR 2018
  5. Sesi Soal Jawab
  6. Menandatangani slip peperiksaan


Perkara: Hari Jalinan Mesra Peperiksaan Akhir Tahun 2017

Hari Jalinan Mesra Tahun 1 - 4, Prasekolah & PPKI akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:

                              Tarikh    :   17 November 2017 (Jumaat)
Masa      :   10.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat  :   Kelas Anak Masing-Masing

Antara tujuan perjumpaan ini ialah untuk menandatangani slip rasmi keputusan Peperiksaan Akhir Tahun bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajaran anak tuan/puan serta berusaha meningkatkan prestasi akademik mereka.

Ibu bapa boleh membawa anak pulang setelah selesai berjumpa dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.  Semoga kehadiran tuan/puan akan melancarkan perjalanan majlis untuk mencapai hasrat yang dicitakan.

Perjumpaan ibu bapa dan murid Tahun 6 akan diadakan semasa keputusan UPSR diumumkan.

Wednesday, 8 November 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-40


Hari       : Isnin
Tarikh    : 6 November 2017
Masa      : 7.40-8.10 pagi
Tempat  : Dataran Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra

Guru Bertugas   :  1.  En. Hazim bin Harun
                           2.  Pn. Rozayma binti Zaman
                           3.  Pn. Umi Nazihah binti Che Ghani
                           4.  Pn. Nurul Huda binti Wan Abdullah
                           5.  Cik Nazaitul Auliah binti Mohd Yusof

Pengacara Majlis    : En. Hazim bin Harun
Bacaan Doa            : Adik Zharif Hashimi
Bacaan Ikrar Murid : Adik Amirul Hakim

                 

Laporan Perhimpunan:

1Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn. Norwati binti Mohammad Supian.
2Bacaan Doa oleh pengawas bertugas, Adik Zharif Hashimi
3Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Penggunaan Jalan Raya yang dipimpin oleh Cik Salwa binti Mohd Hadi.
4Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas, Adik Muhammad Amirul Hakim bin Zamri 

5
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: Pn. Nor Herda Irdiawaty binti Basiran
5.1  Tahap kebersihan masih kurang memuaskan. Masih ramai murid membuang plastik-plastik bungkusan dan sampah di merata-rata tempat. Beliau mengingatkan murid agar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. 
5.2  Murid-murid dinasihatkan agar menjaga disiplin dan tahap kebisingan.
6Laporan Guru Disiplin: Cik Salwa binti Mohd Hadi


6.1 Minggu ini ialah minggu selepas peperiksaan (bukan Akademik)
     6.1.1 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas ketika ketiadaan guru di dalam kelas.


     6.1.2 Beliau mengingatkan murid supaya datang ke sekolah walaupun tiada sesi akademik dijalankan. Ini kerana, minggu selepas peperiksaan masih lagi diambil kira sebagai sesi persekolahan dan masih banyak program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah. 


7Ucapan Pentadbir: En. Sukimin bin Juki (Guru Besar)

7.1 Pada minggu bukan Akademik, aktiviti-aktiviti akan diadakan bagi semua tahap.
7.2 Beliau mengingatkan tarikh-tarikh dan acara penting yang akan berlangsung bagi warga SEDERAP:
      7.2.1  11 November 2017, Majlis Graduasi Tahun 6 dan Prasekolah
      7.2.2  17 November 2017, pemantauan oleh PBS & Majlis Jalinan Mesra
      7.2.3  18 November 2017, taklimat Tahun 1 & Prasekolah (kemasukan 2018)
      7.2.4  21 November 2017, Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik
      7.2.5  24 November 2017, hari terakhir Sesi Persekolahan 2017




Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
dipimpin oleh Pn. Norwati binti Mohammad Supian



Bacaan doa dan Ikrar Pelajar oleh pengawas bertugas



Pengacara majlis: En. Hazim bin Harun
Pengenalan Guru-guru Bertugas pada minggu ini



Sambutan dan pemberian hadiah bagi pelajar yang lahir pada bulan Oktober



Ucapan oleh Guru Besar: En. Sukimin bin Juki



 Laporan dari wakil Guru Bertugas minggu sebelum: 
Pn. Nor Herda Irdiawaty binti Basiran



Laporan dari wakil Guru Disiplin: Cik Salwa binti Mohd Hadi

Monday, 30 October 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-39

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-39

Hari      : Isnin
Tarikh   : 30 Oktober 2014
Masa    : 7.40-8.10 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra

Kehadiran Guru : 29/30
Guru Bertugas : 1.  Cik Salwa binti Mohd Hadi
                         2.  Pn. Noor Herdairdawaty binti Basiran
                         3.  Pn.  Suraya binti Md.Saad
                         4.  Pn. Syajarauddur binti Mahamaod
                         5.  Pn. Nurul Ruhamaak binti B Rahman
                         6.  Pn. Norlizawati binti Mohd Razali

Guru Tidak Hadir : 1. En. Hj Zulhilmi bin Nawawi ( e-pelaporan)
                            2. Cik Nanthini a/p Mahaendran (Program pemantapan pdpc)
                            3. Pn. Nor Herdairdawaty binti Basiran (Program pemantapan pdpc)
                            4. Pn. Noor Asiah binti Mohd Yusof (Fasilitator program pemantapan pdpc)

Laporan Perhimpunan:

1
Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn.  Norwati binti Mohammad Supian.
2Bacaan Doa oleh pengawas bertugas, Adik Afif Firhan bin Suhaimi (6 Alza)
3Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Penggunaan Jalan Raya yang dipimpin oleh Cik Salwa binti Mohd Hadi.
4Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas, Adik Muhammad Amirul Hakim bin Zamri (6 Alza)
5 Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn.Siti  Norhazwani  binti Zainol adalah seperti yang berikut:-
5.1  Masih ramai murid terutamanya murid tahap 2 membuang plastik-plastik bungkusan ayam di merata-rata tempat walaupun sebelum ini telah banyak kali ditegur oleh guru-guru yang bertugas. Beliau berharap sikap seperti ini perlu dihentikan dan murid-murid perlu menjaga kebersihan walau dimana pun mereka berada


 5.2 Murid-murid dinasihatkan agar tidak membuat bising terutamanya pada waktu rehat di dewan terbuka`.
6

Ucapan Guru Penolong Kanan HEM
6.1 Cik Salwa  mengumumkan nama-nama guru yang bertugas sepanjang minggu ini.
6.2 Minggu ini ialah minggu peperiksaan 
     6.2.1 Murid-murid dingatkan supaya buat yang terbaik kerana ini adalah peperiksaan yang terakhir untuk tahun ini
     6.2.2 Beliau berharap dan berdoa agar murid-murid akan mendapat keputusan yang terbaik nanti
     6.2.3 Encik Rosdin juga berharap agar murid-murid dapat hadir ke sekolah seperti biasa selepas peperiksaan kerana masih ada banyak program lagi yang akan dijalankan

7. Penyampaian hadiah kecerian dan kebersihan kelas
   7.1 Tahap 1:
      7.1.1 Kedudukan pertama tahun 3 Cheetah
      7.1.2 Kedudukan kedua tahun 3 Puma
      7.1.3 Kedudukan ketiga tahun 1 Rajawali
   7.2 Tahap 2:

     7.2.1 Kedudukan pertama tahun 6 Ezora
     7.2.2 Kedudukan kedua tahun 5 Amanah
     7.2.3 Kedudukan ketiga tahun 4 Anggerik

   
  8. Ucapan baharu
 
  8.1 Ucapan Pn. Nurul Huda (guru ppki)
  8.2 Ucapan En. Sashi Kumar a/l Varatharajoo (guru matematik)

Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah











                                  Bacaan Doa oleh pengawas bertugas, Adik Afif Firhan bin Suhaimi








Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pengguna Jalan Raya oleh Cik Salwa binti Mohd Hadi








              Ucapan Guru Bertugas pada Minggu lepas  Pn.Siti  Norhazwani  binti Zainol 










Ucapan En. Shasi Kumar




Ucapan Pn. Nurul Huda






                                                             







                     Pemenang - pemenang untuk kelas keceriaan dan kebersihan




.



Monday, 23 October 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Tarikh : 23 Oktober 2017
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 8.10 pagi

Guru Bertugas:
1) Ustaz Azizun Sauri bin Aziz
2) Pn. Siti NorHazwani binti Zainol
3) Pn. Nursuhaila binti Mohd Zaini
4) Pn. Sha’azrina binti Mohd Imran
5) Pn. Noor Hayati binti Miswan
6) Pn. Wan Salawati binti W. Md. Nor

Pengacara Majlis : Ustaz Azizun Sauri bin Aziz
Pembaca Doa : Adik Zharif Hashimi
Pembaca Ikrar : Adik Amirul Hakim bin Zamri

Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini

(Ustaz Azizun Sauri bin Aziz)

- Guru bertugas memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini iaitu Cikgu Wan Salawati, Cikgu Siti NorHazwani, Cikgu Sha’azrina, Cikgu Che Siti Haryani dan Ustazah Noor Hayati.

-Guru bertugas memperkenalkan guru baru iaitu Cikgu Nursuhaila yang akan menggantikan cikgu Che Siti Haryani.

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
(Pn. Suhaizan binti Che Osman)

-Pembelian air semasa waktu rehat di vending machine. Masih ada murid-murid yang membeli air di vending machine dan tidak berkumpul di dewan terbuka walaupun waktu rehat sudah habis.

-Murid-murid tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke dewan terbuka selepas waktu rehat. Murid-murid perlu menghabiskan makanan semasa rehat di kantin. Mereka tidak habis makan kerana asyik bersembang dengan kawan-kawan sewaktu makan.


Pertandingan Keceriaan Kelas

Tahap 1

1. 3 Cheetah (91%)

2. 3 Jaguar (88%)
3. 3 Puma (85%)

Tahap 2

1. 6 Exora (95%)

2. 5 Amanah (92%)
3. 4 Bakawali (82%)


Ucapan Pentadbir
(Pn. Maznah binti Mohd Noor)

-  Minggu ini merupakan minggu ulangkaji sebelum murid-murid menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun pada minggu hadapan. Jadual peperiksaan telah diedarkan kepada murid-murid. Murid-murid boleh mendapatkan jadual peperiksaan daripada guru kelas masing-masing sekiranya belum dapat.
- Ibu bapa boleh merujuk di blog sekolah/fb sekolah untuk melihat jadual peperiksaan anak-anak masing-masing.
-  Murid-murid perlu bersedia untuk menghadapi Peperiksaan Akhir tahun pada minggu hadapan. Murid-murid perlu menyediakan alat tulis yang mencukupi sebelum menghadapi peperiksaan.
- Murid-murid perlu hadir setiap hari pada minggu peperiksaan berlangsung kecuali sakit atau tidak sihat dengan disertakan surat daripada doktor.
-  Murid-murid tidak dibenarkan makan di dewan terbuka. Sebaliknya mereka perlu makan di kantin. Selesai makan, murid-murid perlu berkumpul di dewan terbuka.
-  Murid-murid dinasihatkan agar tidak membuat perkara yang sia-sia.
-  Murid-murid hendaklah membuang sampah makanan dan minuman di dalam tong sampah yang telah disediakan.
-Murid-murid tidak dibenarkan membuang sampah di atas tong sampah.

Bacaan doa oleh Adik Zharif Hashimi
Bacaan ikrar murid oleh Adik Amirul Hakim


Ucapan Guru Bertugas Mingguan oleh Ustaz Azizun
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn. Norwati
Ucapan dari Guru Baru, Pn. Nursuhaila 
Ucapan perpisahan dari Pn. Che Siti Haryani yang akan berpindah 
Ucapan dari Pentadbir, Pn. Maznah binti Mohd Noor
Pemenang Pertandingan Keceriaan Kelas Tahap 1 (3 Cheetah)
Pemenang Pertandingan Keceriaan Kelas Tahap 2 (6 Exora)
Laporan Guru Bertugas minggu lepas oleh Pn. Suhaizan