Friday 21 October 2022

 LAPORAN MINGGU KE- 28 PERSEKOLAHAN


SENARAI GURU BERTUGAS MINGGU 28

    1. NORLIZAWATI BINTI MOHD RAZALI
    2. MUHAMMAD JAWAD FARUQI BIN ZAINAL ABIDIN
    3. SITI SUHAIDA BINTI SANIMAN
    4. MOHD SHAZUWAN BIN CHE LAH 
    5. ANIS FARHAH BINTI MD ISA
    6. NOR SABARIAH BINTI AWANG NGAH
    7. ZAHARIAH BINTI ZAINAL ABIDIN
    8. ROZAYMA BINTI ZAMAN
    9. ILI SYAHIRAN BT ABD GHANI
    10. NORSYUHADA BINTI RAMLI FAUZAN BINTI MUHAMMAD
    11. NUR IZZATI BINTI MUHAMAD HAIRI
    12. SURYANA BINTI SYUIB
    13. SHA'AZRINA BINTI MOHD IMRAN
    14. MOHAMED FAKARUDIN BIN ABD TALIB





LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU INI.

   1. Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

2. Bacaan Doa oleh pengawas bertugas .

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya .

4. Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas


Ucapan aluan dari pengerusi majlis yang bertugas Cikgu Siti Suhaida binti Saniman

Ucapan aluan dari pengerusi majlis Cikgu Siti Suhaida Binti Saniman.



Majlis penyampian hadiah dan sijil bagi murid yang telah menyertai pertandingan-pertadingan pada minggu yang lepas yang diketuai oleh Cikgu Siti Amalina.



Antara murid yang berjaya mendapat kejayaan dalam pertandingan.



Majlis Perasmian Program Jom derma Minyak Masak daripada para pegawai Majlis Perbandaran Sepang. Guru besar sekolah menyempurnakan gimik perasmian dengan memecahkan belon. 


Penyampaian sebotol minyak masak 2 liter kepada Pegawai Majlis Perbandaran Sepang oleh puan guru besar sebagai simbolik dan sokongan terhadap program yang dirasmikan.


Sekian laporan daripada saya, 

Terima kasih


Wednesday 12 October 2022

LAPORAN MINGGU KE-27 PERSEKOLAHAN

 LAPORAN MINGGU KE-27 PERSEKOLAHAN 

GURU YANG BERTUGAS :-
1) NURUL HANAN BINTI HUSSIN (K)
2) SOFIAH BINTI ABDUL HALIM
3) SURAYA BINTI MD SAAD
4) NURUL HUDA BINTI WAN ABDULLAH
5) PAIEZAH BINTI IBRAHIM
6) FATIN HABIBAH BINTI MAZLAN
7) MOHD AZIZUN SAURI BIN AZIZ
8) ZUHAILA BINTI HAMID
9) NORANIZA BINTI SALLEH
10) SYAJARATUDDUR BINTI MAHAMOD
11) TENGKU FAIRUS BINTI RAJA HASSAN
12) MOHD MUSLIHUDDIN BIN MOHD NOOR
13) NUR SYAHIRAH BINTI MD NASIR
14) NURHAFIZA BINTI MOHAMAD RAMDZAN
15) SITI AMALINA BINTI MAZNI
16) SITI AISHAH BINTI MD SARIF 

LAPORAN GURU BERTUGAS:-

1) Sekolah bercuti pada hari Isnin (10 Oktober 2022) sempena sambutan hari Maulidur Rasul. Tiada perhimpunan diadakan pada minggu ini.
2) Persekolahan bermula pada hari Selasa (11 Oktober 2022).

Murid mengikut laluan pejalan kaki yang disediakan.

Ibu bapa menurunkan anak-anak mengikut laluan yang betul.

Murid-murid beratur sebelum memasuki sekolah

3) Kebanyakan murid-murid masih mengamalkan penjarakan fizikal/sosial dan memakai pelitup muka.
4) Trafik pada setiap pagi lancar, namun masih ada murid-murid yang masih datang lewat selepas loceng pertama berbunyi. 
5) Masih terdapat lagi murid yang keciciran wang. Diharapkan murid-murid lebih peka dalam menyimpan wang di dalam bekas yang selamat. 

Laporan disediakan oleh :-
Siti Amalina Binti Mazni


Sunday 9 October 2022

LAPORAN PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022

 


SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PINGGIRAN PUTRA


Pendahuluan

Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti tahunan yang wajib diadakan di setiap sekolah. Begitu juga dengan Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra yang telah berlangsungnya aktiviti perkhemahan tahunan. Alhamdulillah, aktiviti perkhemahan ini telah berjaya dilaksanakan walaupun banyak halangan. Perkhemahan ini diadakan dalam kawasan Sekolah. Tujuan perkhemahan ini diadakan ialah untuk memupuk semangat, disiplin serta jati diri yang kental dikalangan murid. Selain daripada itu ia juga dapat mewujudkan murid yang bersahsiah tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang menyerlah di samping dapat memotivasikan murid ke arah kejayaan dan daya juang yang tinggi. Ia juga dapat menyemai semangat setia kawan, kerjasama dan tanggungjawab sebagai seorang murid yang berwawasan serta dapat mengeratkan hubungan mesra antara guru dan murid yang lain. 


Tarikh, hari dan bilangan penyertaan perkhemahan

Perkhemahan ini diadakan pada tarikh dan hari di bawah:

Hari                             : Jumaat Sabtu dan Ahad

Tarikh                         : 30 Sepetember, 01 dan 02 Oktober 2022

Bilangan Penyertaan : 150 orang murid


Prosedur dan jadual kerja

Untuk menjayakan program perkhemahan ini, beberapa kali mesyuarat telah diadakan untuk mengemaskini segala aktiviti yang dirancangkan. Semua guru telah diagihkan dengan tugasan masing-masing beserta dengan jadual kerja yang telah ditetapkan . Untuk tidak membebankan guru dengan tugasan yang banyak, satu jadual tugas telah disusun atur dengan rapi supaya guru dapat hadir ke tapak perkhemahan mengikut giliran dan masa yang ditetapkan.


Jemputan yang hadir

Antara jemputan yang hadir untuk memeriahkan lagi program perkhemahan ini ialah YDP PIBG, AJK PIBG, Pegawai Polis Perhubungan Sekolah. 


Jumaat ( 30 September 2022 )

Bermula jam 10:30 pagi, para peserta telah mula mendaftarkan diri. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul mengikut kumpulan masing-masing di dewan terbukan. Taklimat diberikan oleh kem komanden Ustaz Mohd Faizul Bin Zakaria mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini.  Aktiviti pertama yang dilakukan ialah mendirikan khemah di padang bola sekolah bersama-sama dengan guru yang ditugaskan. Kemudian murid diarahkan pulang ke rumah masing-masing untuk buat persediaan solat jumaat dan sebahagian murid terlibat dengan ujian sekolah agama pada waktu petang. Walaupun terdapat pertembungan dengan ujian sekolah agama tetapi perkhemahan tetap diteruskan kerana pihak Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra  telah membuat tembahan makanan, telah membuat jemputan kepada sukarelewan dari IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi dan telah membuat jemputan penceramah luar untuk beberapa slot agama. 



Pendaftaran 


Pasang khemah



Peserta kembali ke perkhemahan semula pada pukul 6:30 petang. Seterusnya mengikuti aktiviti yang telah dirancangkan seperti dalam jadual aktiviti iaitu sesi makan malam, solat maghrib, bacaan yasin dan solat isya.


Makan malam 

Makan malam 

Seterusnya aktiviti Ice Breaking. Objektif aktiviti ini ialah peserta perkhemahan dapat melakukan kerja berpasukan dan lahir sifat pengorbanan. Para perserta perkhemahan telah menjalani beberapa aktiviti dan permaianan yang telah diaturkan oleh pihak guru.


Aktiviti Ice Breaking

Aktiviti Ice Breaking



Aktiviti seterusnya ialah borong hantu. Objektif aktiviti burung hantu ini ialah perserta akan berani dengan suasana gelap dan mempunyai daya tahan. Peserta perkhemahan akan dibawa ke dalam bilik darjah yang gelap dan akan ditinggalkan seorang diri dalam bilik tersebut. Sebelum peserta perkhemahan ditinggalkan dalam  bilik bersendirian, seorang guru sudah berada di dalam bilik darjah tersebut tanpa pengetahuan peserta.

Aktiviti borong hantu


Sabtu ( 01 Oktober 2022

Hari kedua perkhemahan murid dibangunkan seawal pukul 05:30 pagi untuk membuat persediaan solat subuh berjamaah dan sesi kulian subuh.



Kuliah subuh


Kuliah subuh

Pada pukul 07:00 pagi peserta perkhemahan mengikuti slot “Selamat Pagi Malaysia”. Aktiviti pada slot ini dibantu oleh AJK PIBG dan dan fasilitator jemputan luar. Peserta perkhemahan akan bersenamrobik mengikut gaya yang ditunjukkan oleh fasilitaor di pentas.

Senamrobik

Senamrobik

Senamrobik 

Selesai sarapan, pada pukul 08:00 pagi peserta perkhemahan akan mengikuti Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1) aktiviti ikatan dan simpulan.  Slot ini dibimbing dan ajar oleh guru-guru unit beruniform Pandu Puteri Tunas SK Desa Pinggiran Putra dan dibantu oleh fasilitator jemputan dari IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi. Objektif pada aktiviti ini ialah setelah selesai menjalani aktiviti ini peserta perkhemahan pandai membuat  ikatan-ikatan asas dan membuat gajet.

Guru-guru dari unit beruniform Pandu Puteri Tunas SEDERAP yang mengajar slot ikatan dan gajet 

Membuat gajet

Membuat gajet
Membuat gajet

Pada pukul 11:00 pagi peserta perkhemahan akan membuat persiapan diri dan makan tengah hari.

Makan tengah hari
Sedappp terrrr.


Kemudian selepas makan tengah hari para peserta perkhemahan solat zuhur berjamaah.

Solat Zuhur Berjamaah


Aktiviti perkhemahan yang berikutnya, pada pukul 02:00 - 04:00 petang  ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK 2) kemahiran memberi pertolongan awal kecemasan. Slot ini dibimbing dan ajar oleh guru-guru Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) SK Desa Pinggiran Putra dan dibantu oleh fasilitator jemputan dari IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi.

Contoh dari guru Unit Beruniform PBSM Sederap

Bantuan awal kecemasan dari peserta perkhemahan lelaki

Bantuan awal kecemasan dari peserta perkhemahan perempuan

Pada pukul 05:30 – 06:30 petang peserta membuat latihan persembahan malam kebudayaan yang dibimbing oleh Unit Beruniform Persatuan Pureri Islam Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra.

Perbincangan setiap kumpulan untuk  malam kebudayaan


Latihan persembahan malam kebudayaan


Guru-guru yang membimbing slot latihan malam kebudayaan


Selepas solat maghrib hari kedua perkhemahan, para peserta perkhemahan dihidang dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Faizul Bin Zakaria dan selepas solat isya peserta perkhemahan membuat solat sunat taubat dan solat sunat hajat.



 
Kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Faizul Bin Zakaria

Kuliah maghrib. 


Aktiviti perkhemahan yang seterusnya ialah persembahan malam kebudayaan. Objektif aktiviti ini diadakan ialah peserta perkhemahan dapat menzahirkan bakat meraka yang mungkin belum diketahui oleh guru. Selesai persembahan malam kebudayaan juga para peserta perkhemahan dihidangkan dengan makan malam (BBQ).


Persembahan malam kebudayaan

Juri persembahan malam kebudayaan. 

BBQ

Ayam bakar (Sedapp terrrr)

Sedap dooh nah ayam bakar perapan ustaz faizul hahaa


Seterusnya pada pukul 12:00 malam sepatutnya para peserta perkhemahan rehat dan tidur. Tetapi pada malam kedua perkhemahan ini hujan lebat dan para peserta perkhemahan diminta angkat khemah mereka ke tempat yang selamat iaitu pindah dari padang bola sekolah ke tapak perhimpunan sekolah. Cabaran dan pengalaman mengangkat khemah pada pukul 01:00 pagi di tengah hujan lebat kali ini akan menjadi kenangan dan melahirkan sifat daya tahan bagi setiap orang peserta perkhemahan.


Pindahkan khemah kerana hujan lebat pada malam kedua perkhemahan

Kalau takut susah jangan datang perkhemahan. Semoga kesusahan ini mematangkan kamu.

Ahad ( 02 Oktober 2022 )

Pada hari ke tiga perkhemahan dan merupakan hari terakhir perkhemahan seawal pukul 05:30pagi para peserta perkhemahan dikejutkan untuk bangun membuat persiapan diri bagi menunaikan solat subuh berjamaah dan mengikuti kuliah subuh. 

Tajuk kuliah : Perjalanan roh kita

Aktiviti yang berikutnya pada pukul 07:00 – 08:30 pagi peserta perkhemahan membuat senamrobik dan minum pagi.

Senamrobik yang dibimbing oleh Teacher Dayang

senamrobik

Sarapan hari terakhir perkhemahan. 

Selesai sarapan para peserta perkhemahan diminta untuk menyimpan khemah dan peralatan masing – masing kemudian membuat gotoroyong membersihkan kawasan sekolah yang mungkin ada sampah – sampah dan barang - barang yang tertinggal semasa perkhemahan di jalankan.

 

Siapa pandai nyanyi lagu pengakap sila angkat tangan haha

Patut laa Bella dapat peserta perkhemahan perempuan terbaik.. 
Gambar dia pun banyak dalam laporan blog sekolah 

Gotoroyong bersih kawasan sekolah

Pada pukul 10:00pagi hari ke tiga perkhemahan ini adalah aktiviti kemuncak iaitu majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada peserta perkhemahan terbaik, kumpulan terbaik dan sijil penghargaan kepada fasilitator jemputan dari IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi. Hadiah dan sijil disampaikan oleh Hajah Puan Anita Binti  Saridin guru besar Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra. Seterusnya pukul 11:00pagi majlis penutupan selesai dan para peserta perkhemahan bersurai.


Ucapan dari Puan Hajah Anita Binti Ssridin Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra
di majlis penutupan perkhemahan 2022 

 Peserta perkhemahan terbaik lelaki. 
Khairul Ariff Hakimi 
Tahun 6 Rajawali



Peserta perkhemahan terbaik perempuan 
Salsabila Batrisya Mohd Shahrin 
Tahun 6 Kenyalang


Kumpulan terbaik perkhemahan peringkat sekolah tahun2022


Setiap kumpulan dapat hadiah saguhati

150 orang murid menyertai perkhemahan unit beruniform SEDERAP 2022

Dari kiri Cikgu Muslihuddin, Ustaz Faizul, Cikgu Fakaruddin dan Cikgu Hafiz
bergambar sebagai kenang kenangan perkhemahan Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra 2022


Gambar kenangan fasilitator jemputan dari IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi.
Terima kasih semua.




Sekian laporan perkhemahan unit beruniform Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra 2022
Terima kasih