Tuesday 30 June 2015

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH SEDERAP SESI 2016

Iklan Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah SEDERAP sesi 2016
Permohonan kemasukan ke Program Pendidikan Prasekolah tahun 2016 sudah dibuka mulai               1 Jun 2015 sehingga 30 ogos 2015.

Borang permohonan boleh diambil di pejabat sekolah atau di bangunan prasekolah pada waktu dan hari bekerja atau  boleh dimuat turun terus di Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Selangor (http://jpnselangor.moe.gov.my/)


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH TAHUN 2016

Syarat-syarat bagi kemasukan murid ke prasekolah sesi 2016 adalah seperti berikut;

1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia sahaja.

2. Terbuka untuk murid-murid yang berumur 5 & 6 tahun. 
(Keutamaan diberikan untuk murid yang berumur 6 tahun)

3. Mengikut pendapatan perkapita berdasarkan pendapatan Garis Kemiskinan.

4. Merit berdasarkan ranking pendapatan ibu bapa/penjaga dari rendah ke tinggi.

5. Kadar jumlah murid bagi setiap kelas ialah tidak lebih daripada 25 orang. (Prasekolah SEDERAP mempunyai 2 buah kelas prasekolah)

6. Proses pemilihan murid prasekolah dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Prasekolah.

7. Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti dibawah bersama-sama dengan borang pendaftaran;

 -Salinan Sijil Kelahiran/Mykid/Sijil Anak Angkat
 -Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa/Penjaga
 -Salinan Penyata Gaji Terkini Ibu Bapa/Penjaga
 -Salinan Sijil Nikah/Kahwin Ibu Bapa
 -Salinan bil elektrik/telefon/air
 -Sampul surat beserta setem 80 sen

8. Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar terus ke pejabat sekolah atau terus ke bangunan prasekolah pada hari bekerja.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 OGOS 2015

Monday 29 June 2015

Peperiksaan Percubaan UPSR 2015



Peperiksaan Percubaan UPSR 2015 untuk semua murid Tahun Enam akan diadakan pada 7 - 9 Julai 2015. Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa diminta untuk memastikan anak-anak tuan/puan membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi peperiksaan tersebut dan hadir ke sekolah sepanjang minggu peperiksaan. Kami warga pendidik dan seluruh warga SEDERAP mendoakan kejayaan cemerlang semua murid Tahun Enam. Selamat Maju Jaya.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2015


TARIKH
WAKTU
KOD KERTAS
NAMA KERTAS
MASA
JENIS KERTAS



7 JULAI 2015
SELASA


8.15 pagi –
9.05 pagi
011
Bahasa Melayu Pemahaman (SK)
50 minit
Objektif Aneka Pilihan
10. 15 pagi –
11.30 pagi
012
Bahasa Melayu Penulisan (SK)
1 jam 15 minit
Subjektif


12.20 tengah hari -
1.00 tengah hari
015/2
Matematik Kertas 2 (SK)
40 minit
Subjektif
8 JULAI 2015
RABU
8.15 pagi –
9.15 pagi
015/1
Matematik Kertas 1 (SK)
1 jam
Objektif Aneka Pilihan



9 JULAI 2015
KHAMIS


8.15 pagi –
9.30 pagi
018
Sains (SK)
1 jam 15 minit
Objektif Aneka Pilihan
10.30 pagi –
11.20 pagi
014/1
Bahasa Inggeris Kertas 1 (SK)
50 minit
Objektif Aneka Pilihan

12.15 tengah hari –
1.30 tengah hari
014/2
Bahasa Inggeris Kertas 2 (SK)
1 jam 15 minit
Subjektif


Cuti Perayaan Sempena Hari Raya Aidilfitri

Sekolah akan bercuti dari 15 Julai 2015 hingga 26 Julai 2015 (12 hari).


Tarikh Cuti

Hari

Cuti Sempena Hari Raya Aidilfitri

Countdown bilangan hari sebelum UPSR

15 Julai 2015
Rabu
Cuti Berganti 
(Tarikh gantian pada 10 Oktober 2015)
55
16 Julai 2015
Khamis
Cuti Peristiwa
54
17 Julai 2015
Jumaat
Cuti Umum
53
18 Julai 2015
Sabtu
Cuti Umum
52
19 Julai 2015
Ahad
Cuti Hujung Minggu
51
20 Julai 2015
Isnin
Cuti Perayaan
50
21 Julai 2015
Selasa
Cuti Perayaan
49
22 Julai 2015
Rabu
Cuti Perayaan
48
23 Julai 2015
Khamis
Cuti Perayaan
47
24 Julai 2015
Jumaat
Cuti Perayaan
46
25 Julai 2015
Sabtu
Cuti Hujung Minggu
45
26 Julai 2015
Ahad
Cuti Hujung Minggu
44

Sekolah akan kembali dibuka seperti biasa pada 27 Julai 2015 (Isnin).

PELAPORAN PERKHEMAHAN CALIT EMAS PERSATUAN PANDU PUTERI DAERAH SEPANG 2015




PELAPORAN PERKHEMAHAN CALIT EMAS PERSATUAN PANDU PUTERI DAERAH SEPANG 2015

Tarikh             :            15,16 dan 17 Mei 2015
Tempat           :            Kem PLKN Princess Haliza, Sepang
Peserta          :            Siti Khaleeda Bt. Hudairi
                                    Nurezwanna Najwa Bt. Anuar
                                    Anne Harisya Bt. Nik Mazli
                                    Nurin Zarifah Bt. Mohd Hafidz
                                    Putri Anis Sofia Bt. Mohamad Zaidi
                                    Ursil  Azanina Bt.Mohd Ali
                                    Nurul Aini Bt. Syukri
    Nazatul

Perkhemahan Calit Emas merupakan salah satu ujian lencana kecekapan bagi ahli pandu puteri tunas, selepas lulus dalam ujian prapersetiaan. Seramai 8 orang ahli pandu puteri tunas telah menyertai perkhemahan tersebut. Pelbagai aktiviti telah diatur semasa perkhemahan tersebut seperti penyediaan meja makan, ikatan dan simpulan, mendandan perca  kain dan tali, aktiviti senaman pagi dan mengetahui Jalur Gemilang, bendera negeri sendiri, bendera PPPM dan bendera WAGGS.
Perkhemahan ini diadakan supaya setiap ahli pandu puteri tunas dapat  berpegang teguh kepada persetiaan yang dilafazkan dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Ia juga dapat melatih dan menguji pengetahuan ahli-ahli disamping, membolehkan ahli-ahli tunas puteri mencapai tahap tertinggi dalam program pandu puteri tunas.

Terima kasih diucapkan  kepada semua pihak yang terlibat di dalam perkhemahan tersebut.
Aktivitri penyediaan meja makan
Aktiviti senaman pagi

Aktiviti ikatan dan simpulan


                                       





Friday 26 June 2015

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR

Bengkel tersebut akan dijalankan mengikut ketetapan seperti berikut:
HARI
MASA
MATA PELAJARAN
1 Julai 2015 (Rabu)
8.00 pagi-10.00 pagi
Sains
10.10 pagi-1.30 tengah hari
Matematik
2 Julai 2015 (Khamis)
8.30 pagi-12.30 tengah hari
Bahasa Inggeris
3 Julai 2015 (Jumaat)
2.30 petang-4.30 petang
Bahasa Melayu

Sehubungan itu, kami memohon agar ibu bapa/penjaga memastikan supaya anak-anak di bawah jagaan tuan hadir ke sekolah sewaktu bengkel tersebut dilaksanakan.

Ujian Kelajuan Internet

Uji kelajuan pada 26 Jun 2015 dengan menggunakan PC di Bilik GB dan kaedah sambungan WiFi
UniFi

YES YTL

Monday 22 June 2015

Sukan Tahunan Kali ke-2 SEDERAP

Tahniah diucapkan kepada rumah Laksamana (Merah) kerana sekali lagi dinobatkan Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-2 SEDERAP. Sebanyak 64 acara dapat dipertandingkan sepanjang sukan tahunan pada kali ini. Sebanyak 28 acara telah dilangsungkan awal sebelum kejohanan sukan bermula. Perasmian pembukaan dirasmikan oleh Tuan Haji Mutalib bin Tomran Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang. Manakala Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Y.B. Tuan Shahrum Bin Dato' Haji Mohd Sharif. 

Kejohanan Sukan Tahunan SEDERAP kali ke-2 ini juga diserikan dengan maskot BSN sempena pelancaran Sihathon.
JOHAN KESELURUHAN RUMAH LAKSAMANA (MERAH)

NAIB JOHAN RUMAH BENDAHARA (HIJAU)

TEMPAT KETIGA RUMAH TEMENGGONG (BIRU)

TEMPAT KEEMPAT RUMAH SHAHBANDAR (KUNING)


Perasmian Penutupan YB Tuan Shahrum bin Mohd Syarif ADUN Deangkil
Pelancaran Sihaton oleh Timb.PPD Sepang Tuan Haji Mutalib bin Tomran
Olahragawan Sekolah Nurhakim Bin Ahmad Zahir
Olahragawati Sekolah Faseha binti Saipo

Perhimpunan Rasmi 22 Jun 2015

Tarikh     : 22 Jun 2015
Masa       :  7.40 pagi - 8.10 pagi
Hari         :  Isnin

GURU BERTUGAS

  1. Puan  Nurul Hidayah binti Wahid @ Ab Wahid
  2. Puan Herda Irdiawaty binti Basiran
  3. Puan Norwati binti Mohammad Supian
  4. Encik Mohd Faizul bin Zakaria

LAPORAN
1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu `Negaraku', lagu `Negeri Selangor' dan lagu  “Sekolah”.
2. Bacaan doa yang dipimpin oleh Adik Fahmi bin Saipo
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Puan Herda Irdiawaty binti Basiran .
4. Bacaan ikrar murid oleh wakil murid Abdul Syamir Ikmal bin Abdul Salim.
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Cik Nurul ‘Aqilah binti Mohd Tahir.
5.1 Murid dinasihatkan supaya kurangkan bermain dan aktiviti lasak di bulan Ramadan ini pada waktu rehat
5.2 Murid diminta supaya menjaga nama baik sekolah terutamanya ketika ikut ibu bapa ke masjid untuk solat tarawih.
6. Slot Anti Dadah oleh Puan Nor Sabariah binti Awang Ngah       
Tajuk : ‘Inhalan’
Murid diingatkan supaya menjauhi daripada sebarang jenis dadah, murid juga dinasihatkan supaya mengelak daripada menyedut sebarang asap yang berada dipersekitaran mereka terutamanya asap dari lingkaran ubat nyamuk kerana khuatiri akan menyebabka  ketagihan. Ibu bapa, penjaga dan guru perlu memberi  perhatian dan mengenali tanda-tanda awal penagihan inhalan dalam kalangan anak-anak  dan murid-murid sekolah:-
  • Terdapat bau bahan kimia pada nafas, badan, pakaian dan di bilik tidur.
  •  Mata seringkali kelihatan berair, merah dan berkaca serta hidung berair.
  • Murid terbabit Kelihatan mengalami kurang daya tumpuan, mudah marah dan kemurungan.

7. Pelancaran Program Ihya Ramadan yang dirasmikan oleh Guru Besar Encik Sukimin bin Juki.
8. Ucapan Penolong Kanan Kurikulum Puan Maznah binti Mohd Noor
  • Murid-murid dan guru diingatkan supaya berjimat tenaga elektrik dan elakan pembaziran.
  • Mengucapkan selamat menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadhan.


9. Majlis ditutup dengan penyampaian hadiah Kelab Doktor  Muda SK Desa Pinggiran Putra.

                             Puan Herda Irdiawaty binti Basiran sebagai pengacara majlis bagi minggu ke 21


                                                                    Adik Fahmi bin Saipo memimpin bacaan doa          

                                                    Bacaan ikrar murid yang dipimpin oleh Abdul Syamir Ikmal bin Abdul Salim



                                                    Laporan guru bertugas minggu lepas  oleh Cik  Nurul A’qilah binti Tahir



                                                     Slot anti dadah oleh  Puan Nor Sabariah binti Awang Ngah             


                                                             Perlancaran Program Ihya Ramadan Oleh Encik Sukimin bin Juki  
                                                                                    Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra



                                                    Penyampaian hadiah dan sijil Kelab Doktor Muda oleh Encik Sukimin bin Juki
                                                                                    Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra