Thursday 26 February 2015

ISU YANG SERING DITIMBULKAN MENGENAI PROGRAM j-QAF

#Ini bukannya maklumat yang terkini.  Namun sebahagian besarnya masih betul. Download di sini


 ISU YANG SERING DITIMBULKAN  
MENGENAI PROGRAM j-QAF

  1. MODEL-MODEL j-QAF

    1. KHATAM AL-QURAN 6 BULAN

BIL
SOALAN
JAWAPAN
1.      
Adakah 6 bulan dah khatam al-Quran?
Tidak, maksud 6 bulan khatam   al-Quran ialah program khatam hanya berjalan dalam waktu P&P pada 6 bulan pertama (Jan-Jun) dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
2.      
Bagaimanakah murid yang masih berada          dibuku Iqrak 1,2 dan 3 pada Tahun1, 6 bulan ke2 dan Tahun 2, 6 bulan pertama hingga Tahun 6, Adakah perlu membaca surah mengikut sukatan Khatam al-Quran?
Murid mengikuti pelajaran Iqrak secara khusus hanya pada 6 bulan pertama (Jan-Jun) Tahun 1 sahaja manakala 6 bulan ke 2 (Julai-Oktober) semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 mesti bertalaqqi ayat mengikut sukatan namun bagi murid yang positif, murid membaca surah dengan mengikut bacaan guru secara total dan di samping itu murid tersebut di berikan penekanan kaedah Iqrak.
3.      
Apakah subjek al-Quran pada 6 bulan pertama Tahun 2 dan 6 bulan ke2 Th 2 hingga Tahun 6?
Murid pada 6 bulan pertama Th 1 diajar asas bacaan al-Quran (Buku Iqrak 1-6) sebanyak 4 waktu dengan menggunakan kaedah Iqrak. Bagi murid-murid yang telah menguasai buku Iqrak 1-6 bolehlah meneruskan bacaan al-Quran Resm Uthmani. Pada 6 bulan kedua (Julai-Oktober) murid mengikuti pelajaran asuhan tilawah al-Quran (buku teks KPM) sebanyak 3 waktu. Pada 6 bln pertama (Jan-Jun) Tahun 2 hingga  Tahun 6, murid mengikuti sukatan al-Quran program j-QAF sebanyak 4 waktu seminggu. Manakala 6 bulan ke 2 murid mengikut kembali pelajaran Asuhan Tilawah al-Quran (buku teks KPM) sebanyak 2 waktu seminggu.



4.      
Bagaimanakah dengan ujian bulanan dan penggal Pendidikan Islam (al-Quran) pada 6 bulan pertama thn 1 hingga thn 6 program j-QAF?
Ujian bulanan dan penggal        al-Quran pada 6 bulan pertama hanya dijalankan secara lisan sahaja. Ujian bertulis al-Quran dijalankan pada 6 bulan ke 2 melalui subjek Asuhan Tilawah al-Quran.
5.      
Bagaimanakah hendak melaksanakan P&P khatam al-Quran yang mempunyai 2 hingga 4 guru dalam satu kelas?
P&P khatam al-Quran dijalankan secara berkumpulan di mana murid dibahagikan kepada jumlah guru ketika itu mengikut aras kebolehan murid. Sebagai contoh, sekiranya bilangan guru ialah 3(j-QAF) + 1 GPI dan murid 40 orang, maka murid boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut aras kebolehan murid. P&P dijalankan menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah.
6.      
Bagi kelas yang banyak bolehkah dijalankan hanya seorang GDL j-QAF dan GPI dalam Satu kelas P&P?
Bagi sekolah yang mempunyai bilangan kelas yang banyak, minima guru semasa P&P            al-Quran ialah 1 (j-QAF) + 1 (GPI).
7.      
Adakah GDL atau guru PI j-QAF adalah guru pemulihan        al-Quran?
Tiada istilah Guru pemulihan       al-Quran dalam program j-QAF.
8.      
Adakah GDLatau guru PI  j-QAF hanya mengambil kumpulan murid yang positif semasa P&P?
Tidak semestinya. Sebenarnya tugas mendidik muird positif dan cemerlang adalah menjadi tanggungjawab semua guru.
9.      
Adakah murid perlu mengambil wuduk setiap kali P&P Khatam al-Quran dan tidakkah ianya mengambil masa yg panjang?
Ya, murid digalakkan berwuduk. Bagi menjimatkan masa, murid hendaklah berwuduk pada anggota rukun sahaja.  
10.   
Bagaimana dengan murid yang tertinggal dari sukatan sebenar, adakah akan mengikut sukatan tahun baru atau menyambung ayat yang terakhir dari tahun yang lalu?
Murid mesti menyambung bacaan yang sebelumnya seperti yang tercatat dalam Buku Rekod Bacaan al-Quran.
11.   
Bagaimana dengan soalan ujian bulanan dan penggal (soalan yang disediakan oleh MGB)?
Murid program j-QAF tidak perlu mengambil ujian penggal pertama untuk soalan Pendidikan Islam seperti yang disediakan oleg MGB kerana sukatan untuk khatam al-Quran penggal pertama adalah berbeza dengan sukatan al-Quran penggal pertama sekolah bukan program j-QAF. Ujian yang sesuai untuk murid j-QAF pada penggal pertama adalah ujian lisan.
                                                                               

    1. TASMIK KHATAM AL-QURAN
BIL
SOALAN
JAWAPAN
1.      
Adakah semua murid terlibat dalam kelas tasmik?
Ya, semua murid terlibat dalam kelas tasmik.
2.      
Adakah murid yang telah mahir membaca al-Quran tidak perlu lagi menghadiri kelas tasmik?
Murid yang mahir mesti menghadiri kelas tasmik dan mereka boleh dijadikan murid turus.
3.      
Adakah murid perlu menghadiri kelas tasmik pada setiap hari?
Ya, secara asasnya setiap murid mesti menghadiri kelas tasmik pada setiap hari namun bagi sekolah yang mempunyai bilangan kelas yang banyak dan bilangan murid yang terlalu ramai berbanding dengan tenaga pengajar yang kurang, maka murid-murid boleh digilirkan mengikut kesesuaian sekolah.
4.      
Bolehkah kelas Tasmik dijalankan dalam jadual rasmi sekolah?
Kelas Tasmik tidak boleh  dilaksanakan di dalam waktu persekolahan berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2004 bertarikh 30 Disember 2004.
5.      
Bagaimanakah kelas tasmik akan dijalankan bagi sekolah-sekolah yang mempunyai kelas yang banyak? contoh: 10 kelas ke atas
Waktu kelas tasmik diperuntukan seperti biasa, namun dari sudut pelaksanaan, kelas-kelas boleh digabung mengikut tenaga guru yang ada.
6.      
Bolehkah tasmik dilakukan oleh guru pada waktu ganti (relief) atau waktu lapang (rehat) di sekolah?
Tasmik secara individu boleh dilaksanakan pada bila-bila masa samada di sekolah atau di luar sekolah oleh GPI j-QAF atau guru yang dilantik oleh sekolah.
7.      
Bolehkah murid ditasmik di luar waktu sekolah ?
Boleh hanya oleh guru yang terlibat dengan kelas tasmik sahaja.
8.      
Bolehkah murid ditasmik oleh guru dan ibubapa di rumah?
Murid boleh membaca dengan ditasmik oleh ibubapa tetapi pengesahan ayat yang telah dibaca hendaklah disahkan oleh GPI j-QAF atau GPI dan guru yang dilantik oleh sekolah.

9.      
Bolehkah kelas tasmik digabungkan disebabkan kekurangan tenaga pengajar?
Boleh.
10.   
Adakah kelas Tasmik hanya dilaksanakan pada 6 bulan kedua sahaja pada setiap tahun persekolahan?
Kelas tasmik dilaksanakan di sepanjang  tahun persekolahan (Jan-Okt) mulai Tahun 1 hingga Tahun 6.

                             
    1. PEMULIHAN JAWI
BIL
SOALAN
JAWAPAN
1.     
Bolehkan murid pemulihan lebih dari 10 orang dalam satu P&P?
Tidak boleh, jumlah maksima 10 murid dalam satu P&P pemulihan jawi dengan seorang guru pemulihan ditetapkan untuk memberi tumpuan yang lebih berkesan kepada murid.
2.     
Bolehkah menggunakan 2 GDL atau GPI j-QAF untuk mengajar pemulihan jawi bagi satu kelas di mana murid yang perlu dipulihkan lebih dari 10 orang?
Tidak boleh, guru hendaklah membuat ujian pengesanan untuk memastikan hanya murid yang benar-benar lemah sahaja dimasukkan dalam kelas pemulihan jawi.
3.     
Bagaimana kedudukan guru pemulihan jawi bagi kelas yang telah di asingkan murid mengikut tahap kemahiran (KIA2M), ini bermakna murid positif dikumpulkan dalam satu kelas?
Murid boleh dibahagikan kepada 2 atau 3 kumpulan dengan setiap kumpulan tidak melebihi dari 10 murid dan diajar oleh seorang guru bagi setiap kumpulan, dengan menggunakan modul pemulihan yang telah disediakan Buku Panduan Modul Th 1,2 dan 3.
4.     
Adakah jumlah murid pemulihan mesti antara 6-10 murid, bagaimana sekiranya murid kurang dari 6 atau lebih 10 murid?
Jumlah murid disyaratkan 6-10 orang bagi setiap P&P. Kelas pemulihan perlu dilaksanakan walaupun jumlah murid pemulihan tidak sampai 6 orang.

5.     
Bagi kelas yang keseluruhan muridnya telah mencapai tahap cemelang dalam ujian pencapaian jawi, adakah perlu diadakaj juga kelas pemulihan jawi. ?
Kelas pemulihan tidak perlu dijalankan kepada kelas yang keseluruhan muridnya telah mencapai tahap cemerlang dalam ujian pencapaian jawi. Ujian pencapaian ini hendaklah berdasarkan soalan yang disediakan dalam Buku Panduan Ujian Pencapaian jawi KPM.

6.     
Bagaimanah dengan soalan ujian bulanan dan penggal murid pemulihan?
Bagi ujian bulanan, soalan mesti dibina mengikut aras kemahiran murid pemulihan. Manakala soalan bagi ujian penggal hendaklah menggunakan soalan yang telah diselaraskan.

7.     
Adakah murid pemulihan sesuai menggunakan buku latihan aktiviti Jawi yang disediakan oleh KPM (SPBT)?
Murid pemulihan adalah digalakkan menggunakan buku latihan aktiviti jawi terbitan Dewan Bahasa sebagai latihan tambahan kepada murid.

    1. BAHASA ARAB KOMUNIKASI

BI
SOALAN
JAWAPAN
1.     

Berapakah bilangan guru semasa P&P Bahasa Arab?
Seorang iaitu guru Q 03.
2.     
Bolehkah GPI j-QAF Q52 mengajar BA?
Guru Q 52 hanya mengajar  BA apabila waktu yang diperuntukkan untuk guru Q 03 melebihi 24 waktu semasa dalam latihan atau sekiranya berlaku  pertindihan waktu.
3.     
Bagaimanakah dengan ujian bulanan dan penggal BA?
Ujian BA bagi murid program        j-QAF menggunakan penilaian BA adalah berasaskan PKSR seperti dalam buku Panduan Pelaksanaan Model-model Kurikulum dan Kokurikulum Tahun 1,2 dan 3.
4.     
Adakah BA wajib diambil oleh semua murid yang tidak mengambil matapelajaran bahasa tambahan lain termasuk murid non muslim?
Murid Islam wajib mengambil BA sebagai mata pelajaran bahasa tambahan jika sekiranya mereka tidak mengambil mata pelajaran bahasa yang lain seperti Bahasa Cina atau Tamil. Manakala murid non muslim tidak dihalang untuk mengambil mata pelajaran BA setelah mendapat keizinan secara bertulis daripada penjaga.
5.     
Bolehkan murid Islam mengambil mp bahasa tambahan yang lain?
Murid Islam termasuk murid program j-QAF boleh memilih salah satu mata pelajaran bahasa tambahan yang diperkenalkan disekolah. Namun pihak sekolah berhak menasihati murid Islam untuk mengutamakan mata pelajaran bahasa tambahan BA.
6.     
Bolehkah murid non muslim mengambil BA?
Boleh, dengan keizinan secara bertulis daripada penjaga
7.     
Adakah waktu BA mengambil waktu GB?
Tidak, berdasarkan Surat pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002 bertarikh 27 Nov 2002
8.     
Ke manakah murid yang tidak mengambil subjek BA semasa P&P dijalankan?
Pihak sekolah perlu mengambil langkah seperti menempatkan murid tersebut di Pusat Sumber, mengadakan aktiviti nilam atau sebagainya menurut budi bicara Guru Besar (S.P.I Bil 8/2002)
9.     
Bolehkah BA dilaksanakan di luar jadual persekolahan bagi sekolah 2 sesi untuk mengurangkan masalah murid yang tidak mengambil BA?
P&P BA wajib dilaksanakan dalam jadual waktu persekolahan sebagaimana yang termaktub dalam akta pendidikan dan surat pekeliling Kementerian.
(rujuk Surat pekeliling Ikhtisas Bil 8/2002 bertarikh 1 Oktober 2002


V.      KEM BESTARI SOLAT

BIL
SOALAN
JAWAPAN
1.      
Berapa kali KBS dijalankan untuk setahun?
4 kali setahun untuk setiap murid


2.      
Bolehkah pelaksanaan kem bagi thn 1,2 dan 3 dijalankan serentak?
Boleh dijalankan serentak tetapi hendaklah menggunakan modul yang telah ditetapkan untuk murid-murid tersebut.
3.      
Bolehkah kem dijalankan pada waktu petang selepas tasmik?
Boleh dilaksanakan asalkan peruntukkan masa mengikut jumlah jam dan LDK yang telah ditetapkan.
4.      
Bolehkah kem dijalankan dalam waktu persekolahan pagi atau petang?
Tidak Boleh, kerana KBS adalah aktiviti Kokurikulum.
5.      
Bolehkan satu-satu kem dijalankan kurang dari 10 jam?
Tidak boleh
6.      
Adakah setiap kali kem mesti melaksanakan 6 LDK seperti dalam buku modul?
Ya




7.      
Bolehkah melibatkan orang luar sebagai fasilitator dalam LDK KBS?
Boleh dengan syarat Fasi tersebut mempunyai kelayakan dan mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.
8.      
Bolehkan kewangan KBS digunakan untuk membeli hadiah untuk fasilatator atau keperluan lain?
Kewangan KBS adalah untuk kegunaan murid terutamanya kos makan minum dan tidak boleh digunakan untuk membeli hadiah.
9.      
Bolehkah wang lebihan peruntukan KBS digunakan untuk membeli keperluan sekolah atau sebagainya untuk kepentingan murid?
Utamakan kegunaan untuk melaksanakan KBS tetapi jika mempunyai lebihan boleh digunakan untuk membeli bahan-bahan khususnya untuk kegunaan murid khususnya untuk pelaksanaan KBS.
Peggunaan wang KBS (OS 42) hendaklah mengikut pekeliling kewangan sedia ada.


2.  KEDUDUKAN GDLj-QAF

i.    SEMASA DALAM LATIHAN IAITU 18 BULAN

BIL
SOALAN
JAWAPAN
1.      
Bolehkah waktu GDL         j-QAF lebih dari 24 waktu termasuk tasmik untuk seminggu?
Tidak boleh ini berrdasarkan dengan berdasarkan arahan BPG di dalam Buku Panduan j-QAF.
2.      
Bolehkah GDL j-QAF diberi releif?
Boleh asalkan tidak terlalu membebankan atau menganggu tugasan yang diberikan oleh pihak maktab.
3.      
Bolehkah GDL j-QAF diberi mengajar subjek lain?
Tidak boleh
4.      
Bolehkah waktu GDL         j-QAF sewaktu praktikum lebih dari 12 waktu?
Boleh kerana GDL hanya akan diselia oleh pensyarah dalam 12  waktu seminggu. (Peg. Kurikulum di BPG)
5.      
Bolehkan GDL j-Qaf diberi tanggungjawab sebagai guru kelas?
Tidak boleh
6.      
Bolehkah GDL j-QAF diberi tugas sebagai Ketua Panitia PI?
Tidak Boleh
7.      
Bolehkah GDL j-QAF mengambil alih tugas mengajar PI daripada GPI?
Tidak boleh kecuali dalam keadaan tertentu seperti GPI tidak hadir.


8.      
Bolehkah GDL  j-QAF diberi kelas ganti tetap guru yang berkursus atau bercuti
Tidak digalakkan kerana boleh membebankan GDLuntuk menyiapkan tugasan maktab.
9.      
Bolehkah GDL j-QAF menyertai sebarang aktiviti di luar sekolah seperti menjadi hakim MTQ, MKQ atau mewakili Maktab, Negeri dan Kebangsaan dalam sukan atau sebagainya?
Tidak boleh









10.   
Bolehkah GDL j-QAF dihantar berkursus?
Tidak boleh
11.   
Bolehkah GDL terlibat sebagai pembantu dalam aktiviti kokurikulum seperti unit uniform, sukan dan sebagainya?
Boleh
12.   
Bolehkah sekolah mengambil guru GSTT bagi menggantikan GDL yang hamil?
Tidak boleh



ii.    SELEPAS TAMAT LATIHAN 18 BULAN

BIL
SOALAN
JAWAPAN
1.      
Bolehkah GPI j-QAF memegang jawatan penting di sekolah
Bergantung kepada pihak sekolah
2.      
Bolehkah GPI j-QAF diberi mengajar subjek selain PI
Tidak, kerana status GPI j-QAF adalah guru luar norma (over and above)
3.      
Bolehkah jadual waktu GPI j-QAF lebih dari 24 waktu seminggu
Bergantung kepada pihak pengurusan sekolah
4.      
Bolehkah GPI j-QAF diberi tugas sebagai guru kelas
Tidak digalakkan namun ianya bergantung kepada keperluan sekolah
5.      
Bolehkah pertukaran GPI  j-QAF sama ada dalam daerah,antara negeri serta suka sama suka dibenarkan?
GPI j-QAF tidak boleh berpindah dari sekolah yang telah ditetapkan mengikut perjanjian yang telah ditandatangani oleh GDL j-QAF dan GPI j-QAF iaitu 18 bulan semasa latihan dan 3 tahun semasa perkhidmatan.

3.   BAHAN-BAHAN PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF

i.    NASKAH AL-QURAN RESM UTHMANI

BIL
SOALAN
JAWAPAN
1.      
Adakah sekolah akan dibekalkan naskah al-Quran pada setiap tahun mengikut bilangan murid yang baru mendaftar?
Ya, naskah al-Quran akan dihantar ke sekolah pada setiap tahun mengikut jumlah murid Tahun 1 yang mendaftar.
2.      
Adakah murid perlu menggantikan naskah al-Quran yang rosak atau hilang?
Ya, murid perlu menggantikannya dengan membeli naskah yang sama seperti yang dibekalkan oleh KPM.

3.      
Bolehkan al-Quran dibawa pulang oleh murid?
Tidak boleh. Ini untuk mengelakkan daripada ianya hilang, rosak dan menjaga kesucian al-Quran.


ii.    BUKU IQRAK

BIL
SOALAN
JAWAPAN
1.      
Adakah sekolah yang sama akan menerima buku Iqrak setiap tahun?
Setiap sekolah hanya menerima sekali sahaja.
2.      
Adakah murid perlu menggantikan buku Iqrak yang rosak atau hilang?
Ya, murid perlu menggantikannya dengan membeli naskah yang sama seperti yang dibekalkan oleh kementerian.

3.      
Bolehkah buku Iqrak dibawa pulang oleh murid?
Tiada halangan, tetapi jika sekiranya rosak atau hilang, murid perlu menggantikannya dengan membeli buku Iqrak yang sama seperti yang dibekalkan oleh KPM.


iii.  BUKU REKOD BACAAN AL-QURAN

BIL
SOALAN
JAWAPAN
1.      
Adakah sekolah akan dibekalkan Buku Rekod Bacaan al-Quran pada setiap tahun mengikut bilangan murid yang baru mendaftar?
Ya, Buku Rekod Bacaan akan dihantar ke sekolah pada setiap tahun mengikut jumlah murid Tahun 1 yang mendaftar.




2.      
Adakah murid perlu menggantikan Buku Rekod Bacaan al-Quran yang rosak atau hilang?
Ya, murid perlu menggantikannya dengan membeli naskah yang sama seperti yang dibekalkan oleh KPM.

3.      
Bolehkan Buku Rekod Bacaan al-Quran dibawa pulang oleh murid?
Tiada halangan,  jika sekiranya rosak atau hilang, murid perlu menggantikannya dengan membeli Buku Rekod Bacaan al-Quran yang sama seperti yang dibekalkan oleh KPM.


  iv.      BAHAN-BAHAN PERMAINAN PEMULIHAN JAWI

BIL
SOALAN
JAWAPAN
1.      
Adakah guru boleh menggunakan bahan pemulihan yang dibina sendiri?
Boleh




2.      
Adakah KPM akan menambah atau Mengganti bagi bahan yang telah rosak?
Tidak ada, pihak sekolah hendaklah mengambil inisiatif untuk menangani masalah tersebut.







Di sediakan oleh:

Unit j-QAF
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Kementerian Pelajaran Malaysia