Monday 26 April 2021

LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE 13

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua warga Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra (SEDERAP). Pada minggu ini, iaitu minggu ke-13 sesi persekolahan kita dan juga merupakan minggu ke 2 kita berpuasa di bulan Ramadhan.

    Pada waktu pertama iaitu waktu perhimpunan pada pukul 7.40 pagi hingga 8.10 pagi, sebelum memulakan PdPc, terlebih dahulu dimulakan dengan Majlis Bacaan Surah Yassin Perdana yang diadakan di dalam kelas masing-masing. 

    Pada waktu yang sama juga telah berlangsung Majlis Suaikenal dan Perlantikan Rakan Inklusif 2021 anjuran Unit PPKI SEDERAP. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SEDERAP atas kerjasama dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh sekolah mengikut panduan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

                  Kumpulan guru bertugas pada minggu ini terdiri daripada 15 orang guru yang terdiri daripada:

1. Fazira bt Ismail

2. Siti Hajar bt Mohd Nasir

3. Tengku Fairus bt Raja Hassan

4. Wan Muhammad Hafiz bin Wan Yasin

5. Sha'azrina bt Mohd Imran

6. Siti Masra bt Abdul Kadir

7. Siti Norhazwani bt Zainol

8. Zulhilmi bin Nawawi

9. Norlizawati bt Mohd Razali

10. Nurul Ruhamaak bt Ab Rahman

11. Nurul Hanan bt Hussin

12.  Nurhafiza bt Mohamad Ramdzan

13. Fauzan bt Hj Muhammad

14. Dayangku Nurhanis bt Awangku Arni

15.  Wan Anna Wahidah bt Wan Mat Tahir











Monday 19 April 2021

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE-12

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga SEDERAP. Hari ini, Isnin tanggal 19 April 2021 merupakan minggu ke 12 persekolahan kita. Ramai murid kelihatan lebih bersemangat dan gembira apabila dapat kembali ke sekolah.

         Seperti biasa sebelum memulakan Pdpc, kami terlebih dahulu mengadakan Majlis Bacaan Surah Yassin Perdana di kelas masing-masing. Alhamdulillah warga SEDERAP telah berjaya menjalani ibadah puasa selama 7 hari. 

            Kumpulan guru bertugas pada minggu ini terdiri daripada 14 orang guru seperti yang berikut:-

1) Norwati Binti Mohammad Supian

2) Noor Asiah Binti Mohd Yusof

3) Mohd Muslihuddin B. Mohd Nor

4) Nur Izzati Binti Mohd Hairi

5) Hafidah Binti Abd Hamid 

6) Suryana Binti Shuib

7) Anis Farhah Binti Md.Isa

8) Nur Hanani Binti Ramlan

9) Nanthini Mahaendran

10) Intan Naziran Binti Bahari

11) Paiezah Binti Ibrahim

12) Mohamed Fakarudin B. Abd Talib

13) Nor Aqilah Binti Mohd Tahir

14) Siti Amalina Binti Mazni



Perjalanan datang murid-murid pada waktu pagi




                                                 Penyuraian murid-murid semasa pulang dari sekolah

 

Tuesday 13 April 2021

PROGRAM BULAN DAKWAH, IHYA' RAMADAN 2021

   Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan taufik dan inayah-Nya, Gimik Pelancaran Program Bulan Dakwah, Ihya' Ramadan dan Khatam Al-Quran 2021 bersama 1442H telah dirasmikan semalam pada pukul 1.02 Tengah hari dalam bentuk montaj dengan jayanya sempena ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak. Program ini telah dirasmikan oleh En. Sukimin Bin Juki, Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra.


Jom saksikan video gimik perasmian ini:

https://youtu.be/BkmKGJkYpVA


   Program ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan peringkat sekolah di bawah anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SEDERAP. Di antara objektif program ini adalah untuk membina sahsiah murid supaya menjadi insan mulia, dapat membangunkan diri, berbakti kepada agama dan berketrampilan serta dapat membudayakan suasana Ramadan dengan ibadah dan aktiviti yang berfaedah.

   Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini bermula 13 April - 10 Mei 2021. Antaranya ialah :

             1) Pertandingan mewarna poster ( Murid PraSekolah, PPKI dan Tahun 1) 

             2) Pertandingan teka silang kata ( Murid Tahun 2)

             3) Pertandingan melukis poster Ramadan ( Murid Tahun 3)

             4) Pertandingan e-Nasyid Ramadan Solo ( Murid Tahun 4)

             5) Pertandingan e-Kalam Arabi ( Murid Tahun 5)

             6) Pertandingan e-Daie Cilik ( Murid Tahun 6)

                 dan banyak lagi.


Akhir kata, diharapkan program ini dapat memberi impak positif dalam diri murid-murid SEDERAP dan beroleh keberkatan dan kerahmatan di sisiNya.


       "RAMADAN KAREEM, ALLAHU AKRAM"



Sekian, terima kasih.






Saturday 10 April 2021

MARHABAN YA RAMADAN AL-MUBARAK

Alhamdulillah, Segala puji-pujian hanya kepada Allah SWT. Berbaki 3 hari lagi kita bakal bertemu bulan Ramadan, iaitu bulan penuh keberkatan, tetamu agung dan penghulu segala bulan. Ia juga dikenali sebagai Madrasah Tarbiah, penjana perubahan bagi diri kita, keluarga dan masyarakat. Semoga Allah memberi kekuatan dan kemudahan kepada kita semua untuk menempuh dan menghidupkan segala ibadah di bulan ini dengan sempurna dan jayanya demi mencapai ketaqwaan kepada Allah SWT. Allahumma Aamiin.






Bagi menyambut ketibaan bulan Ramadan, kita dianjurkan untuk membaca doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW agar setiap amal ibadah yang dikerjakan pada bulan tersebut mendapat pahala berganda-ganda dan diterima di sisi Allah SWT. Jom kita baca bersama-sama:




SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK  KEPADA SEMUA UMAT ISLAM