Sunday 17 December 2023

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BADAN BERUNIFORM SK DESA PINGGIRAN PUTRA 2023





Pada 8-10 Disember 2023 yang lalu, telah dilaksanakan program Perkhemahan Perdana Unit Badan Beruniform SK Desa Pinggiran Putra. Perkhemahan Perdana ini merupakan program tahunan sekolah yang dianjurkan oleh unit Kokurikulum. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini berlangsung yang mana ianya melibatkan sejumlah 93 orang murid tahap dua. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah seperti:

·       Taaruf dan ice breaking/blended

·       Solat berjemaah tazkirah, selawat, bacaan surah dan doa

·       Pelaksanaan 15 modul perkhemahan

·       Persembahan

Alhamdulillah semua yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan lancar dan baik sekali. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Perkhemahan Perdana Unit Badan Beruniform terutamanya Guru Besar, pihak pentadbiran, penyelaras, jawatankuasa,  En. Zailani berserta team, guru-guru, peserta perkhemahan dan ibu bapa/penjaga. Terima kasih atas usaha dan kerjasama dalam menjayakannya.  


Berikut merupakan sebahagian momen yang dirakam sepanjang Perkhemahan Perdana dijalankan.




























Terima kasih dan selamat bercuti  😍😎







Monday 4 December 2023

 LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 34

 Hari        : Isnin

Tarikh    : 4 Disember 2023

Masa     : 7.30 – 8.00 pagi

Tempat : Tapak Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra

 

SENARAI GURU BERTUGAS

1.     NURHAFIZA BINTI MOHAMAD RAMDZAN

2.     NURUL HUDA BINTI WAN ABDULLAH

3.     MOHAMMAD SOLEH BIN ADNAN

4.     SITI AMALINA BINTI MAZNI

5.     SITI MASRA BINTI ABDUL KADIR

6.     NUR HANANI BINTI RAMLAN

 

UCAPAN PENTADBIR

1.    -Minggu ini merupakan perhimpunan terakhir untuk tahun 2023

2.   -Masih ada murid yang datang lewat ke sek. Murid dinasihat untuk hadir awal dan mematuhi peraturan sekolah dan berdisiplin

3.   - Pn. Saadah memaklumkan pada 8-10 Disember 2023 akan diadakan perkhemahan perdana di sekolah.




Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan bacaan ikrar oleh Pn. Nurhafiza binti Mohamad Ramdzan












PENYAMPAIAN HADIAH KECERIAAN

Tempat Pertama - 6 Delima

Tempat Kedua – 6 Zamrud

Tempat Ketiga - 6 Berlian

 






PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG KARNIVAL PSS




 PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG KARNIVAL MATEMATIK