Monday 31 March 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN MINGGU KE-13

TARIKH                    : 31 MAC 2014
HARI                          : ISNIN
MASA                        : 7.40 - 8.10 PAGI
TEMPAT                   : DATARAN PERHIMPUNAN, SKDPP
GURU BERTUGAS : (1) PUAN NOOR HAYATI BINTI MISWAN (KETUA)      
                                      (2) PUAN NOR ASIAH BINTI MOHD YUSOF
                                      (3) ENCIK MAZ AZLEE BIN AZAHARI
                                      (4) PUAN WAN SALAWATI BINTI WAN MD NOR
KEHADIRAN GURU : 23/25. GURU TIDAK HADIR:-
                                         (1) ENCIK SUKIMIN BIN JUKI (TAKLIMAT PELABELAN GURU - NBOS)
                                         (2) PUAN FAUZAN BINTI MUHAMMAD (TAKLIMAT PELABELAN GURU - NBOS)
                                        
LAPORAN:
1. Nyanyian 2 buah lagu iaitu Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor yang diketuai oleh Puan
    Norwati Binti Mohammad Supian.
2. Bacaan doa oleh Pengawas bertugas.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara.
4. Bacaan Ikrar Jalan Raya.
5. Bacaan Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Sekolah.
6. Laporan Guru Bertugas minggu lepas oleh Puan Jawahir binti Shahdan. Antara isi kandungan ialah:
  • Murid-murid dimita jangan membeli barang-barang atau makanan yang dijual oleh peniaga di luar pagar sekolah. Ini dikhuatiri menyebabkan murid akan jatuh sakit jika makanan tersebut tercemar.
    • Murid-murid juga perlu menjimatkan penggunaan air di kantin, di tandas dan semasa membasuh peralatan seni.
7. Ucapan Guru Bertugas oleh Puan Noor Hayati binti Miswan yang bertemakan "Betapa Pentingnya Ilmu Pengetahuan". Antara isi ucapannya ialah:
  • Memperkenalkan guru-guru bertugas.
  • Jika murid-murid mengalami masalah, sila berhubung dengan guru-guru tersebut.
  • Murid-murid hendaklah meneruskan perjuangan sebagai pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan.
  • Murid-murid perlu menimba ilmu pengetahuan dengan memperbanyakkan aktiviti membaca.
  • Dengan mengulangkaji pelajaran, murid-murid dapat memperkukuhkan ilmu pengetahuan.
  • Murid-murid juga perlu menghafal ilmu seperti menghafal ayat-ayat al-quran dan bacaan-bacaan dalam solat.
8. Ucapan Guru Disiplin oleh Puan Zahrulhuda Binti Haji Kamaruddin. Antara isi ucapannya ialah:
  • Murid-murid hendaklah memberi salam apabila berjumpa dengan guru-guru. Pupukkan budaya memberi salam di sekolah.
    •  Murid-murid hendaklah menghormati sesama kawan. Dilarang mengejek nama kawan, ayah, ibu dan nenek.
9. Ucapan Guru Kanan Pentadbiran oleh Puan Maznah binti Mohd Noor. Antara isi ucapannya ialah:
  • Memperkenalkan Guru Baru iaitu Puan Iqbal Hana binti Mohamed Rusdi.
  • Sesi perkenalan guru oleh 4 orang guru praktikum iaitu Muhammad Shafie bi Nasnan, Muhammad Amin bin Mohamad Ali, Mukaramah binti Zakaria dan Noorasikin binti Astan. Kesemua guru praktikum tersebut dari IPG Kampus Bangi.
  • Tugas seorang guru adalah mengajar manakala tugas bagi seorang murid ialah belajar. Murid-murid hendaklah patuh pada arahan guru dan peraturan-peraturan sekolah. Murid-murid datang ke sekolah perlu belajar dengan semua kelengkapan alat tulis dan buku. Murid-murid tiada masalah lagi dengan alat-alat tulis dan buku.
     10. Hal-Hal Lain
                 Tiada
Disediakan oleh:-
WAN SALAWATI BINTI WAN MD NOR



Ucapan Guru Bertugas oleh Puan Noor Hayati binti Miswan
Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Puan JAwahir binti Shahdan
                 
Ucapan Guru Kanan Pentadbiran oleh Puan Maznah binti Mohd Noor



                                          Barisan Guru Kanan Pentadbiran bersama guru-guru bertugas dan guru-guru praktikum

Friday 21 March 2014

Selamat Bercuti


Mulai esok, sekolah akan memulakan cuti Pertengahan Penggal 1 selama seminggu (9 hari).  Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada hari Isnin, 31 Mac 2014.

Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid-murid.  Semoga masa cuti ini dapat dimanfaat dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Takwim Persekolahan 2014

Takwim Persekolahan 2014


Thursday 20 March 2014

LAPORAN AKTIVITI  KOKURIKULUM
Unit Terlibat : Persatuan Unit Beruniform (Bil 08/2014)
Tarikh : 19 Mac  2014
Hari    : Rabu
Masa   : 2.30 pm -5.30 pm
Kehadiran :
  Unit               Kehadiran Guru         Kehadiran Murid              
 Pengakap                 1                              31 orang                      
 TKRS                      5                              27 orang                                      
 PPT                         4                              22 orang
 PPI                          4                              13 orang
Penolong Kanan yang hadir:
En. Rosdin
Pn Salmah
Pn. Maznah -keluar untuk  urusan pentadbiran

Peratus Kehadiran murid : 91.2%

 Laporan Aktiviti
Aktiviti Kokurikulum pada minggu ini adalah gabungan 4 unit beruniform iaitu:
Pengakap
TKRS
PPT
PPI
melaksanakan aktiviti Simpul Dan Ikatan yang diketuai oleh En. Zakaria dan dibantu oleh guru penasihat setiap unit. Murid-murid diajar mengenai beberapa jenis simpulan dan ikatan seperti:
1.  Simpul Tindih Kasih
2.  Simpul Manuk
3.  Lilit Balak dan sebagainya.

                                                               Laporan Bergambar
ikatan  lilit balak

Tunjukcara ikatan oleh En Zakaria

cara mengikat lilit balak

simpulan tindih kasih

Pn Norasiah dan Pn Rashidah menunjukcara membuat simpulan


berjaya membuat ikatan


1M1S
Permainan 1M1S yang diadakan ialah Bola Sepak dan Bola Jaring


Disediakan oleh
SALMAH BINTI ISMAIL
PK Kokurikulum SKDPP

Wednesday 19 March 2014

Pertandingan Choral Speaking Daerah Sepang 2014

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada 19 Mac 2014 (Rabu), SK Desa Pinggiran Putra telah menghantar satu pasukan ke pertandingan Choral Speaking  Peringkat Daerah Sepang di SMK Putra Perdana.

Pasukan ini terdiri daripada 30 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4 dan 5. Pasukan ini dibimbing dan dilatih oleh guru-guru Bahasa Inggeris iaitu Pn. Nurul Hidayah, Pn. Jawahir dan Pn. Nurhafiza. Latihan dijalankan pada waktu kokurikulum dan latihan terakhir diadakan pada hari Sabtu.

Pasukan Choral Speaking SKDPP 2014


Sesungguhnya, ini adalah pengalaman pertama buat kesemua murid dan guru. Guru-guru Bahasa Inggeris mengambil inisiatif mencuba nasib untuk menyertai pertandingan ini dengan mendapat sokongan padu dari GPK Kokurikulum; Pn. Salmah bt Ismail dan Guru Besar; En. Sukimin b. Juki.

Walaubagaimana pun, pasukan ini tidak mendapat tempat di dalam pertandingan ini. Nampaknya, tuah tidak menyebelahi kami. Apa yang penting, pengalaman yang dapat dikutip pada hari ini menjadi panduan yang berguna untuk guru-guru dan murid-murid untuk memperbaiki segala kelemahan kami untuk penyertaan akan datang.

Murid-murid SKDPP sedang membuat persembahan




En. Kamsani b. Sahlan; Guru Besar SKTPP 2 (Perasmi Majlis Penutupan)

Penyampaian Sijil Penyertaan kepada wakil sekolah

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Kita cuba lagi tahun hadapan. Semoga Allah memberkati segala usaha kita.

Tuesday 18 March 2014

Polis Perhubungan Sekolah


L/Kpl Hafizi dan Konstabel Azlan

Lans Korperal Mohd. Hafizi Ahmad merupakan pegawai polis yang bertindak sebagai polis perhubungan sekolah. Beliau bertugas di Pondok Polis Desa Pinggiran Putra.   Sekiranya terdapat sebarang masalah yang berkaitan, bolehlah berbincang dengan beliau.

Konsert Amal Hari Guru Negeri Selangor


Jawatan Kuasa Penganjur Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 2014 akan menganjurkan Konsert Amal Hari Guru Negeri Selangor.  Tujuan konsert ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor yang mana Daerah Sepang menjadi tuan rumah.


Konsert amal ini akan diadakan pada 2 dan 3 April di Sekolah Seri Puteri dan kemuncaknya pada 5 April 2014 di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.  





Untuk menyaksikan konsert pada 2 April 2014 (Rabu), murid-murid bolehlah menmbeli tiket berharga RM10 daripada Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Salmah Ismail.  Pada tarikh ini, konsert tersebut dikhususkan kepada murid dari sekolah rendah.  
Tarikh: 2 April 2014(Rabu)
Masa: 3.00 - 5.00 petang
Tempat: Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
Sementara bagi konsert kemuncak pula, tiketnya adalah bernilai RM300, RM200, RM100 dan RM50.  Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat mengalu-alukan sebarang sokongan dari pihak ibu bapa/penjaga untuk memberi sumbangan dengan membeli tiket-tiket yang diamanahkan kepada sekolah kita untuk membantu menjualnya. 

Monday 17 March 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN MINGGU KE 12


TARIKH                    : 17 MAC 2014
HARI                          : ISNIN
MASA                        : 7.40 - 8.10 PAGI
TEMPAT                   : DATARAN PERHIMPUNAN, SKDPP
GURU BERTUGAS : (1) PUAN ROZAYMA BINTI ZAMAN (KETUA)      
                                      (2) PUAN FAUZAN BINTI HAJI MUHAMMAD
                                      (3) PUAN IFAHAYATI BINTI ISMAIL
                                      (4) PUAN JAWAHIR BINTI SHAHDAN
KEHADIRAN GURU : 22/25. GURU TIDAK HADIR:-
                                         (1) PUAN JAWAHIR BINTI SHAHDAN (CRK)
                                         (2) PUAN ANIS FARHAH BINTI MD ISA (MC)
                                         (3) ENCIK MAZ AZLEE BIN AZHARI (CUTI TANPA GAJI)
LAPORAN:
1. Nyanyian 2 buah lagu iaitu Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor yang diketuai oleh puan
    Norwati Binti Mohammad Supian.
2. Bacaan doa oleh pengawas bertugas.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara.
4. Bacaan Ikrar Jalan Raya.
5. Bacaan Ikrar Murid oleh ketua pengawas sekolah.
6. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh encik Zakaria Bin Sha'ari. Antara isi kandungan ialah:
  • Semasa berada di kantin murid-murid hendaklah menjaga tingkah laku antaranya beratur semasa membeli makanan dan minuman, sisa makanan hendaklah dibuang terlebih dahulu ke dalam tong sampah dan pinggan serta cawan hendaklah di letakkan dalam besen yang telah disediakan.
  • Selepas rehat murid tahap satu berkumpul di dataran terbuka pada jam 9.55 pagi manakala murid tahap dua pada jam 10.25 pagi.
  • Semasa masuk ke kelas murid-murid hendaklah menjaga tatatertib agar tidak mengganggu pdp kelas lain.
  • Budaya memberi salam hendaklah diteruskan.
7. Ucapan guru bertugas oleh puan Rozayma Binti Zaman yang bertemakan "manfaatkan cuti 
    sekolah dengan sebaiknya". Antara isi ucapannya ialah:
  • Semasa cuti sekolah pada minggu depan murid-murid hendaklah manfaatkan masa cuti dengan mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan latihan sekolah.
  • Murid-murid hendaklah menjaga diri sendiri semasa cuti sekolah. 
8. Ucapan guru disiplin oleh puan Zahrulhuda Binti Haji Kamaruddin. Antara isi ucapannya ialah:
  • Murid-murid hendaklah menjaga tatatertib semasa keluar ke bilik khas. Antaranya ialah tutup kipas dan lampu, kerusi hendaklah di masukkan ke dalam meja dan berjalan dalam keadaan yang senyap dan teratur.
9. Persembahan "coral speaking" oleh pasukan sekolah SKDPP. Pasukan sekolah ini akan bertanding
    pada 18 Mac 2014 (Selasa) di SMK Taman Putra Perdana.
10. Ucapan guru besar oleh encik Sukimin Bin Juki. Antara isi ucapannya ialah:
  • Budaya memberi salam hendaklah diteruskan dan tatacara yang betul semasa bersalam dengan guru atau orang yang lebih tua.
  • Indeks Pencemaran Udara (IPU) hendaklah sentiasa dipantau dari masa ke semasa. Murid-murid dan guru hendaklah menjaga kesihatan kerana keadaan persekitaran yang masih berjerubu. Murid-murid dan guru digalakkan memakai topeng muka yang bersesuaian.
  • Minggu hadapan adalah cuti sekolah pertengahan penggal pertama bermula pada 22 - 30 Mac 2014. Sekolah akan mula dibuka pada 31 Mac 2014 (Isnin). Manfaatkan masa cuti sekolah dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
  • Sepanjang minggu ini murid tahun lima akan menduduki peperiksaan. Murid-murid lain diminta sentiasa berada dalam keadaan senyap bagi memberi laluan murid tahun lima menjalani peperiksaan dengan baik dan lancar. 
11. Hal-hal lain.
      Tiada
Disediakan oleh:-
FAUZAN BINTI HAJI MUHAMMAD


LAMPIRAN:-
 Persembahan "coral speaking"
Ucapan Guru Besar

Murid - murid berikrar

PENDAFTARAN TAHUN 1 2015/2016 NEGERI SELANGOR

Pendaftaran Tahun 1 2015 -2016 telah dibuka mengikut ketetapan seperti berikut;

Tarikh                   : 01.03.2014 hingga 30 April 2014
Lahir                     :  Tahun 2008 dan 2009
Cara Pendaftaran  : Pendaftaran melalui on-line
Laman web           : http://apps.moe.gov.my/esppsel/

Ibubapa/penjaga boleh mendaftar seperti tarikh di atas dan menghantar permohonan ke sekolah yang dipohon untuk diperakukan dengan segera.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Encik Rosdin bin Ibrahim ditalian 0162770270.

Sekian, terima kasih.

Encik Rosdin bin Ibrahim
PK HEM
SK Desa Pinggiran Putra.

Friday 14 March 2014

Prasekolah

Untuk makluman semua, setakat hari ini maklumat yang diterima ialah prasekolah tidak akan dibuka pada tahun 2014.  Insya-Allah ia akan dibuka pada sesi persekolahan 2015.  Klik di sini untuk memapar dan memuat turun borang permohonan. Prasekolah 2015 ialah untuk anak yang dilahirkan pada tahun 2009.  Namun sekiranya ada kekosongan, anak yang lahir pada tahun 2010 juga boleh diterima masuk.  

Perlu diingat bahawa tidak semestinya setiap permohonan akan diluluskan.  Selain daripada faktor bilangan kekosongan yang ditawarkan, warganegara, pendapatan keluarga dan usia juga akan menjadi faktor pertimbangan oleh Jawatan Kuasa Pemilihan.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Pn. Wan Salawati bt. Wan Md. Nor.

Memo: Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 1

Dimaklumkan bahawa PKSR 1 bagi murid Tahun 5 akan diadakan mengikut seperti ketetapan berikut:

Tarikh              : 17 Mac – 21 Mac 2014
Hari                  : Isnin – Jumaat
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu  Penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.


PKSR ini akan dijalankan pada mana-mana waktu Pembelajaran dan Pengajaran mata pelajaran tersebut dalam dalam tempoh tarikh yang dinyatakan di atas.  Sehubungan itu, adalah diharapkan agar ibu bapa dan penjaga dapat memastikan anak masing-masing dapat hadir sepanjang minggu tersebut.  Dalam pada itu, bimbinglah mereka agar membuat ulangkaji di rumah bagi menghadapi ujian tersebut.

Thursday 13 March 2014

Bacaan IPU di Nilai pada 11:32 malam


Dengan bacaan berada pada 175,  bermakna sekolah masih boleh dibuka namun tiada sebarang aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar bilik darjah yang dibenarkan.

Tindakan Pihak Sekolah Menangani Fenomena Jerebu 2014


Monday 10 March 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN MINGGU KE 11


LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN MINGGU KE 11


 

TARIKH: 11 MAC 2014

HARI: ISNIN

GURU BERTUGAS:            1) EN. ZAKARIA B. SHA`ARI

                                               2) PN. ANIS FARHAH BT. MD ISA

                                               3) EN. ZULHILMI B. NAWAWI

                                               4) PN. ZAHRUL HUDA BT. HJ. KAMARUDIN

KEHADIRAN GURU:  24/24 ORANG

 

Laporan 

1. Nyanyian 2 buah lagu - lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor
2. Bacaan doa oleh Pengawas bertugas
3. Bacaan ikrar Rukun Negara
4. Bacaan ikrar Jalanraya
5. Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas Sekolah,.
6. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Sha`azrina
  
  i) Kebersihan
-          teguran kepada murid-murid supaya jangan membuang sampah ke dalam sinki. Buang ke dalam tong sampah yang disediakan. Bersama menjaga kebersihan sekolah.

    ii) Disiplin
         - Beratur jika keluar dari kelas ketika bergerak ke kelas yang lain. Berjalan dalam barisan dengan senyap.
         - Jangan bising jika guru tiada dalam kelas.

7. Ucapan guru bertugas minggu ini oleh En. Zakaria.
    i)  memperkenalkan guru-guru bertugas
    ii)  jika murid mengalami masalah, sila berhubung dengan guru- guru tersebut.
    iii) jika rasa kurang sihat, tidak perlu hadir ke sekolah. Jaga kesihatan diri terutama di dalam keadaan cuaca yang tidak berapa baik seperti sekarang.

8. Ucapan Guru Disiplin oleh Pn. Zahrulhuda.
i) Tema pada minggu ini: Amanah.

Amanah adalah sifat yang baik, jujur. Cara untuk mengamalkan sifat amanah dalam diri adalah seperti membawa buku yang telah diamanahkan oleh guru. Kembalikan atau serahkan kepada guru jika ada terjumpa wang atau barang- barang yang berharga.

9. Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat sekolah SKDPP oleh Pn. Jawahir.

i) Tujuan
Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah seperti mengambil berat, prihatin dan sabar. Murid adalah aset penting yang perlu dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa komuniti dan masyarakat.

ii) Aktiviti- aktiviti.
Dalam fasa pertama, aktiviti yang akan dijalankan ialah:

i) Mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah. Guru akan menyambut murid di pintu pagar dan mengucapkan selamat datang. Begitu juga semasa pulang dari sekolah.

ii) Program Mentor-mentee. Guru membantu murid yang bermasalah, membuat lawatan atau ziarah ke rumah murid yang bermasalah.
Contoh: Lawatan ke hospital oleh Cikgu Maz Azlee dan Ustaz Zulhilmi bagi melawat pelajar tahun 3 Alza yang menerima rawatan di wad HKL.

iii) Memberi penghargaan kepada murid seperti menyambut hari lahir murid di sekolah.

Ucapan Perasmian Program oleh Guru besar, En. Sukimin b. Juki.

Program ini bertujuan untuk menyerlahkan sikap sayang guru terhadap murid. Sayang bermaksud kita memberikan yang terbaik dan betul kepada orang yang kita sayang. Teguran, kawalan dan larangan dari guru adalah bentuk kasih sayang yang ditunjukkan walaupun murid kurang selesa. Murid mesti faham tujuan guru berbuat demikian adalah kerana guru sayang kepadanya.

 
Pelajar berkumpul
 

 Penerangan Objektif Program Guru Penyayang oleh Pn. Jawahir

 
 
 
Ucapan Perasmian
 

 
Perasmian Program oleh Guru besar SKDPP En. Sukimin b. Juki


10) Hal – hal lain.

Sekolah akan melancarkan tabung untuk kutipan derma bagi meringankan beban adik Mohd. Amer Irfan yang kini sedang menerima rawatan di HKL.
 
Disediakan oleh,
Pn. Anis Farhah bt. Md Isa
 

Sunday 9 March 2014

Mesyuarat Penubuhan PIBG SK Desa Pinggiran Putra


Satu Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra (SKDPP)  telah diadakan di bilik mesyuarat pada 8 Mac 2014, jam 8.30 malam di Bilik Mesyuarat SKDPP.

Antara tujuan mesyuarat diadakan ialah untuk melantik jawatankuasa penaja PIBG SKDPP bagi membincangkan persiapan untuk mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama.

Ahli mesyuarat telah melantik Encik Mohd Radzi Bainan sebagai Yang DiPertua bagi jawatankuasa penaja, sementara jawatan Naib Yang DiPertua pula disandang oleh Encik Haslan bin Ahmad.


Dr. Haji Mohd. Radzi Bainan (YDP)

En. Haslan bin Ahmad (NYDP)
Selain itu, ahli jawatankuasa penaja dalam kalangan guru adalah seramai 7 orang guru yang terdiri dari seorang setiausaha, seorang bendahari dan 5 orang ahli jawatankuasa.  Enam AJK penaja dalam kalangan ibu bapa dan penjaga murid,juga telah dilantik iaitu Encik Ibrahim bin Jantan, Puan Siti Rom bt. Dariman, Puan Normi bt. Ghazali, Puan Norhaidah Asma bt. Mohd Hashim, Encik Jailani b. Kadir, dan Encik Naszeri b. Haji Mohd Nor.

Dalam mesyuarat yang dijalankan, selain melantik ahli jawatankuasa, perkara-perkara lain yang dibincangkan antaranya, penetapan tarikh Mesyuarat Agung PIBG dan senarai dif-dif jemputan dan perasmi ke Mesyuarat Agung tersebut.

Mesyuarat telah memutuskan tarikh Mesyuarat Agung PIBG SKDPP ialah pada 19 April 2014, jam 9.00 pagi. Hal-lain lain yang berkaitan dengan Mesyuarat Agung ini akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK yang akan datang. 

Antara AJK PIBG yang hadir

Antara AJK PIBG yang hadir

Antara AJK PIBG yang hadir

Guru Besar yang merupakan ex-officio persatuan bertindak sebagai Penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan Persatuan. 
Guru Besar merangkap Penasihat kepada PIBG

Berikut ialah di antara yang diingatkan oleh Penasihat:
Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti- 
  1. Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajkan murid; 
  2. Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah; 
  3. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat; 
  4. Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

Mengingatkan agar notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh mesyuarat. 
Selain itu, memandangkan berkemungkinan besar Mesyuarat Agung tidak dapat dijalankan selewat-lewatnya pada bulan Mac, maka beliau menggesa agar dikemukakan alasan dan tarikh yang dicadangkan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar pada atau sebelum 31 Mac.

Kehadiran mesyuarat ialah seperti berikut:

Penasihat:
En. Sukimin bin Juki (Guru Besar)

Guru-Guru Penolong Kanan SKDPP:


  1. Pn. Maznah bt. Mohd. Noor
  2. En. Rosdin bin Ibrahim
  3. Pn. Salmah bt. Ismail



Ibu/bapa/penjaga:

  1. Dr. Hj. Mohd Radzi bin Bainan (YDP)
  2. En. Haslan bin Ahmad (NYDP)
  3. En. Nazeri b. Hj. Mohd Nor
  4. Tn. Hj. Ibrahim bin Jantan
  5. Pn. Norhaidah Asma
  6. En. Jailani bin Kadir
  7. Pn. Normi binti Ghazali
  8. Pn. Siti Rom binti Darman


Guru:
  1. Pn. Nurul Hidayah binti Wahid @ Ab Wahid - Setiausaha
  2. Pn. Fauzan binti Hj. Muhamad - Bendahari
  3. En. Zulhilmi bin Nawawi - AJK
  4. Pn. Noor Asiah binti Mohd Yusof - AJK
  5. Pn. Wan Salawati binti Wan Mohd Nor - AJK
  6. Pn. Rozayma binti  Zaman - AJK