Friday 10 December 2021

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN (MINGGU 40: 6-10 DISEMBER 2021)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Guru bertugas minggu 40:



Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi sesi persekolahan tahun 2021. Minggu ini juga adalah penggiliran murid Kumpulan B yang hadir secara bersemuka di sekolah. Seperti biasa, murid hadir ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi dan mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 

Seperti yang kita maklum, mantan Guru Besar SEDERAP, Encik Sukimin bin Juki telah bersara wajib pada 5 Disember 2021 yang lalu. Terima kasih buat Cikgu Sukimin atas jasa dan bakti cikgu dalam membangunkan SEDERAP. 

Warga SEDERAP berbesar hati pada minggu ini menerima kehadiran Guru Besar baharu iaitu Puan Hajjah Anita binti Saridin yang memulakan tugas pada 6 Disember 2021. Selamat Datang Puan Anita! 

Semoga SEDERAP terus melangkah ke hadapan dalam memastikan kejayaan dan kemenjadian murid dari segi jasmani dan rohani. 

Berikut adalah laporan bergambar aktiviti di SEDERAP sepanjang minggu ini.




Murid yang hadir awal, sebelum jam 7.15 pagi berkumpul di Dewan Terbuka sebelum masuk ke kelas masing-masing mengikut SOP




Guru Besar, Puan Hajjah Anita binti Saridin memperkenalkan diri dan menyampaikan amanat kepada para guru SEDERAP selepas waktu persekolahan.



Guru-guru penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2020 bergambar kenangan bersama para pentadbir SEDERAP. Tahniah diucapkan!


Pelaksanaan ujian kendiri covid 19 pada hari Rabu kepada beberapa orang murid setiap kelas dengan borang persetujuan ibu bapa seperti yang disarankan KKM dan KPM.




Pegawai PPD Sepang menyampaikan hadiah kepada Guru Besar untuk murid-murid SEDERAP yang berjaya memenangi tempat dalam pertandingan melalui bidang Kokurikulum. 



Penyampaian hadiah oleh PK Kokurikulum kepada guru PPKI SEDERAP mewakili murid. Tahniah diucapkan kepada NUR UMAIRAH BALQIS telah mendapat tempat ke 3 e-Tarannum dalam pertandingan Karnival e-Mahabbah Pendidikan Khas peringkat Negeri Selangor.


Proses sanitasi kelas, pejabat dan bilik khas di SEDERAP. Terima kasih kepada beberapa individu yang terlibat. Moga Allah ganjarkan segala kebaikan. 

Begitulah beberapa perkara yang berlaku sepanjang minggu ini. Biar gambar jadi kenangan. Covid 19 membataskan banyak perkara namun di dalamnya terselit beribu hikmah. Semoga Allah s.w.t mengurniakan kesihatan dan perlindungan buat kita semua. Buat murid-murid SEDERAP, Selamat Bercuti!!! Jaga diri kalian. 😊😉