Tuesday 30 May 2017

Cuti Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telahpun menetapkan tarikh-tarikh cuti seragam untuk semua sekolah seperti dalam jadual di bawah. Namun pihak sekolah bercadang untuk memohon Cuti Ganti pada 23 Jun 2017 (Jumaat) bagi membolehkan murid, ibubapa dan guru pulang awal sehari ke kampung masing-masing.

Wednesday 24 May 2017

PRASEKOLAH: LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRASEKOLAH & PPKI 2017

Tarikh : 17 Mei 2017

Masa : 7.30 pagi - 2.30 petang

Tempat : Dominos Pizza, Bangi & Farm In The City, Sri Kembangan


Program lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti tahunan Prasekolah SK Desa Pinggiran Putra. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pengalaman semulajadi kepada murid-murid prasekolah terhadap kehidupan semulajadi flora dan fauna disamping memupuk sifat ingin tahu dalam diri murid-murid prasekolah tentang keadaan di sekeliling mereka.

Program lawatan prasekolah pada kali ini juga adalah dengan kerjasama En. Alias daripada Syarikat Hani Genius yang bertindak sebagai pemandu arah bersama-sama dengan seorang pembantu beliau iaitu En. Zaki. Rombongan lawatan ini diiringi oleh 5 orang guru daripada Prasekolah dan PPKI serta 3 orang PPM dan turut disertai oleh 52 orang murid termasuk 12 orang murid daripada Program Pemulihan Khas Integrasi (PPKI).

Bas yang kami naiki memulakan perjalanan dari sekolah pada jam 8 pagi. Destinasi pertama kami adalah ke Dominos Pizza yang terletak di Seksyen 3, Bangi. Perjalanan dari sekolah ke sini  mengambil masa lebih kurang setengah jam. Murid-murid sempat bersarapan pagi di dalam bas sebelum tiba ke destinasi yang dituju. Sejurus tiba di premis tersebut, kami telah disambut oleh Pengurus Dominos Pizza yang bertugas iaitu En Azman. Murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil untuk sesi lawatan di sekitar dapur dan juga untuk melihat dengan lebih dekat demonstrasi untuk membuat roti pintal dan pizza.

Murid turut berpeluang untuk menghasilkan sendiri roti pintal dengan bimbingan daripada pekerja-pekerja di sana. Disamping dapat melihat demonstrasi, kami juga telah dihidangkan dengan pizza serta roti pintal yang dihasilkan oleh murid-murid. Sebelum balik, setiap murid dan guru telah dibekalkan dengan sekeping pizza saiz personal daripada En. Azman dan kami berpeluang bergambar kenang-kenangan bersama-sama sebelum menaiki bas.

Seterusnya, pada jam 10.30 pagi, kami memulakan perjalanan ke Farm In The City yang terletak di Sri Kembangan. Perjalanan ke Farm In The City memakan masa hampir setengah jam. Setibanya di Farm In The City, kami telah disambut oleh petugas di sana. Sementara menunggu En. Alias menguruskan pas masuk, kami telah ditaklimatkan oleh petugas di sana perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan di dalam taman ini. Contohnya, apa yang perlu dilakukan semasa memberi makan kepada haiwan, jangan berlari-lari atau menolak kawan-kawan dan sebagainya. Selepas memastikan setiap murid mempunyai pas masuk masing-masing petugas telah membahagikan murid kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan perempuan. Terlebih dahulu kami telah dibawa untuk menyaksikan persembahan burung kakak tua. Semua murid tekun dan kagum menyaksikan kebijaksanaan 3 ekor burung kakak tua yang membuat persembahan. 

Kemudiannya, murid telah dibawa berjalan di sekitar Farm In The City. Kebanyakan haiwan jinak seperti kambing, kambing biri-biri, ayam, burung di sini dibiarkan bebas dengan pengawasan. Murid-murid sungguh teruja dapat memberi makan kepada haiwan-haiwan tersebut. Murid-murid juga berpeluang untuk memberi makan kepada kura-kura gergasi yang merupakan antara haiwan yang tertua di sana. Murid-murid telah dibawa bersiar-siar ke kolam ikan koi di mana terdapat beratus-ratus ikan koi yang bersaiz besar di dalam kolam tersebut. Aktiviti yang sangat menyeronokkan ialah apabila murid diberi peluang untuk menangkap ikan-ikan kecil di dalam kolam kecil. Ada diantara murid hampir terjatuh ke dalam kolam kecil tersebut kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ikan.

Murid-murid telah memberikan perhatian yang sangat baik semasa sesi penerangan oleh petugas di sana tentang hidupan di taman tersebut, Walaupun ada kalanya sesetengah murid sukar untuk dikawal namun guru-guru pengiring telah memainkan peranan masing-masing dengan amat baik. Kami telah berhenti rehat untuk makan tengah hari di Restoran Nasi Briyani yang terletak di Saujana Impian bersebelahan dengan Tesco Kajang pada jam 1.30 petang. Murid-murid telah dihidangkan dengan menu nasi ayam dan air sirap. Walaupun kepenatan tetapi juadah yang dihidangkan di makan dengan penuh berselera. 

Kami bertolak pulang pada jam 2.15 petang dan tiba di sekolah pada jam 2.45 petang. Pengalaman baru yang diperolehi oleh murid pada sesi lawatan pada kali ini sesuatu yang sangat berharga buat mereka dalam meniti kehidupan yang mendatang. Walaupun masing-masing kepenatan namun di wajah mereka jelas terpancar kegembiraan dan kepuasaan kerana dapat berjalan bersama rakan-rakan dan guru-guru. Disamping kegembiraan dan pengalaman yang diperolehi, aktiviti lawatan ini juga diharapkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid disamping memupuk perkembangan jasmani, rohani, emosi, intelek dan sahsiah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



Gambar:
Murid berkumpul di prasekolah sementara menunggu bas tib

Murid berbaris sebelum menaiki bas




Kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing
Tiba di Dominos Pizza, seksyen 3 
Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan sebelum sesi lawatan di sekitar premis
Murid perlu membasuh tangan terlebih dahulu sebelum dibawa melawat 
Murid dipakaikan topi khas untuk tujuan kebersihan

Sesi penerangan oleh Pengurus Dominos, En. Azman

Murid berpeluang menghasilkan roti pintal

Hasilnya....


Demonstrasi membuat pizza oleh pekerja di sana





Murid menjamu selera dengan sekeping pizza  dan roti pintal selepas selesai sesi lawatan di Dominos


Bergambar kenang-kenangan di luar premis sebelum bergerak ke destinasi seterusnya




Tiba di Farm In The City

Sesi penerangan oleh petugas Farm In The City

Masing-masing teruja melihat haiwan di sana


Menyaksikan persembahan burung kakak tua

Khusyuk dan tekun masing-masing...

Murid berpeluang memberi makan kepada kura-kura gergasi

Kenyang kura-kura dapat makan banyak hari ni..:)

Takut-takut berani nak pegang rusa..

Jumpa biri-biri pula..

Boleh bagi makan lagi..

Dah puas beri makan pada haiwan, kita tangkap ikan pula..

Murid lain takut bila suruh pegang anak ayam ni..
Anak ular sawa.. 

Guru-guru dan PPM prasekolah

Lepas penat melawat kita menjamu selera dahulu

Makan banyak-banyak ye, lepas ni kita nak balik sekolah:)





Monday 22 May 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN


Tarikh : 22 Mei 2017
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 8.10 pagi

Guru Bertugas:
1) Anis Farha binti Md Isa
2) Cik Ili Syahirah binti Abd Ghani
3) Cik Tengku Fairus binti Raja Hassan
4) Pn. Nor Sabariah binti Awang Ngah

Pengacara Majlis : Pn. Nur Anis Farha binti Md Isa
Pembaca Doa : Adik Alif Firhan
Pembaca Ikrar : Adik Amirul Hakim bin Zamri

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
(Pn. Norwati binti Mohammad Supian )
1. Tepati Masa
Semua murid diingatkan supaya tidak melengahkan waktu rehat dan harus makan dengan tertib tanpa banyak bersembang. Murid yang sudah selesai makan perlu ke datarn terbuka dan tidak dibenarkan untuk berlari-lari atau bermain di padang sewaktu rehat.

2. Kantin
Murid diingatkan sekali lagi supaya meletakkan pinggan yang telah digunakan ke dalam besen yang telah disediakan oleh pihak pengurusan kantin. Murid turut diingatkan supaya tidak meninggalkan sebarang sampah atau pembalut makanan di atas meja di kantin.


3. Bertanggungjawab

Murid perlu bertanggunjawab terhadap barang peribadi seperti wang, peralatan sekolah dan lain-lain agar tidak berlaku keciciran wang atau kehilangan barangan.



Laporan Keceriaan Kelas

Tahap 1
1) 3 Puma – 85 %

2) 3 Cheetah - 80%

3) 3 Jaguar - 78%



Tahap 2
1) 6 Exora - 94%

2) 5 Amanah - 89%

3) 4 Bakawali – 78%



Ucapan Pentadbir
(En. Sukimin bin Juki)


Kejayaan Sekolah
Ucapan tahniah diatas kemenangan murid-murid yang mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak MSSD peringkat daerah Sepang, tanpa semangat berpasukan dan usaha yang gigih kita tidak mampu meraih kejayaan/kemenangan ini.


Bacaan Ikrar Murid

Laporan guru bertugas minggu lepas

Penyampaian hadiah bagi Johan pertadingan bola sepak MSSD
Daerah Sepang.







Penyampaian Piala pusingan pertandingan 3K





Wednesday 17 May 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Tarikh : 15 Mei 2017
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 8.10 pagi

Guru Bertugas:
1) Pn. Nur Izzati Binti Muhammad Hairi
2) Pn. Norwati Binti Mohammad Supian
3) Pn. Wan Anna Wahidah Bt Wan Mat Tahir
4) En. Mohd Faizul Bin Zakaria
5) Pn. Fazira Binti Ismail
6) En. Muhammad Jawad Faruqi Bin Zainal Abidin

Pengacara Majlis : Pn. Nur Izzati Binti Muhammad Hairi
Pembaca Doa : Adik Alif Firhan Bin Sulaimi
Pembaca Ikrar : Adik Ummi Athirah Binti Abdul Hadi


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
(Pn Hannah Najihah Binti Razak@Abdul Razak)

1. Disiplin

- Masalah disiplin murid pada minggu lepas agak terkawal. Semua murid diingatkan supaya tidak berlari-lari selepas rehat dan bermain-main di susur gajah dan di longkang yang terletak di belakang kantin kerana dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan.

2. Kantin

- Murid diingatkan sekali lagi supaya meletakkan pinggan yang telah digunakan ke dalam besen yang telah disediakan oleh pihak pengurusan kantin. Murid turut diingatkan supaya tidak meninggalkan sebarang sampah atau pembalut makanan di atas meja di kantin.

3. Keceriaan Kelas

- Keceriaan dan kebersihan kelas kurang memuaskan. Sampah sarap tidak dibuang menyebabkan kelas kelihatan kotor.


Laporan Keceriaan Kelas

Tahap 1

1) 3 Cheetah - 78%
2) 3 Jaguar - 77%
3) 3 Puma - 76%

Tahap 2

1) 6 Exora - 93%
2) 5 Amanah - 88%
3) 5 Bestari- 77%

Laporan Disiplin
(Ustazah Salwa binti Mohd Hadi)

1. Menjawab Salam

- Murid-murid diingatkan supaya menjawab salam dengan serentak dengan nada yang sama semasa perhimpunan.

2. Pas Keluar

Pas keluar perlu dipakai bukan dipegang semasa ingin keluar dari kelas atas sesuatu urusan. Hanya seorang murid dibenarkan keluar untuk satu pas yang dipakai. Elakkan untuk keluar berdua atau lebih daripada seorang dengan menggunakan satu pas. Selesaikan urusan dengan segera dan kembali ke kelas juga dengan segera.

3. Menjaga Adab

- Murid diingatkan supaya memelihara mulut dengan menyebut perkara atau perkataan yang elok sahaja.

Ucapan Pentadbir
(Pn Salmah Binti Ismail)

1. Jaga Disiplin

- Murid diingatkan supaya jangan membuat bising. Jaga disiplin diri. Anggap sekolah sebagai rumah sendiri dengan menjaga kebersihan sebaik mungkin.

Gambar:

Pembaca Doa


Bacaan Ikrar

Pembaca Ikrar Murid


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

Barisan Guru Bertugas Minggu Ini

Laporan Disiplin

 

 Pemenang Keceriaan Kelas Tahap 1


 Pemenang Keceriaan Kelas Tahap 2

Ucapan Pentadbir