Monday 15 April 2024

 

PERHIMPUNAN SESI PAGI

Hari      : ISNIN

Tarikh   : 15 APRIL 2024

Masa    : 7.30 - 8.00 PAGI

Tempat : DEWAN TERBUKA SK Desa Pinggiran Putra


SENARAI GURU BERTUGAS PADA MINGGU INI:

  1. SITI SUHAIDA BINTI SANIMAN

  2. MUHAMMAD JAWAD FARUQI BIN ZAINAL ABIDIN

  3. NURHAFIZA BINTI MOHAMAD RAMDZAN

  4. NOOR HAYATI BINTI MISWAN

  5. MOHAMED FAKARUDIN BIN ABD TALIB

  6. WAN MALAIKAH BINTI WAN ASHA'ARI


LAPORAN PERHIMPUNAN


  1. Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan 

Lagu Sekolah.

  1. Bacaan Doa oleh pengawas bertugas.

  2. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh ketua guru bertugas Encik Muhammad Jawad Faruqi.

  3. Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas.



Barisan guru bertugas
                                        
                                                            


   Bacaan ikran oleh guru bertugas

                                                     


  Bacaan ikrar oleh pengawas bertugas
                                                                                    
                                                  


Laporan guru bertugas mingguan
                       

1. Disiplin murid sepanjang minggu persekolahan yang lepas dalam keadaan yang baik. Mohon semua murid agar sentiasa mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan. 

 

 2. Program susu sekolah : semua murid yang menerima susu perlu mengambil susu mengikut jadual yang ditetapkan.



Laporan daripada Penyelaras HIP dan RMT

                                                     

1. Semua penerima RMT mesti mengambil makanan yang disediakan di kantin. 

2. Murid yang tidak menerima RMT tidak dibenarkan untuk mengambil makanan RMT murid lain. Sekiranya perkara ini berlarutan, guru-guru akan mengambil tindakan yang sewajarnya. 

3. Murid yang menyertai program HIP perlu mengambil makanan yang disediakan di kantin. Tag bagi penerima HIP akan disediakan oleh guru. Murid perlu memakai tag semasa mengambil makanan yang disediakan. 

4. Guru-guru RMT akan bertugas sepanjang waktu rehat untuk memantau pergerakan murid di kantin.  

 

 

  Ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas

                                                         

1. Peringatan kepada semua murid untuk tidak membawa wang yang banyak ke sekolah, terutama wang raya yang diperoleh. Mohon bawa wang yang secukupnya untuk pembelian di kantin supaya tiada masalah kehilangan wang berlaku.

2. Murid perlu mematuhi peraturan semasa berada di kantin. Beratur ketika membeli makanan dan buang sampah ke dalam tong sampah.

3. Pada minggu ini akan diadakan Kejohanan Merentas Desa. Murid-murid perlu bersedia untuk latihan dan pertandingan yang akan dilaksanakan pada hari Jumaat.

4. Aktiviti kokurikulum akan bermula pada minggu ini. Semua murid bersedia untuk mengikuti aktiviti kokurikulum dan jika tidak dapat mengikuti aktiviti kokurikulum, maklumkan pada Guru Penasihat yang berkenaan.

5. Mohon kepada semua murid menjaga adab dan akhlak sepanjang berada di sekolah.  

 


Perhimpunan tamat tepat pada jam 8.00 pagi.

  

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh,

WAN MALAIKAH BINTI WAN ASHA'ARI 

 

 

  

    




Monday 1 April 2024

 

LAPORAN MINGGU KE-4 PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025


PERHIMPUNAN SESI PAGI

Hari      : ISNIN

Tarikh   : 01 APRIL 2024

Masa    : 7.30 - 8.00 PAGI

Tempat : DEWAN TERBUKA SK Desa Pinggiran Putra


SENARAI GURU BERTUGAS PADA MINGGU INI:

  1. HAFIDAH BINTI ABD.HAMID

  2. MUHAMMAD ADIB NAJMI BIN ZAINUDDIN

  3. NORLIZAWATI BINTI MOHD RAZALI

  4. NURUL HUDA BINTI WAN ABDULLAH

  5. AHMAD NAQIUDDIN BIN WAHID@AB.WAHID

  6. UMI NAZIHAH BINTI CHE GHANI

  7. NURUL HANAN BINTI HUSSIN


LAPORAN PERHIMPUNAN


  1. Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan 

Lagu Sekolah.

  1. Bacaan Doa oleh pengawas bertugas. Wan Abid (6 Barium)

  2. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh ketua guru bertugas Puan Hafidah .

  3. Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas, adik Nik Fadhli Hasif (6 Ferum )



barisan guru bertugas

bacaan doa

bacaan ikrar murid

bacaan ikrar murid



laporan guru bertugas





Penyampaian Hadiah 

Pertandingan mencipta kad raya dan pertandingan mencipta sampul raya anjuran pergerakan puteri Islam daerah Sepang.

SEDERAP Johan mencipta kad raya peringkat daerah Sepang

-Sarah alieya:6 Aurum

SEDERAP Tempat ke empat mencipta sampul raya peringkat daerah Sepang..

-Hayfa zahra:6 Aurum

Tahniah kpd murid yg berkenaan.






Ucapan wakil pentadbir, PK KOKURIKULUM  SK Desa Pinggiran Putra ENCIK IDRIS BIN JAMAL






Perhimpunan tamat tepat pada jam 8.00 pagi.

  

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh,


NURUL HANAN BINTI HUSSIN