Monday 21 March 2022

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN (MINGGU 1: 21 - 25 MAC 2022)

 LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN (MINGGU 1: 21 - 25 MAC 2022)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

            Hari ini bermulalah hari pertama persekolahan penggal pertama 2022/2023. Ramai murid yang hadir awal ke sekolah pada hari ini dengan iringan ibu bapa masing-masing. Berlaku sedikit kesesakan lalu lintas kerana terdapat ibu bapa yang meletakkan kenderaan di laluan drop-off murid. Sepatutnya ibu bapa yang ingin mengiringi anak ke pagar dan mengambil gambar anak perlu meletakkan kenderaan di tempat yang tidak menghalang laluan drop-off murid. Selain itu, laluan susur gajar di luar pagar juga agak sesak kerana terdapat ibu bapa murid tahun 1 yang melihat anak-anak mereka di luar pagar. Diharapkan ibu bapa menjaga SOP yang telah ditetapkan untuk memastikan keselamatan anak-anak kita semua.

       Di dalam pagar sekolah, semua murid Tahun 1 dikumpulkan di dewan terbuka manakala yang lain dikumpulkan di dataran perhimpunan mengikut kelas masing-masing sebelum naik ke kelas. Ini kerana terdapat perubahan kedudukan kelas dan guru kelas/pembantu guru kelas akan mengiringi murid naik ke masing-masing.

            Pada waktu pulang pula berlaku kesesakan lalu lintas kerana ibu bapa masih belum memahami Tatacara Mengambil Anak di Pintu B Versi 21 Mac 2022 (sila tonton video ini, https://youtu.be/pQ-mxYckowU) di mana guru-guru tidak akan memanggil nama murid seorang demi seorang tetapi murid akan beratur di luar pagar mengikut tahun dan masa yang telah ditetapkan. Justeru, kami menyarankan ibu bapa untuk memakir kereta dan datang berjalan kaki menjemput murid terutamanya bagi murid Tahun 1. Ibu bapa juga diingatkan untuk memakaikan tag label pintu pagar keluar kepada murid-murid untuk memudahkan guru menyusun murid ketika waktu tamat persekolahan.

Berikut ialah senarai guru bertugas pada minggu ini :

1. DAYANGKU NURHANIS BINTI AWANGKU ARNI (K)

2. FAZIRA BINTI ISMAIL

3. WAN MUHAMAD HAFIZ BIN WAN YASIN

4. NIK SUHAILA BINTI NIK AHMAD

5. ATIRAH BINTI MUSTAFA

6. POH EE CHIUN

7. SATRIANA BINTI HAPI

8. KAUSAR BINTI HAMDAN

9. NURUL RUHAMAAK BINTI AB RAHMAN

10. MUHAMAD ADIB NAJMI BIN ZAINUDDIN

11. WAN MALAIKAH BINTI WAN ASHA'ARI

12. MOHD FAIZUL BIN ZAKARIA

13. NUR HANANI BINTI RAMLAN

14. SITI NUR AIN BINTI ABDUL RAHMAN

15. NORWATI BINTI MOHAMMAD SUPIAN

16. NURUL HUDA HANANI BINTI AB GHANI

Pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke sekolah tidak lagi dilaksanakan. Diharapkan ibu bapa mengambil berat tentang keadaan anak-anak sebelum menghantar mereka ke sekolah. Kerjasama daripada ibu bapa dan penjaga amat diharapkan untuk kebaikan bersama.

Sekian, terima kasih.



KEADAAN WAKTU PAGI

 

Keadaan lalu lintas di hadapan sekolah.


Ibu bapa yang mengiringi murid di luar pagar diharap dapat menjaga SOP yang telah ditetapkan.



Tahniah kepada murid yang hadir awal ke sekolah.