Tuesday 24 September 2019

Anugerah Program Pendidikan Inklusif (PPI) Pilihan Ibu Bapa GENIUS Kurnia

SK Desa Pinggiran Putra telah terpilih sebagai penerima Anugerah Program Pendidikan Inklusif (PPI) Pilihan Ibu Bapa Genius Kurnia sempena Majlis Apresiasi Sekolah 2019 anjuran GENIUS Kurnia Bahagian GENIUS Kementerian Pendidikan Malaysia pada 21 September 2019 yang lalu di Dewan Anugerah, Pusat Kecemerlangan Intervensi Awal Genius Kurnia, Bahagian Genius, Kementerian Pendidikan Malaysia.  Anugerah telah disampaikan oleh Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK).

Majlis ini diadakan untuk menghargai usaha sekolah dalam memahami dan menerima murid-murid autisme lepasan GENIUS Kurnia yang telah ke sekolah.







Monday 23 September 2019

PERHIMPUNAN MINGGUAN RASMI MINGGU KE- 35


Tarikh   : 23 September 2019
Hari      : Isnin
Masa    : 7.40 pagi
Tempat : Dataran SEDERAP

Guru Bertugas :
1.  En.  Fakaruddin bin Abd. Talib (Ketua Kumpulan)
2. Pn. Sha'azrina binti Mohd. Imran
3. Pn. Noor hayati binti Miswan
4. Pn. Rozayma binti Zaman
5. Pn. Dayang Maimunah binti Awang Mohd Yusoff
6. Cik Nurul 'Aqilah binti Mohd Tahir

Laporan Perhimpunan

1. Perhimpunan Rasmi dibatalkan kerana kualiti udara tidak sihat ekoran masalah jerebu yang melanda kawasan Putrajaya, Sepang dan sekitarnya.

2. Ucapan guru bertugas:
2.1 Menerangkan kepada murid-murid bahawa Perhimpunan Rasmi dibatalkan dan murid-murid perlu bergerak masuk ke kelas bersama-sama guru kelas dengan segera.
2.2 Guru bertugas memperkenalkan barisan guru yang bertugas pada minggu ini.
2.3 Guru bertugas mengedarkan topeng muka kepada murid-murid.
2.4 Guru menasihatkan murid-murid untuk tidak berada di kawasan terbuka dan perlu memakai topeng muka secara konsisten.
2.5 Guru juga menasihatkan murid-murid minum air kosong yang cukup sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

    
      

Murid-murid memakai topeng muka sebagai langkah menjaga kesihatan.

 

Murid-murid tidak digalakkan berada di tempat terbuka untuk tempoh masa yang lama.





Friday 20 September 2019

Laporan Mingguan Minggu ke 34


PENUTUPAN SESI PERSEKOLAHAN AKIBAT JEREBU

Pada 17 hingga 20 September 2019, pihak sekolah telah diarahkan untuk menutup sekolah oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor selaras dengan Surat Siaran KPM 1/2019. Hal demikian berikutan bacaan nilai IPU di stesen Putrajaya berada pada paras sangat tidak sihat (201-301) sepanjang minggu ini. Arahan ini telah dikeluarkan setelah mengambil kira tahap pendedahan yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah system respiratori dan keselamatan pelajar. Sehubungan itu, semua murid tidak perlu hadir ke sekolah sementara semua guru dan AKP masih perlu melaksanakan tugas rasmi selaras dengan Surat Siaran KPM 8/2016 : Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana.

Berikut merupakan Prosedur Operasi Standard Penutupan Sekolah berikutan kejadian jerebu yang telah dikeluarkan oleh KPM :



 
Latihan Dalam Perkhidmatan, tajuk: Google Classroom, mesyuarat Kokurikulum dan taklimat perkhemahan.



Menyiapkan kupon untuk Hari Fiesta Sederap.


 
Taklimat Guru besar




 Menyiapkan kupon hari kedua.


Perbincangan kumpulan Inovasi.

Tuesday 17 September 2019

SKDPP: PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA PADA RABU 18/9/19



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


SKDPP: PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA PADA RABU 18/9/19


Berdasarkan bacaan nilai IPU di stesen Putrajaya pada pukul 6 petang berada di bawah 200 [TIDAK BERADA di paras Sangat Tidak Sihat (201-300)] maka sekolah akan dibuka semula esok.  Bagi kebaikan bersama adalah dipohon kerjasama semua ibubapa/penjaga agar: 


1. memastikan anak membawa dan menggunakan  topeng muka (face mask)  ke sekolah


2.  merehatkan anak tuan/puan di rumah sekiranya dia mempunyai simptom-simptom tidak sihat seperti demam, batuk, semput, lelah dan sebarang penyakit yang membahayakan akibat alah pada jerebu


3. anak tuan/puan memakai pakaian seragam sekolah lengkap kerana semua aktiviti fizikal/majlis di kawasan terbuka adalah dibatalkan.


4. membekalkan anak dengan bekalan air minuman masak yang banyak dari rumah.


5. sentiasa prihatin dan peka terhadap nilai IPU semasa (stesen Putrajaya)  dan mengikuti pengumuman semasa yang dikeluarkan oleh kerajaan. 


Sekian. Terima kasih.


Guru Besar

SK Desa Pinggiran Putra 

17/9/2019

7.15 pm


#sekiranya tren bacaan IPU menunjukkan peningkatan melebihi 200 bermula malam ini hingga 5.00 pagi esok, maka sesi persekolahan akan dibatalkan.


Sent from my iPhone

Monday 9 September 2019

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 30



Tarikh   : 9 September 2019
Hari       : Isnin
Catatan : Tiada Perhimpunan Rasmi pada minggu ini kerana cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong.

Guru Bertugas :
1. Poh Ee Chiun
2. Pn. Norlizawati binti Mohd Razali
3. Pn. Siti Rohani binti Mat Lazim
4. Pn. Siti Suhaida binti Samian
5. En. Muhammad Jawad Faruqi bin Zainal Abidin
6. Pn. Nurul Hidayah binti Wahid@Ab Wahid
7. Pn. Wan Salawati binti W. Md. Nor
8. Pn. Umi Nazihah binti Che Ghani

Sunday 8 September 2019

PROGRAM JUNIOR HAJJ PRASEKOLAH SEDERAP 2019


Pada 29 Ogos 2019 yang lau, Prasekolah SK Desa Pinggiran Putra telah mengadakan Program Junior Hajj Sederap untuk murid-murid prasekolah. Program yang pertama kali diadakan ini telah mendapat kerjasama daripada Syarikat Juara Travel Agency dan telah dilaksanakan di padang sekolah dengan bantuan dan bimbingan daripada 2 orang ustaz selaku mutawwif daripada Juara Travel Agency dan dibantu oleh 3 orang fasilitator.


Antara objektif program ini adalah untuk:


  • Memberikan proses pembelajaran dan pengalaman kepada kanak-kanak tentang perjalanan ibadat haji. Kanak-kanak merasai suasana panas, sesak dan kepayahan melaksanakan haji untuk memberikan mereka pemikiran bagaimana perjalanan ibadah haji yang sebenarnya.
  • Mendidik kanak-kanak dengan sifat sabar, berkasih-sayang, hormat menghormati dan belas kasihan melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan (Cth. semasa tawaf, bersaie, melontar, dan sebagainya)
  • Mendedahkan praktikal dan rukun-rukun haji dengan cara yang lebih mudah untuk difahami oleh kanak-kanak.
     Alhamdulillah, program yang dirancang berjalan dengan baik dan murid-murid teruja menunaikan rukun Islam ke lima itu walaupun ia sekadar simulasi dengan replika kaabah. Program ini telah memberikan pengalaman baru kepada murid dan mereka sangat teruja apabila dapat mengalami sendiri perjalanan ibadat haji bermula daripada pemakaian ihram (murid lelaki) dan telekung (murid perempuan) serta checkpoint-chekpoint lain yang dilalui (wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah, melontar tiga jamrah, tawaf dan saie dan bertahallul.

     Diharapkan program ini dapat memberi pengalaman yang sangat berharga kepada murid disamping menyemai semangat  murid-murid untuk menabung seawal usia bagi menggalakkan mereka untuk menunaikan umrah atau haji.

    Gambar:

Pemakaian ihram untuk murid-murid lelaki

Pemakaian ihram untuk murid-murid lelaki

Murid perempuan sudah bersedia bertelekung

Murid perempuan sudah bersedia bertelekung
  
  
Selesai pemakaian ihram murid lelaki


Selesai pemakaian ihram murid lelaki

Murid berbaris sebelum berkumpul di padang


Murid berkumpul di padang untuk mendengar taklimat daripada mutawwif
Passport murid

Wukuf di Arafah





Murid-murid mengutip batu sebelum melontar





Murid dibimbing melontar batu di tiang-tiang jamrah

Murid-murid dibimbing melontar batu di tiang-tiang jamrah






Murid dibimbing melakukan tawaf (salah satu rukun haji) dengan mengelilingi replika kaabah


Setelah selesai aktiviti di setiap stesen, passport murid akan dicap

Murid berkumpul sebelum melakukan rukun haji yang seterusnya iaitu bersaie








 Murid bersaie bermula daripada Bukit Safa ke Bukit Marwah




Melaksanakan rukun haji seterusnya (bertahalul)- iaitu mencukur/menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut