Monday 29 February 2016

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR KALI PERTAMA 2016

Image result for selamat maju jaya

Peperiksaan Percubaan UPSR 2016 Kali Pertama akan diadakan pada 7 – 10 Mac 2016. Sehubungan itu, tuan/puan diminta memastikan anak-anak tuan/puan membuat persiapan rapi bagi menghadapi peperiksaan tersebut dan hadir ke sekolah sepanjang minggu peperiksaan. Peperiksaan akan dijalankan di Dewan Ibnu Sina. Warga SEDERAP mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua calon UPSR. 


JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2016 KALI PERTAMA
TARIKH
WAKTU
KOD KERTAS
NAMA KERTAS

7 MAC 2016

ISNIN
8.15 pagi –
9.30 pagi
011
Bahasa Melayu Pemahaman (SK)
10. 45 pagi –
12.00 tengah hari
012
Bahasa Melayu Penulisan (SK)

8 MAC 2016

SELASA
8.15 pagi –
9.30 pagi
013
Bahasa Inggeris Pemahaman (SK)

10. 45 pagi –
12.00 tengah hari
014
Bahasa Inggeris Penulisan (SK)


9 MAC 2016

RABU
8.15 pagi –
9.15 pagi
015/1
Matematik Kertas 1 (SK)
10.45 pagi –
11.45 pagi
015/2
Matematik Kertas 2 (SK)

10 MAC 2016

KHAMIS
8.15 pagi –
9.15 pagi
018/1
Sains Kertas 1 (SK)
10.45 pagi –
11.45 pagi
018/2
Sains Kertas 2 (SK)

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 3 / 2016

TARIKH : 27 FEBRUARI 2016
HARI : SABTU
MASA : 8:00 PAGI
TEMPAT : DEWAN IBNU SINA

Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Pinggiran Putra  kali ketiga telah diadakan pada 27 Februari 2016. Mesyuarat Agung PIBG ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Shahrun Bin Dato HJ Mohd Shariff, Ahli Dewan Undangan ( ADUN ) Dengkil. Mesyuarat Agung PIBG kali ini telah dimeriahkan lagi dengan penganjuran Mini Karnival.

Majlis telah dimulakan dengan sesi pendaftaran, perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Pinggiran Putra, Majlis perasmian Susur Gajah oleh Yang Berhormat Tuan Shahrum Bin Dato Hj Mohd Shariff, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Kawasan Dengkil dan Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Pinggiran Putra serta terdapat mini karnival.


Pelbagai aktiviti dan permainan disediakan sepanjang Mesyuarat Agung dijalankan.

Ketibaan YB Tuan Shahrum Bin Dato Hj Mohd Shariff

 Jamuan ringan VIP

 Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ketiga

 Ucapan Guru Besar En. Sukimin Bin Juki

 Kehadiran Ibu Bapa

 Mesyuarat Agung PIBG kali ketiga

 Mini Karnival

 Barisan AJK PIBG 2016

 Gerai Jualan

 Barisan AJK PIBG 2016

 Barisan Pentadbir SK Desa Pinggiran Putra

Penyampaian hadiah cabutan bertuah

BUKU NOTA KECIL ( POCKET NOTEBOOK)







Buku Nota Kecil (Pocket Notebook) amat penting bagi murid-murid. Buku nota ini bertujuan untuk murid-murid mencatat secara ringkas segala maklumat yang disampaikan oleh guru semasa perhimpunan. Selain dariapada  itu murid-murid juga boleh mencatat segala latihan kerja rumah dan segala aktiviti yang akan dijalankan.

Buku Nota Kecil ini mudah dibawa kemana-mana sahaja. Ini sebagai satu latihan kepada murid untuk memberi perhatian setiap apa yang disampiakan oleh guru. Justeru dapat melatih minda murid-murid untuk mendengar dan mempertajamkan ingatan.

Sehubungan dengan itu diharapkan ibu bapa dapat menyediakan murid-murid dengan sebuah buku nota dan dijadikan sebagai " My First NoteBook" untuk anak-anak kita. 















Friday 26 February 2016

PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK (WARGANEGARA) KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2017 DAN 2018 SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)

SEMUA IBU BAPA / PENJAGA HENDAKLAH MENDAFTAR DAN MEMOHON SEMULA SECARA DALAM TALIAN DI LAMAN SESAWANG ; 

http://public.moe.gov.my

Pada
1 MAC hingga 30 APRIL 2016

Sesi Persekolahan 2017 -  Lahir pada 02.01.2010 hingga  01.01.2011
Sesi Persekolahan 2018 -  Lahir pada 02.01.2011 hingga 01.01.2012

Tindakan Ibu bapa /penjaga
Setelah daftar online, sila hadir ke sekolah untuk perakuan permohonan dan bawa
Cetakan Borang dan dokumen berikut;

1. Sijil Lahir/ Sijil Anak angkat. ( asal + salinan)
2. Kad Pengenalan Ibu, Bapa / Penjaga ( asal + salinan)
3. Sijil Nikah / Sijil daftar perkahwinan ( asal + salinan)
4. Surat Cerai dan Perintah Hak Penjagaan Anak ( Hadhanah /Custody) ( asal + salinan)
5. Bil Elektrik / SYABAS sebagai bukti alamat. (asal + salinan)
6. Sampul surat bersetem  0.80 sen bersaiz 4 x 9 (115 cm x 245 cm)

Masa :  Isnin hingga Jumaat ( 6.30 pagi – 4.30 petang_
Tempat : Pejabat Sekolah ( untuk serahan dokumen)

Nota tambahan : Kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari 2011 layak memohon Kemasukan Awal Kanak-kanak Di Bawah Umur  ke Tahun 1. Borang permohonan boleh di dapati di Jabatan Pendidikan Selangor mulai 1 Jun 2016. Tarikh tutup permohonan 31 Julai 2016


Wednesday 24 February 2016

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM


Tarikh                    : 24 Februari 2016
Hari                        : Rabu
Masa                     : 2.30-4.30 petang
Perjumpaan       : Persatuan Badan Beruniform  Bil 03/2016

BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
AKTIVITI
KEHADIRAN
Guru
Murid
1
Pergerakan Puteri  Islam
Surau

Tatacara Perjumpaan
Kawad Kaki


    03
35/35
2
Pengakap

Pusat Sumber

Nyanyian Lagu Pengakap
Tepuk-tepuk pengakap
    11
70/70
3
Tunas Kadet Remaja

Kelas 6M

Nyanyian Lagu TKRS
Melukis poster 1 Malaysia

   10
58/65
4
Pandu Puteri Tunas
Dewan Terbuka dan Kelas thn 1
Istiadat lingkungan
Membentuk Ladam Kuda
Buku Skrap

   08
37/40

Jumlah Kehadiran                            :               200
Jumlah Kehadiran Sepatutnya         :               210

Peratus Kehadiran                        :               95.2






Peratus kehadiran untuk Aktiviti MIngguan Kokurikulum Unit Beruniform semakin baik. Terima kasih kepada guru-guru penasihat dan murid-murid yang telah melaksanakan aktiviti ini.