Monday 31 July 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 18

 

Hari      : ISNIN

Tarikh   : 31 JULAI 2023

Masa    : 7.30-8.00 PAGI

Tempat : Dataran Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra




SENARAI GURU BERTUGAS PADA MINGGU INI :

1.    PAIEZAH BT IBRAHIM

2.    MOHD SHAZUWAN BT CHE LAH

3.    ZAHARIAH BT ZAINAL ABIDIN

4.    NORWATI BT MOHAMMAD SUFIAN

5.    HAFIDAH BT ABD HAMID

6.    UMI NAZIHAH BINTI CHE GHANI


    






APORAN PERHIMPUNAN

1. Nyanyian 3 buah lagu - lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
2. Bacaan Doa oleh pengawas bertugas.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh ketua guru bertugas.
4. Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas





Nyanyian lagu negaraku, lagu negeri selangor, lagu sekolah






bacaan doa




bacaan ikrar rukun negara dan ikrar keselamatan jalan raya

 



bacaan ikrar murid 

 

LAPORAN GURU BERTUGAS PADA MINGGU LEPAS

1.    Murid-murid di ingatkan mengenai disiplin semasa rehat, tidak dibenarkan makan dalam kelas semasa waktu rehat.

2.    kebersihan kelas, sentiasa mengjaga kebersihan kelas.

3.    adab sesama rakan, apabila bergurau jangan menyebut atau mempermainkan dengan nama bapa dan mengejek nama bapa.

4.     kecurian 6 topaz, duit hilang, murid-murid di ingatka supaya menyimpan duit sendiri di dalam poket atau tempat yang selamat.

 

KEPUTUSAN KECERIAAN KELAS

TEMPAT KETIGA

6 BERLIAN

TEMPAT KEDUA 

6 ZAMRUD

TEMPAT PERTAMA

6 DELIMA 

 

 

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN MEDAL



Program Hari Puteri Pergerakan Puteri Islam Malaysia peringkat Daerah Sepang 2023

Penyampaian hadiah peserta & pemenang Eurasian Spelling Bee 2023



Friday 28 July 2023

LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PINGGIRAN PUTRA (SEDERAP) 2023

 Rasional

Pada 26 Julai 2023 Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra (SEDERAP) telah membuat latihan kebakaran dan simulasi pengosongan bangunan yang melibatkan semua warga sekolah. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan yang betul serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.

Matlamat

Melatih murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul serta tidak panik dan menggunakan arah laluan kecemasan seperti yang telah dilatih sekiranya berlaku kebakaran.

Objektif

1.     Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah agar sentiasa bersedia   menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.

2.            Melatih murid-murid dan warga sekolah agar dapat mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran.

3.        Mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua warga sekolah agar dapat mengambil langkah-langkah awal bagi mencegah kebakaran daripada berlaku.

Perjalanan  Program

Tarikh   : 26 Julai 2023

Hari       : Rabu

Masa    : 02.20petang hingga 03.20petang

Tempat Berkumpul : Kawasan Lapang SK Desa Pinggiran Putra

Aktiviti 

Masa

Tempuh masa digunakan

Aktiviti

2:20 pm

5 minit

Loceng Amaran kebakaran dibunyikan

2:25 pm – 2:30 am

5 minit

Simulasi pengosongan bangunan

2.30 pm – 2:40 pm

10 minit

Semakan jumlah warga sekolah

2:40 pm – 3:00 pm

15 minit

Taklimat ringkas keselamatan

Dewan Terbuka

3:00 pm – 3:20 pm

20 minit

Demonstrasi memadam kebakaran

3:20 pm

Bersurai/melaksana aktiviti sekolah seperti biasa

 

Gambar lampiran:-



Pengosongan Bangunan 


Murid berpindah ke tempat selamat




                                                 Murid berkumpul di tempat lapang


Taklimat Latihan Kebakaran oleh Pegawai Bomba Dengkil






 

Demostrasi cara menggunakan alat pemadam api oleh wakil guru


Monday 24 July 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 17

Hari      : ISNIN

Tarikh   : 24 JULAI 2023

Masa    : 7.30-8.00 PAGI

Tempat : Dataran Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra



SENARAI GURU BERTUGAS PADA MINGGU INI :

 

1.       SITI AMALINA BINTI MAZNI (K)
2.       SITI MASRA BINTI ABDUL KADIR

3.       NUR HANANI BINTI RAMLAN

4.       NURHAFIZA BINTI MOHAMAD RAMDZAN
5.       NURUL HUDA BINTI WAN ABDULLAH
6.       MOHAMMAD SOLEH BIN ADNAN 




LAPORAN PERHIMPUNAN

1. Nyanyian 3 buah lagu - lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
2. Bacaan Doa oleh pengawas bertugas.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh ketua guru bertugas.
4. Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas.

 

 

LAPORAN GURU BERTUGAS PADA MINGGU LEPAS



Ustazah Suryana – Jaga akhlak murid terutama di dalam kelas, murid diingatkan perlu menjaga akhlak dengan guru dan juga menjaga akhlak sesama rakan di dalam kelas  

 


 

 

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN MEDAL

 

Pasukan perempuan bola baling telah memenangi pingat emas dalam Kejohanan MSSD Bola Baling. Empat orang daripada pasukan perempuan bola baling telah terpilih ke peringkat MSS Selangor.

 


 

KEPUTUSAN KECERIAAN KELAS

 

Tempat ketiga

-         5 Barium

-         5 Ferum

 

Tempat kedua

-         6 Berlian

-         5 Platinum

 

Tempat pertama

-         6 Delima

 







 

UCAPAN PN. ANITA BINTI SARIDIN, GURU BESAR

1. Guru Besar mengucapkan Ucapan Tahniah kepada semua anak didik yang berjaya dalam pertandingan yang telah disertai.

2. Murid diminta sentiasa bersedia dengan Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) yang sentiasa berjalan untuk menilai prestasi setiap murid di dalam kelas.

3. Murid diminta untuk bersedia menghadapi ujian pada bulan Ogos nanti 

4. Murid diminta untuk tidak membeli makanan di kantin diluar waktu rehat. 

5. Guru besar mengucapkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang telah menyumbang mesin air Coway untuk kegunaan murid

6. Murid diberi pesanan tidak membuat bising di dalam kelas semasa ketiadaan guru atau semasa pertukaran waktu guru.

 


Perhimpunan ditamatkan pada pukul 8.00 pagi

Disediakan oleh,

Siti Masra Binti Abdul Kadir