Monday 30 July 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-25

Tarikh : 30 Julai 2018 (Isnin)
Masa  : 7.40-8.10 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas :
                           1. Cik Ili Syahirah Binti Abd Ghani
                           2. Pn. Fazira Binti Ismail 
                           3. Pn. Rozayma Binti Zaman 
                           4. Pn. Nur Izzati Binti Muhammad Khairi
                           5. En. Muhammad Jawad Faruqi Binti Zainal Abidin
                           


Laporan Perhimpunan


  •    Nyanyian 3 buah lagu- Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang               dipimpin oleh Puan Norwati.
  •    Bacaan Doa oleh wakil pengawas : Adik Muhammad Irsyaduddin Hafiy b. Yusni Amir
  •    Bacaan Ikrar murid oleh wakil pengawas : Adik Mohd Imran B. Mohd Khir


  •    Perhimpunan pada pagi ini ditangguhkan kerana hujan lebat . Murid diminta untuk masuk ke dalam kelas bersama sama guru kelas.
                         
                                                          Pergerakan murid masuk ke kelas.







Thursday 26 July 2018

AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM


LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM
Tarikh                    : 25 Julai  2018
Hari                        : Rabu
Masa                     : 2.30-3.30 petang
Perjumpaan          : Kelab dan  Persatuan Bil 08/2018
BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
PIKeBM
                  AKTIVITI KOKO   
KEHADIRAN
Guru
Murid
1
Bahasa Melayu
3 Timina
Bina Kata
Permainan Bahasa-Teka silangkata

2/4
22/26
2
Bahasa Inggeris
Dewan Terbuka
Bina Kata

English tunnel

4/4
16/21
3
Agama Islam
Surau
Bina Kata

Aktiviti Kemasyarakatn
4/5
22/23
4
Sains & Rekacipta
2 Nuri
Bina Kata
Rekacipta bekas pensel daripada bahan terbuang

4/4
21/22
5
Doktor Muda
Lobi
Bina Kata
Kempen Nilai Murni
             
4/5
44/46
6
Komputer
Makmal Komputer
Bina Kata
Membuat Blog
2/3
26/28
7
SPBT
Kantin
Bina Kata
Membuat Big Book

3/3
16/16
8.
Robotik
Gerbang Minda
Bina Kata
Menggunakan aplikasi mindstorm EV3
3/3
17/18

9
Rukun Negara

2 Rajawali
Bina Kata
Menulis maksud Jalur Gemilang

2/4
17/20
10
Kitar Semula
Dewan Terbuka
Bina Kata
Mmembuat  bunga dari cawan plastik
4/4
25/29


Jumlah Kehadiran                            : 226      
Jumlah Kehadiran Sepatutnya         : 247      
Peratus Kehadiran                           : 91.4
RUMUSAN
Aktiviti Mingguan Kokurikulum telah dilaksanakan mengikut perancangan. Aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik dan semua murid memberikan komitmen.  Perlu diingat kehadiran untuk aktiviti kokurikulum adalah wajib. 

Disediakan oleh                                                                                                               Pengesahan
        Sal
Salmah Ismail
PK Kokurikulum

LAPORAN BERGAMBAR








 LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM


Tarikh                    : 25 Julai 2018
Hari                         Rabu
Masa                     : 3.30-4.30 petang
Perjumpaan          : Sukan dan Permainan  Bil 08/2018

BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
AKTIVITI
KEHADIRAN
Guru
Murid
1
Bola Baling
Dataran Terbuka
Latihan dan Kemahiran yang telah dipelajari


6/7
36/41
2
Bola Jaring
Tapak Perhimpunan
Perbincangana dan latihan strategic Permainan kecil


6/8
33/38
3
Badminton
Dewan & Dataran Terbuka

Pertandingan badminton antara kelas
7/7
49/54
4
Ping Pong
Bilik Koko

Latihan kemahiran pukulan Forehand

5/6
21/21
5
Bola Sepak

Padang Bola

Permainan Kecil


4/5
46/49
6
Sepak Takraw
Gelanggang Takraw

Kemahiran sepak bulatan

3/3
15/16
7
Catur
2 Rajawali
Latihan bermain menggunakan Teknik bermain catur
4/5
26/28

Jumlah Kehadiran                            :               226
Jumlah Kehadiran Sepatutnya         :               247        
Peratus Kehadiran                           :               91.4

RUMUSAN
Aktiviti Sukan Permainan dapat dilaksanakan dengan baik. Bagi permainan badminton dan ping pong didapati sebahagian murid tidak membawa raket. Murid-murid ramai yang duduk memerhati rakan yang lain bermain. Diharapkan pada aktiviti mingguan kokurikulum yang akan datang diharapkan semua murid mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan.

Pencatat                                                                                              Pengesahan

Salmah binti Ismail
       Sal
PK Kokurikulum

 
AKTIVITI 1 SEKOLAH 1 SILAT


Tuesday 24 July 2018

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK: UJIAN APTITUD TAHUN 3 2018

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) adalah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PPsi menggunakan instrumen pentaksiran Ujian Aptitud dan Inventori Personaliti, yang tidak berasaskan kurikulum.Tujuan pentaksiran ini adalah untuk  mengukur kebolehan semulajadi dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran. 
               Maka Ujian Aptitud Am diperkenalkan tepat pada masanya kerana satu daripada aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) adalah setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Maklumat daripada ujian ini boleh membantu guru mengenali keupayaan kognitif kemahiran berfikir aras tinggi murid.
             Justeru Ujian Aptitud Am Tahun 3 telah ditetapkan seperti berikut;

            Tarikh               : 31 Julai 2018  (Selasa)
            Masa                 :  8.10 hingga 9.40 pagi.
            Murid terlibat   : Murid Tahun 3 sahaja.

            Format Instrumen Ujian Aptitud Am Tahun 3 mempunyai tiga komponen utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Terdapat 80 item objektif aneka pilihan bagi instrumen ini, 30 item menguji aptitud Bahasa Melayu, 30 item menguji aptitud Bahasa Inggeris dan 20 item menguji aptitud Matematik. Ujian ini mengukur kemahiran menaakul (reasoning) dan kemahiran penyelesaian masalah. Tempoh ujian ialah 1 jam 30 minit dan diwajibkan kepada semua murid Tahun 3.
           Sehubungan itu semua murid tahun 3 diharapkan bersedia dan diwajibkan hadir pada hari tersebut.Kerjasama daripada ibubapa dan penjaga amat diharapkan untuk memastikan anak-anak tuan/puan hadir kesekolah.

Monday 23 July 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-24

Tarikh : 23 Julai 2018 (Isnin)
Masa  : 7.40-8.10 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas :
                           1. Cik Salwa Binti Mod. Hadi
                           2. Pn. Fauzan Binti Muhammad
                           3. Pn. Nadiah Binti Nazaruddin
                           4. Pn. Nurhafiza Binti Mohamad Ramdzan
                           5. En. Sashi Kumar A/L Varatharajoo
                           6. Pn. Nik Asmah Bt. Ruman


Laporan Perhimpunan


  •    Nyanyian 3 buah lagu- Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang               dipimpin oleh Puan Norwati.
  •    Bacaan Doa oleh wakil pengawas : Adik Muhammad Irsyaduddin Hafiy b. Yusni Amir 
  •    Bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Cik               Salwa.
  •    Bacaan Ikrar murid oleh wakil pengawas : Adik Mohd Imran B. Mohd Khir

Laporan Guru Bertugas oleh Pn. Nurulhanis Bt. Noh

  • Murid diingatkan meletak pinggan dan cawan di dalam bekas yang disediakan.
  • Murid diingatkan membuang sampah di dalam tong sampah dan menjaga kebersihan sekolah bersama- sama.
  • Murid diingatkan menggunakan tandas secara berhemah dan menarik flus selepas menggunakan tandas.
  • Murid diingatkan tidak dibenarkan bergurau dengan kawan secara keterlaluan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
  • Murid diingatkan tidak berlari di kawasan sekolah.

Laporan Pertandingan Keceriaan Kelas

Tahap 1
 
Johan : 1 Topaz
Naib Johan : 2 Kenyalang
Ketiga : 3 Guanina


Tahap 2

Johan : 6 Bestari
Naib Johan : 5 Anggerik
Ketiga : 6 Amanah



Ucapan Pentadbir oleh En. Rosdin bin Ibrahim

  • Pada hari Rabu lepas, telah disentuh mengenai disiplin murid di tapak perhimpunan. Jangan berulang kesalahan disiplin lagi. Harap ubah sikap dan meningkatkan tahap disiplin.
  • Tahun 6, ada markah dalam sahsiah bagi kemasukan ke sekolah Menengah.
  • Jika murid ingin berlari, boleh berlari di padang dan jangan sesekali berlari di kawasan larangan seperti Dewan Terbuka atau tapak perhimpunan.
Gambar:

 Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri, Lagu Sekolah



Guru Bertugas Minggu ini


Bacaan Doa oleh Adik Irsyaduddin


Bacaan Ikrar oleh Adik Mohd Imran


Laporan Guru Bertugas minggu lepas- Pn. Nurulhanis Bt. Noh




Pertandingan Keceriaan Kelas Tahap 1





Pertandingan Keceriaan Kelas Tahap 2


Ucapan Pentadbir oleh En. Rosdin Bin. Ibrahim



Saturday 21 July 2018

Taklimat Hala Tuju Murid selepas UPSR dan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)


Program ini telah dijalankan pada:  

Tarikh  : 14 Julai 2018 (Sabtu) bersamaan 1 Zulkaedah 1439H
Masa   : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Ibnu Sina SEDERAP


Taklimat Hala Tuju Murid Tahun 6 selepas UPSR telah disampaikan oleh En Anuar Adnan bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Sektor Dasar, Inovasi dan Komunikasi, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan.  Manakala Taklimat Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) pula telah disampaikan oleh En. Mohamad Latiff bin Saari, Guru Besar SK Dengkil.

En Sukimin bin Juki bersama-sama En Anuar Adnan bin Ismail

Ibu bapa hadir bersama-sama anak-anak masing-masing

Mukadimah taklimat oleh En Sukimin bin Juki


Taklimat Hala Tuju Murid Tahun 6 selepas UPSR oleh En Anuar Adnan bin Ismail.

 
Terima kasih kepada para ibu bapa yang berkongsi juadah.

Taklimat Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) pula telah disampaikan oleh En. Mohamad Latiff bin Saari, dibantu oleh setiausahanya.