Sunday 17 December 2023

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BADAN BERUNIFORM SK DESA PINGGIRAN PUTRA 2023





Pada 8-10 Disember 2023 yang lalu, telah dilaksanakan program Perkhemahan Perdana Unit Badan Beruniform SK Desa Pinggiran Putra. Perkhemahan Perdana ini merupakan program tahunan sekolah yang dianjurkan oleh unit Kokurikulum. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini berlangsung yang mana ianya melibatkan sejumlah 93 orang murid tahap dua. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah seperti:

·       Taaruf dan ice breaking/blended

·       Solat berjemaah tazkirah, selawat, bacaan surah dan doa

·       Pelaksanaan 15 modul perkhemahan

·       Persembahan

Alhamdulillah semua yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan lancar dan baik sekali. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Perkhemahan Perdana Unit Badan Beruniform terutamanya Guru Besar, pihak pentadbiran, penyelaras, jawatankuasa,  En. Zailani berserta team, guru-guru, peserta perkhemahan dan ibu bapa/penjaga. Terima kasih atas usaha dan kerjasama dalam menjayakannya.  


Berikut merupakan sebahagian momen yang dirakam sepanjang Perkhemahan Perdana dijalankan.




























Terima kasih dan selamat bercuti  😍😎







Monday 4 December 2023

 LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 34

 Hari        : Isnin

Tarikh    : 4 Disember 2023

Masa     : 7.30 – 8.00 pagi

Tempat : Tapak Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra

 

SENARAI GURU BERTUGAS

1.     NURHAFIZA BINTI MOHAMAD RAMDZAN

2.     NURUL HUDA BINTI WAN ABDULLAH

3.     MOHAMMAD SOLEH BIN ADNAN

4.     SITI AMALINA BINTI MAZNI

5.     SITI MASRA BINTI ABDUL KADIR

6.     NUR HANANI BINTI RAMLAN

 

UCAPAN PENTADBIR

1.    -Minggu ini merupakan perhimpunan terakhir untuk tahun 2023

2.   -Masih ada murid yang datang lewat ke sek. Murid dinasihat untuk hadir awal dan mematuhi peraturan sekolah dan berdisiplin

3.   - Pn. Saadah memaklumkan pada 8-10 Disember 2023 akan diadakan perkhemahan perdana di sekolah.




Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan bacaan ikrar oleh Pn. Nurhafiza binti Mohamad Ramdzan












PENYAMPAIAN HADIAH KECERIAAN

Tempat Pertama - 6 Delima

Tempat Kedua – 6 Zamrud

Tempat Ketiga - 6 Berlian

 






PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG KARNIVAL PSS




 PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG KARNIVAL MATEMATIK












Friday 10 November 2023

 

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 32

 Hari        : Isnin

Tarikh    : 6 November 2023

Masa     : 7.30 – 8.00 pagi

Tempat : Tapak Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra

 

SENARAI GURU BERTUGAS

1. Muhammad Adib Najmi

2. Adam Luqman

3. Noor Hayati Binti Miswan

4. Noraida

5. Muhammad Azizun

6. Siti Norhidayah Binti Azmee

7. Ahmad Naqiuddin


Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan bacaan ikrar oleh En Muhammad Adib Najmi.








PENYAMPAIAN HADIAH KECERIAAN
Tempat Pertama - 6 Delima
Tempat Kedua - 6 Perahu Layar
Tempat Ketiga - 6 Berlian





PENYAMPAIAN HADIAH MAHRAJAN AL-QURAN PERINGKAT DAERAH SEPANG

Adik Ainul Husna Binti Zahari Johan Tilawah Al-Quran Perempuan Sekolah Rendah 

PENYAMPAIAN SIJIL  KEM PERMATA AL-QURAN

Pada 31 Oktober 2023, beberapa orang murid Tahun 6 telah terlibat dalam penyertaan Kem Permata Al-Quran anjuran PPD Sepang bertempat di Masjid Sultan Abd Samad KLIA. Murid yang terlibat ialah Sarah Ardini Binti Mohd Khairul Dahri, Sharifah Nayli Tihani Binti Syed Iklis, Merissa Raqilla Binti Md Ramadhan dan Shairah Binti Shaharudin.






PENYAMPAIAN HADIAH PENYERTAAN EURASIAN SPEELING BEE 2023


 Adik Sumayyah Binti Syahir telah mendapat World Champion bagi kategori Bee 2 (Year 3 and Year 4 Students)


Friday 3 November 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 31

 Hari        : Isnin

Tarikh    : 30 Oktober 2023

Masa     : 7.30 – 8.00 pagi

Tempat : Tapak Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra

 

SENARAI GURU BERTUGAS

1. Zahariah Binti Zainal Abidin

2. Norwati Binti Mohammad Supian

3. Hafidah Binti Abd Hamid

4. Umi Nazihah Binti Che Ghani

5. Paezah Binti Ibrahim

6. Mohd Shazuwan Bin Che Lah

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan bacaan ikrar oleh Pn Zahariah Binti Zainal Abidin.

      LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS OLEH NUR HANANI BINTI RAMLAN

1. Kehadiran - Datang lambat jangan dijadikan amalan. Pastikan hadir sebelum 7.20 pagi setiap hari. 
2. Budaya memberi salam kepada guru.
3. Jaga tingkah laku. Elak bermain bola di dewan terbuka.
4. Pembelian di kantin, sila bawa duit kecil.
5. Jangan ambil makanan murid lain.
6. Murid suka masuk bilik guru beramai-ramai.
7. Dilarang menggunakan tandas guru di PPKI.

PENYAMPAIAN SIJIL TKRS

Terdapat beberapa orang murid telah terlibat dengan perkhemahan TKRS peringkat negeri.

PELANCARAN MINGGU SOLIDARITI PALESTINE

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang keadaan semasa di Palestine dan memupuk semangat jati diri yang kuat dalam diri murid-murid.

UCAPAN GURU BESAR
1. Kehadiran ke sekolah. Murid perlu patuh peraturan sekolah. Hadir sebelum 7.20 pagi.
2. Amalkan budaya sapa dan salam. Tunduk dan beri salam. 
3. Bermain hanyalah di kawasan bermain. Secara spesifik di padang sekolah. Bukan di kawasan yang tidak sesuai dan bahaya. 
4. Amalkan budaya cintakan kebersihan. Buang sampah ke dalam tong sampah.
5. Guru besar menceritakan keadaan semasa yang berlaku di Palestine.
6. Murid-murid disuntik semangat untuk cintakan Palestine sepertimana cintakan Malaysia.
7. Guru besar merasmikan pelancaran Tabung Bantuan Palestine.
    
                                                      Barisan guru bertugas.

                                                                Bacaan ikrar oleh murid.

                
                                                     Penyampaian sijil TKRS kepada murid.

                                                     Pelancaran Minggu Solidariti Palestine.


                                                                Guru besar memberikan ucapan.