Wednesday 20 September 2017

Program Minggu Ini

Perkara 1:  Latihan/Raptai/Acara Akhir Sukan Tahunan
Latihan/Raptai/Acara Akhir Sukan Tahunan akan diadakan pada 18 hingga 21 September 2017 (Isnin hingga Khamis).  Murid tidak perlu membawa buku/beg.  Bawa air minuman.

Perkara 2: Gotong-royong Perdana
Gotong-royong perdana akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh          :    23 September 2017
Hari             :    Sabtu
Masa           :    08.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat        :    SK Desa Pinggiran Putra
Oleh itu, mohon kerjasama semua ibu bapa/penjaga murid untuk hadir bagi membantu persiapan padang dan membawa sebatang pokok buah-buahan atau sebatang pokok bunga (tanaman bunga hias, tanaman hias dan juga tanaman pelindung) setiap satu keluarga untuk menjayakan Program Dusun@MySchool dan Program Bungaceria@MySchool.

Perkara 3: Pengisian Sukan Tahunan  
Sukan Tahunan akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh          :    24 September 2017
Hari             :    Ahad
Masa           :    08.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat        :    Padang SK Desa Pinggiran Putra

Acara/Aktiviti yang disediakan:
  1. Senamrobik - 7.30 pagi - Ibu bapa dijemput bersenam bersama-sama
  2. Gerai Jualan Makanan dan Minuman
  3. Cabutan Bertuah
  4. Acara Menarik untuk Ibu Bapa(Kayuh basikal lambat, bowling belon dll)
  5. Booth SPR/NGO/Bank
  6. Kaunter PIBG - di lobi sekolah
    1. Sumbangan PIBG RM50.00 sekeluarga (bagi yang belum menjelaskan)
    2. Projek Tiles RM20.00 sekeluarga
Kerjasama ibu bapa untuk hadir dan memastikan kehadiran anak/jagaan tuan/puan ke sekolah.

Perkara 4:  Cuti Sekolah
Sekolah akan bercuti pada 22 September 2017 (Jumaat) sempena Awal Muharram dan 25 September 2017 (Isnin) sempena Sukan Tahunan.  Murid-murid akan kembali bersekolah semula pada 26 September 2017 (Selasa).

*Rumusan:

  1. 18 - 21 September 2017 (Isnin - Khamis) - Latihan/Raptai  Sukan.  Tidak perlu bawa buku/beg.  Bawa air minuman secukupnya.
  2. 22 September 2017 (Jumaat) : Cuti Umum
  3. 23 September 2017 (Sabtu) : Gotong-royong Perdana
  4. 24 September 2017 (Ahad) : Sukan Tahunan
  5. 25 September 2017 (Isnin) : Cuti Peristiwa
  6. 26 September 2017 (Selasa) : Sekolah seperti biasa

Monday 18 September 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN 18 SEPTEMBER 2017


Tarikh : 18 September 2017
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 8.10 pagi

Guru Bertugas:
1) Pn. Norwati binti Mohammad Supian
2) Ustaz Mohd Faizul bin Zakria
3) Pn. Fazira binti Ismail
4) Pn. Wan Anna Wahidah binti Wan Mat Tahir 
5) En. Muhhamad Jawad Faruqi bin Zainal Abidin
6) Pn. Nur Izzati binti Muhammad Hairi

Pengacara Majlis : 
Pn. Norwati binti Mohammad Supian
Pembaca Doa : Adik Alif Firhan
Pembaca Ikrar : Adik Amirul Hakim bin Zamri


Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini

(
Pn. Norwati binti Mohammad Supian)

- Guru bertugas memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini .


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
(Ustazah Umi Nazihah binti Che Ghani )

1. Adab di Kantin

- Murid dikehendaki menjaga kebersihan di kantin, buang sampah di dalam tong sampah dan tidak dibenarkan bising apabila berada di kantin.

2.  Adab di tapak Perhimpunan

- Murid tidak mengikut barisan ketika ke kelas masing-masing.

3. Adab di dalam Kelas

- Murid hendaklah menjaga kebersihan di dalam kelas.
-  Banyak kelas yang kotor terutama kelas murid tahun 1.
-  Sampah terlalu banyak di dalam kelas dan murid dikehendaki untuk sentiasa bersihkan kelas masing


Ucapan Pentadbir
(Pn. Salmah binti Ismail)

- Mengucapkan tahniah kepada murid kerana hadir ke sekolah.
- Mengucapkan tahniah khusus kepada murid tahun 6 yang telah selesai UPSR.
- Mengigatkan murid sepanjang latihan sukan perlu mematuhi disiplin yang telah ditetapkan.        - -  - Datang ke sekolah mengikut masa yang ditetapkan terutama tahun 6.
- Tahap 2 kehadiran sepanjang latihan sukan akan dimasukkan ke dalam PAJSK.
- Mengigatkan murid untuk membuang sampah ke dalam tong sampah dan bukannya di atas penutup tong sampah.
- Murid perlu mengawal kebisingan semasa program sekolah berlangsung.
   






Friday 15 September 2017

SUKAN TAHUNAN SK DESA PINGGIRAN PUTRA 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Kepada ibu/ bapa/ penjaga,
Murid-Murid SK Desa Pinggiran Putra.

Berikut adalah MEMO mengenai Sukan Tahunan dan Latihan Sukan Tahunan yang  telah diberi kepada anak tuan/puan untuk tindakan pihak tuan seterusnya.

Kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.

PIHAK SEKOLAH JUGA MENJEMPUT DENGAN SEGALA HORMATNYA TUAN/PUAN HADIR KE SEKOLAH UNTUK SAMA-SAMA MEMERIAHKAN LAGI SUKAN TAHUNAN PADA 24 SEPTEMBER 2017.

* Pastikan anak membawa bekalan air minuman semasa latihan sukan.

                                             
                                     
Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra

MEMO : 25/2017                                                                                            Tarikh : 14 September 2017
Perkara : Sukan Tahunan 2017
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra akan mengadakan Sukan Tahunan  mengikut ketetapan berikut:
Tarikh          :    24 September 2017
Hari             :    Ahad
Masa           :    08.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat        :    Padang SK Desa Pinggiran Putra

Sehubungan itu latihan sukan, sukaneka, sukantara  dan raptai sukan tahunan akan diadakan seperti ketetapan di bawah:
Tarikh          :   18 hingga 21 September 2017
Hari             :   Isnin hingga Khamis
Masa           :   08.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat        :   SK Desa Pinggiran Putra
Pakaian       :   Baju  `T` PJK / Baju`T` Rumah Sukan/ Baju `T` putih

Oleh itu, mohon kerjasama semua ibu bapa/penjaga murid untuk memastikan kehadiran anak/jagaan tuan/puan ke sekolah.

Monday 11 September 2017

Jadual Pergerakan Calon UPSR 2017

Bagi memudahkan para ibubapa menyusun jadual untuk hadir memberi sokongan moral dan juga mengatur pergerakan balik anak-anak, disertakan jadual pergerakan calon-calon UPSR SEDERAP 2017.