Tuesday 30 September 2014

AKTIVITI KOKURIKULUM PADA HARI RABU 1 OKTOBER 2014 DIBATALKAN

Assalamualaikum semua...
Perhatian kepada semua murid tahun 4 dan 5 dan juga ibubapa di maklumkan pada hari Rabu bersamaan 1 Oktober 2014, aktiviti kokurikulum adalah DIBATALKAN. Diharap semua pihak dapat mengambil perhatian di atas makluman ini.
Terima kasih. 

Monday 29 September 2014

Sukan Tahunan SEDERAP Kali Pertama 2014

Wednesday 24 September 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI SUSU SEKOLAH SEDUNIA 1MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH

        Majlis Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 1Malaysia Peringkat sekolah  telah diadakan pada 24 September 2014 bertempat di Dewan Terbuka SEDERAP.Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Sukimin bin Juki, Guru Besar jam 10.30 pagi. 
             Tujuan majlis ini ialah untuk menyambut Hari Susu Sekolah Sedunia yang disambut serentak seluruh dunia pada 24 September pada setiap tahun. Pada tahun ini Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia bersama-sama pembekal susu melakar sejarah dalam Malaysia Books of Records sebagai acara minuman susu secara serentak yang akan melibatklan 1.2 juta murid sekolah.
            Bagi peringkat Kebangsaan telah diadakan di SK Sg. Kapar Indah, Klang, Selangor. Ucapan perasmian akan dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia.
          Dalam ucapan beliau, guru besar menggalakkan murid supaya minum susu setiap hari untuk mendapatkan kalsium supaya dapat menguatkan tulang dan menyihatkan tubuh badan. Di sekolah murid-murid dibekalkan 2 kali seminggu dengan sekotak susu untuk diminum.Taklimat ringkas tentang cara minum susu yang betul telah disampaikan oleh Puan Sha'azrina binti Mohd Imran selaku guru penyelaras Pogram Susu 1Malaysia sekolah.

Tepat jam 10.30 pagi, semua murid minum susu secara serentak.


Backdrop Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia.


Encik Sukimin Juki bersama dengan En.Rosdin Ibrahim, PK HEM 
dan  Puan Shaazrina penyelaras PS1M


Encik Sukimin membacakan pengistiharan rasmi 
Majlis Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia (PS1M)


Murid-murid turut mempamerkan poster tentang kebaikan
 minum susu pada majlis tersebut


Poster tentang kebaikan minum susu juga dipamerkan oleh murid ini.


Murid-murid sabar menunggu 'countdown' minum susu secara 
serentak tepat jam 10.30 pagi 


Monday 22 September 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-33

Hari      : Isnin
Tarikh   : 22 September 2014
Masa    : 7.40-8.10 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra

Kehadiran Guru : 29/30
Guru Bertugas : 1.  Pn.  Norwati binti Mohammad Supian
                         2.  Pn.  Nor Sabariah binti Awang Ngah
                         3.  Pn.  Nurul Hidayah binti Ab. Wahid
                         4.  Cik Salwa binti Mohd Hadi
                         5.  Pn.  Nurhafiza binti Mohamad Ramdzan

Guru Tidak Hadir :  Pn.  Noor Hayati binti Miswan(Cuti Separuh Gaji)

Laporan Perhimpunan:

1Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn.  Norwati binti Mohammad Supian.
2Bacaan Doa oleh pengawas bertugas, Adik Mohd Nasif.
3Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Penggunaan Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Norwati binti Mohammad Supian.
4Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas, Adik Adil Aidan Rafif.
5 Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Noor Asiah binti Mohd Yusof adalah seperti yang berikut:-
5.1  Ujian LINUS Bacaan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris  telah dijalankan   sebelum cuti sekolah baru-baru ini.  Murid-murid akan menjalani Ujian LINUS Tulisan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik tidak lama lagi.
 5.2  Dari segi penggunaan tandas, murid-murid dinasihatkan agar dapat menggunakan tandas dengan betul dan sebaik-baiknya.
6Ucapan Guru Bertugas
6.1 Pn.  Norwati mengumumkan nama-nama guru yang bertugas sepanjang minggu ini.
6.2 Tema pada minggu ini ialah tolong-menolong.Beliau menjelaskan tentang konsep tolong-menolong dalam beberapa keadaan seperti yang berikut:-
     6.2.1 Murid-murid boleh menolong guru-guru yang membawa banyak barang.
     6.2.2 Begitu juga semasa berada di dalam kelas, murid-murid dapat mengamalkan sikap tolong-menolong dengan melakukan aktiviti membersihkan kelas.
     6.2.3 Murid-murid juga dapat menolong kawan-kawan yang tidak membawa wang atau kehilangan wang dengan meminjamkan wang kepada kawan-kawan yang berkenaan.
     6.2.4 Murid-murid juga dapat memberi pertolongan kepada masyarakat di luar sana seperti menolong orang tua dan sebagainya.
     6.2.5 Murid-murid dapat mempraktikkan amalan tolong-menolong ini di mana-mana sahaja.
7Taklimat Disiplin oleh Guru Disiplin, Pn.  Zahrulhuda binti Kamarudin
    Pn.  Zahrulhuda memberi taklimat tentang 4 perkara seperti yang berikut:-
7.1 Masalah sikap murid-murid yang suka mengejek sertabanyak melibatkan murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5.  Perkara kecil sering diperbesar-besarkan sehingga mencetuskan pergaduhan dalam kalangan murid-murid.
7.2 Murid-murid hendakalah memakai uniform yang lengkap dengan lencana.  Tujuannya adalah untuk memudahkan murid-murid yang berkenaan dikenali dan diberi pertolongan oleh orang lain di luar sana sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.
7.3 Murid-murid hendaklah menjaga kebersihan di bilik-bilik khas dengan memasukkan sampah ke dalam beg plastik yang disediakan kerana tiada tong sampah yang disediakan di bilik-bilik tersebut.
7.4 Murid-murid hendaklah meletakkan beg-beg sekolah mereka di dalam kelas pada waktu pagi sebelum berbaris di tapak perhimpunan..Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali berkumpul atau berkeliaran di tempat-tempat yang lain.
8Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Maznah binti Mohd Noor
8.1 Pn.  Maznah menasihati murid-murid agar bersyukur kerana dapat hadir ke sekolah pada hari ini melainkan murid-murid tidak sihat.
8.2 Sikap tolong-menolong perlu dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
8.3 Pada minggu ini iaitu pada Rabu, SK Desa Pinggiran Putra akan menjadi tuan rumah dalam Pertandingan Kalam Jamae'i.  Sebagai tuan rumah, murid-murid hendaklah memberi ucapan salam semasa menerima dan berjumpa tetamu serta menunjukkan arah tempat pertandingan yang betul iaitu di Pusat Sumber Sekolah.
8.4 Pada hari yang sama, sambutan Hari Susu Sedunia turut diadakan iaitu bermula pada pukul 10.30 pagi.
8.5 Murid-murid diminta membuat persediaan dan mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun yang akan dijalankan pada bulan Oktober.





Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah





Bacaan Doa oleh pengawas bertugas, Adik Mohd Nasif





Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pengguna Jalan Raya oleh Pn. Norwati binti Mohammad Supian




Bacaan Ikrar Murid oleh Pengawas Bertugas, Adik Adil Aidan Rafif.



Ucapan Guru Bertugas pada Minggu sebelum Cuti Pertengahan Penggal 2, Pn Noor Asiah bt Mohd Yusof





Taklimat Disiplin oleh Guru Disiplin, Pn. Zahrulhuda binti Kamarudin






Murid-murid mendengar pesanan dan nasihat yang diberi oleh guru bertugas, Pn. Norwati binti Mohammad Supian.





Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Maznah binti Mohd Noor

Sunday 21 September 2014

Selamat Bersekolah Semula, Sukan dan Pertandingan Kalam Jamaie


Mulai esok, 22 September 2014 (Isnin) sekolah akan dibuka semula.  Minggu pertama ini merupakan minggu sibuk di SEDERAP dengan pelbagai aktiviti.  Sekolah akan mengadakan Sukan Tahunannya yang pertama pada 27 September 2014.  Sukan tersebut akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Shahrum Dato Haji Mohd. Sharif yang merupakan ADUN Dengkil.  Selain sukan, sekolah akan menjadi tuan rumah kepada pertandingan Kalam Jamaie Peringat Daerah Sepang pada 24 September 2014.  Terdapat sebanyak 16 sekolah yang akan bertanding dengan setiap pasukan mengandungi 15 ahli.  Pertandingan akan berlangsung di Pusat Sumber SEDERAP dan penutup pula akan dibuat di Dewan Terbuka.

Persiapan untuk Kejihanan Sukan Sekolah kali pertama berjalan rancak dan pada minggu ini beberapa rehearsal akan dilakukan.  Terima kasih kepada semua AJK sama ada di kalangan guru mahupun ibubapa dan penjaga yang terus-terusan memberi komitmen termasuk sewaktu cuti sekolah.

Semoga Sukan Sekolah berlangsung dengan jayanya dan pasukan Kalam Jamaie sekolah dapat mengharumkan nama sekolah.

Friday 12 September 2014

PELAPORAN KOKURIKULUM BIL 11/2014


Pelaporan Aktiviti Kokurikulum Bil 10/2014
Unit       : Persatuan Badan Beruniform
Tarikh    : 10 Sept  2014
Hari        : Rabu
Masa     : 02.30 pm -03.30 pm


Unit
Kehadiran Murid
Murid Tidak Hadir
Kehadiran Guru
Pandu Puteri Tunas
26/27
1
5
Pergerakan Puteri Islam
11/15
4
8
Tunas Kadet Remaja Sekolah
28/33
5
5
Pengakap
34/35
1
5
Jumlah Kehadiran
99 /110
11
23
Peratus Kehadiran
90 %
10%


 
 
 


Thursday 11 September 2014

Sukantara 2014

Pelaporan Sukantara 
03.50 pm - 05.30 pm

Pada hari Rabu 10 September 2014 telah diadakan sukantara  yang melibatkan dua acara iaitu lompat jauh dan lari 100 m.  Ia disertai oleh keempat-empat rumah iaitu Biru, Hijau, Kuning dan Merah.

En Sukimin Juki, Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra turut sama turun padang untuk meninjau pelaksanaan sukantara selain memberi kata-kata perangsang kepada murid-murid. Sesungguhnya komitmen yang beliau berikan telah membantu meningkatkan mutu dan kelancaran pengurusan sukan sekolah ini. Guru-guru dan murid turut bersemangat untuk menyertai sukantara ini.  Perbincangan dan tunjuk ajar diberi untuk melancarkan perjalanan sukantara ini.

Terima kasih kepada pentadbir, guru dan murid-murid yang telah menjayakan sukantara ini. 

`MAJULAH SUKAN UNTUK SEKOLAH`

Terima Kasih.
Larian 100 m


Guru Besar berbincang dengan Pengerusi Teknik ustaz Zulhilmi

Ustaz Zulhilmi dan ustaz Shafie (praktikum IPG KPI)










En. Sukimin telah memberi penerangan mengenai sukantara kepada murid-murid. Komitmen beliau diucapkan terima kasih.

TAKLIMAT SARANA DAN PELANCARAN GERAKERJA SARANA

Taklimat dan Pelancaran Gerakerja Sarana 2014 telah diadakan pada 06.09.2014 hari Sabtu  jam 8.00 pagi di Bilik Pusat Sumber Sekolah ini. Program ini telah di rasmikan oleh Yang Berusaha Encik Sukimin bin Juki, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra. Turut hadir di majlis ini ialah Encik Jailani bin Kadir, Pengerusi JKKKP Kg Limau Manis merangkap Naib Yang Dipertua PIBG,guru-guru Penolong Kanan dan guru-guru SKDPP serta ibubapa dan penjaga.

Satu majlis simbolik tanda perasmian gerakerja Sarana 2014 telah dilakukan oleh Tuan Guru Besar dengan menanam pokok buah-buahan  dan dituruti oleh Naib Yang Dipertua PIBG. Maklumat ringkas turut disampaikan oleh Encik Rosdin bin Ibrahim, PK Hal Ehwal Murid, tentang agenda program pada hari tersebut. Antara lain, pihak PIBG telah menubuhkan 3 Biro utama dalam PIBG khas dibawah KSIB iaitu Kumpulan Sularelawan Ibubapa berdasarkan borang Sarana Ibubapa. Biro-biro tersebut adalah seperti Biro Akademik, Biro Hal Ehwal Murid dan Biro Kokurikulum.

Biro Akademik di pengerusikan oleh Encik Mohamad Zahri bin Samingon, Biro Hal Ewak Murid di pengerusikan oleh Puan Norhaidah Asma binti Mohd Hashim dan Biro Kokurikulum dipengerusikan oleh Puan Siti Rom binti Darman.Setiap pengerusi biro telah menyampaikan taklimat berkenaan dengan tujuan dan objektif biro masing-masing dan bagaimana pihak ibubapa boleh membantu pihak sekolah di dalam ketiga-tiga bidang tersebut.Selepas majlis taklimat disampaikan, satu  sesi pebengkelan telah diadakan mengikut biro masing-masing untuk membicangkan dengan lebih lanjut peranan dan tanggungjawab biro disamping merancang program untuk meningkatkan presatasi akademik pelajar , keceriaan sekolah dan kebitaraan sekolah.

Pihak sekolah dan PIBG kususnya amat mengharapkan lebih ramai ibubapa dan penjaga mendaftarkan diri  di dalam KSIB dan melibatkan di dalam setiap biro yang diujudkan. Selain dapat mengeratkan silaturahim, komunikasi 2 hala dapat terjalin dan dapat membantu pihak sekolah berdasarkan jaringan dan rangkaian ini kelak. Majlis berakhir pada jam 1.30 petang.






MEMO: CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 2014



CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 2014

     Dimaklumkan bahawa Cuti Pertengahan Penggal 2 akan bermula  pada 13.09.2014 (Sabtu) hingga 21.09.2014(Ahad) . Sekolah akan dibuka semula pada 22.09.2014 (Isnin).

     Kepada semua murid dapat mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan segala kerja sekolah yang diberi oleh guru. Selain itu diharapkan juga  menjaga kesihatan dan keselamatan diri waktu cuti persekolahan ini.



Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Monday 8 September 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-32

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-32

Tarikh     : 8 September 2014
Hari        : Isnin
Masa      : 7.40-8.10 pagi
Tempat   : Dataran Perhimpunan SEDERAP
Kehadiran Guru   : 28/30
Kehadiran Guru Praktikum   : 6/6

Guru Bertugas   : (1) Pn. Noor Asiah binti Mohd Yusof
                             (2) Pn. Noor Hayati binti Miswan
                             (3) Pn. Wan Salawati binti Wan Md. Nor
                             (4) Cik Nurul 'Aqilah binti Mohd Tahir
                             (5) Encik Maz Azlee bin Azahari

Guru Tidak Hadir  : (1) Pn. Anis Farhah binti Md. Isa  (MC)
                                 (2) Pn. Noor Hayati binti Miswan (Cuti Separuh Gaji)


Laporan Perhimpunan
(1) Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn. Norwati.
(2) Bacaan Doa oleh pengawas bertugas.
(3) Bacaan Ikrar Rukun Negara & Ikrar Pengguna Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Noor Asiah.
(4) Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas.
(5) Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Ifahayati mengenai:
5.1 Pengurusan masa semasa waktu rehat. Masih terdapat sebilangan murid yang makan dan membeli makanan apabila loceng telah berbunyi. Terdapat juga murid yang bersembang sewaktu makan.
5.2 Pemakaian baju PJ. Sebilangan murid tidak memasukkan baju ke dalam seluar semasa aktiviti Pendidikan Jasmani dijalankan.
5.3 Disiplin murid. Terdapat murid yang berkuku panjang dan rambut tidak bersikat apabila datang ke sekolah. Murid dinasihatkan agar menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
5.4 Basikal yang tiada brek. Basikal yang tiada brek akan mengundang bahaya kepada murid jika mereka mengayuh dengan laju. Oleh itu, murid dinasihatkan agar menunggang basikal yang mempunyai brek.
5.5 Beli barang di Koperasi Sekolah. Terdapat sebilangan murid yang tidak membayar barang yang telah dibeli di koperasi sekolah.
(6) Ucapan guru bertugas pada minggu ini oleh Pn. Noor Asiah mengenai tema pada minggu ini (Bijak Sifir).
6.1 Sifir merujuk kepada subjek matematik dimana murid dikehendaki untuk menghafal sifir 2-12.
6.2 Murid dinasihatkan agar mengisi masa cuti mereka pada minggu hadapan dengan menghafal sifir kerana melalui hafalan sifirlah murid dapat menyelesaikan sesuatu masalah seperti operasi darab dan bahagi dalam subjek matematik.
(7) Pn. Noor Asiah juga telah memberitahu beberapa pengumuman iaitu:
7.1 Kehadiran murid ke sekolah. Ujian Saringan Linus Matematik, B.Inggeris dan B.Melayu akan dijalankan sepanjang minggu persekolahan pada minggu ini.
7.2 Murid tidak dibenarkan berada di kawasan yang berdekatan dengan kawasan baik pulih terutamanya di kawasan pejabat.
7.3 Murid dinasihatkan agar tidak bermain pasir dan batu bata yang telah dilonggokkan berdekatan dengan parking kereta.
7.4 PSS akan ditutup selama seminggu. Oleh itu, tiada aktiviti dan program yang akan diadakan di PSS.
(8) Ucapan guru disiplin pada minggu ini oleh Pn. Rashidah mengenai:
8.1 Murid datang lewat ke sekolah. Walaupun telah diberi amaran berulang kali, masih terdapat murid yang datang lewat ke sekolah.
8.2 Memberi gelaran seperti gemuk dan besar kepada kawan akan mengundang kemarahan dan seterusnya berlaku pergaduhan di kalangan murid yang akan melibatkan ibubapa.
8.3 Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas semasa rehat. Mereka dikehendaki berada di dewan terbuka selepas makan di kantin.
(9) Penganugerahan Lencana Kegemaran Pengakap Kanak-Kanak yang dipengerusikan oleh Pn. Zahrulhuda.
9.1 Lencana pengakap akan dipakaikan di baju pengakap sekiranya murid menulis laporan yang lengkap.
9.2 Murid digalakkan untuk menulis laporan yang lengkap untuk mendapatkan lencana.
9.3 Guru besar telah memakaikan lencana pengakap kepada 3 orang ahli pengakap.
(10) Ucapan oleh Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki:
10.1 SEDERAP membawa maksud seiring dan sejalan.
10.2 Murid hendaklah menghormati orang dewasa. Sekiranya murid bertemu dengan orag dewasa, mereka hendaklah bersalaman dan memberi salam.
10.3 Beliau mengucapkan terima kasih kepada AJK pelaksana program Sarana Ibubapa. Ibubapa yang tidak hadir program tersebut, bolehlah hadiri sekolah pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sekolah.
10.4 Memo yang berkaitan dengan program dan aktiviti sekolah yang telah diedarkan kepada murid hendaklah ditampal dalam buku komunikasi agar ibubapa dapat mengetahuinya.
10.5 Sikap amanah, jujur dan mematuhi masa hendaklah dipupuk dalam diri murid.
10.6 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan bola baling perempuan yang telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan yang telah disertai.
(11) Hal-hal lain : Tiada

Bacaan doa oleh pengawas bertugas

Bacaan Ikrar Rukun Negara & Ikrar Pengguna Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Noor Asiah

Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas

Bacaan Ikrar Murid oleh murid-murid SEDERAP

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Ifahayati

Ucapan guru disiplin pada minggu ini oleh Pn. Rashidah

Ucapan oleh Pn. Zahrulhuda utk Majlis Penganugerahan Lencana Kegemaran Pengakap Kanak-Kanak

Penganugerahan Lencana Pengakap kepada ahli pengakap yang dipakaikan oleh Guru Besar

Penganugerahan Lencana Pengakap kepada ahli pengakap yang dipakaikan oleh Guru Besar

Ucapan oleh Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki

Barisan guru yang sedang mendengar ucapan yang telah disampaikan oleh Guru Besar

Gelagat murid SEDERAP yang senyum apabila disuruh oleh Guru Besar untuk senyum.

  

            

Saturday 6 September 2014

PELAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM KELAB DAN PERSATUAN BIL 10/2014

Pelaporan Persatuan / Kelab Bil 10/2014
Tarikh    : 03 September 2014
Masa     : 02.30 pm – 03.30 pm
Hari        : Rabu

Kehadiran

Kelab /Persatuan
Kehadiran Murid
Kehadiran Guru
Persatuan Bahasa  Melayu
15
3
Persatuan Bahasa Inggeris
18
4
Persatuan Matematik & Sains
24
5
Persatuan Agama Islam
21
4
Kelab Doktor Muda
12
3
Kelab Simpanan  Pinjaman Buku Teks
09
2



Jumlah Kehadiran
99
21
Peratus Kehadiran
85.3



Kelab Doktor Muda - Puzzle


Persatuan Bahasa Melayu - Tulisan Berangkai

Persatuan Agama Islam - Suai Mesra dalam Bahasa Arab

Kalam Jama`i


Persatuan Bahasa Inggeris - Teka -teki

Kelab SPBT - Keceriaan dan kemaskini fail

Pelaporan Sukan dan Permainan
Masa : 3.45 pm -05.30 pm
Sukantara : Lontar Peluru - akhir

Acara Lontar peluru ini juga diadakan  bagi memilih pemenang. Setiap rumah menghantar peserta masing-masing. Pilihan peserta telah diadakan pada minggu lepas. Di samping acara sukan, lontar peluru  ini juga diadakan untuk persediaan peserta yang akan dibawa ke pertandingan MSSD






Terima kasih kepada semua guru yang memberi kerjasama untuk melaksanakan acara sukantara lontar peluru ini. Minggu hadapan bersedia pula untuk sukantara akhir lompat tinggi dan lompat jauh.