Tuesday 30 April 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG PRASEKOLAH 2019



Tarikh : 27 April 2019 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi -  12.30 tengah hari
Tempat : Persekitaran Prasekolah

Prasekolah SK Desa Pinggiran Putra telah mengadakan Program Gotong Royong yang telah memfokuskan kepada Projek 'Kebun Hijau'. Dalam projek ini terdapat 3 aktiviti yang telah dirancang iaitu penanaman tanaman sayuran, tanaman buah-buahan dan tanaman pokok herba @ bunga. Program ini turut dijayakan bersama jentera PEWARIS prasekolah dan telah mendapat kerjasama yang amat mengggalakkan daripada ibu bapa murid prasekolah sesi 2019. 


Saya mewakili pihak prasekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PEWARIS prasekolah yang banyak membantu dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Ucapan terima kasih juga buat ibu bapa dan semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi merealisasikan Projek 'Kebun Hijau' Prasekolah. Program ini diakhiri dengan acara cabutan bertuah sebagai tanda penghargaan kepada ibu bapa/ penjaga yang hadir membantu pada hari tersebut.

Gambar:

Antara ibu bapa yang hadir pada hari tersebut






Menjamu 'potluck' yang dibawa bersama oleh ibu bapa
Batas dibina untuk menanam pokok cili dan pokok bendi
Menanam anak pokok cili
Ibu bapa bekerjasama membantu menanam anak pokok cili dan bendi
Membina 'raised bed' untuk menanam pokok sayur bayam dan kailan



Add caption

Menggunakan botol pastik sebagai 'frame' untuk menanam pokok bayam
Memindahkan semaian pokok bayam ke atas tanah

Menutup tanaman dengan jaring
Memotong permukaan botol trpakai untuk dijadikan pasu
Membuat lubang pada botol plastik untuk dijadikan pasu
Add caption
Menanam pokok bunga di dalam pasu terpakai





Anak pokok nenas yang telah di tanam di atas batas dengan bantuan ibu bapa yang hadir


Anak pokok nenas yang telah ditanam hasil sumbangan daripada ibu bapa
 

Cabutan bertuah di hujung program. Terima kasih kepada semua yang turut sama menjayakan Program Gotong Royong Prasekolah tahun ini. 
 


















Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih Khas buat Pn. Salmah binti Ismail



Majlis istimewa ini telah diadakan pada hari Isnin, 29 April 2019 bagi meraikan perpindahan Mantan GPK Ko Kurikulum, Pn Salmah bt Ismail yang telah berkhidmat selama lebih 5 tahun di SK Desa Pinggiran Putra. Beliau akan bertukar sekolah ke SK Jenderam Hilir sebagai PK Kurikulum yang baru. Tahniah diucapkan daripada seluruh warga SEDERAP atas kenaikan pangkat beliau.
Majlis ini diadakan dengan kerjasama guru-guru dan PIBG SEDERAP.
Majlis bermula pada pukul 7.40 pagi dengan perarakan masuk Puan Salmah bersama barisan pentadbir dan wakil PIBG diiringi dengan paluan kompang dan bunga manggar.

Persiapan pentas sebelum majlis bermula
Perarakan masuk diiringi paluan kompang (audio).

Bersedia untuk perarakan masuk ke dewan.
Majlis dimulai dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
Bacaan doa oleh Ustaz Faizul.

Add caption

Ucapan perpisahan disampaikan oleh Wakil Pelajar' Muhammad Ajmal Amin.

Ucapan perpisahan dari Tuan Guru Besar, En Sukimin bin Juki.

Ucapan dan pesanan terakhir daripada Puan Salmah untuk semua warga SEDERAP.


Majlis penyampaian hadiah dari semua wakil kelas.


Penyampaian hadiah dari PIBG.


Nyanyian perpisahan..Sampaikan Salam, Sudirman Haji Arshad.

Seluruh warga SEDERAP amat berterima kasih atas segala jasa beliau sepanjang beliau berkhidmat di sekolah ini. Beliau banyak memainkan peranan dalam pencapaian cemerlang  Ko Kurikulum di sekolah ini. Semoga beliau terus cemerlang di sekolah baru. Terima kasih Puan Salmah bt Ismail.



Sunday 28 April 2019

KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA 2019 TAHAP 1 DAN 2

Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan aktiviti tahunan program jQAF iaitu Kem Bestari Solat (KBS) kali pertama 2019 bagi tahap 1 dan 2.

Butiran program adalah seperti berikut:

1. Kem Bestari Solat Tahap 1
Tarikh / Hari         : 13 April 2019 / Sabtu
Hari / Masa           : 07:30 pagi - 12: 00 tengah hari
Tempat                  : Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra
Objektif Program  : Pada akhir program ini diharapkan murid dapat menguasai:
1.     Teori dan amali wuduk
2.     Bacaan dalam solat
3.   Solat berjemaah

Sasaran                 : Semua murid Tahun 1, 2 dan 3






2. Kem Bestari Solat Tahap 2
Tarikh / Hari         : 27 April 2019 / Sabtu
Hari / Masa           : 07:30 pagi - 12: 00 tengah hari
Tempat                  : Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra
Objektif Program  : Pada akhir program ini, diharapkan murid dapat menguasai:
1.     Syarat wajib dan syarat sah solat.
2.     Kedudukan imam dan makmum dalam solat.
3.     Muafik dan masbuk.
4.     Teori dan amali tayammum 
5.     Azan dan iqamat

Sasaran                 : Semua murid Tahun 4 dan 5







Tahniah diucapkan kepada murid-murid tahap 1 dan 2 yang berjaya hadir ke Kem Bestari Solat. Semoga  ilmu yang anda perolehi dapat memberi panduan dan diamalkan dalam kehidupan seharian serta dikongsi dengan sahabat lain. Jumpa lagi di Kem Bestari Solat Perdana nanti!😃😃😃 

Tuesday 23 April 2019

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN KECIL 2019

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS,PENGAWAS PUSAT SUMBER,PEMBIMBING RAKAN SEBAYA,KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS

Tarikh:20 April 2019 (Sabtu)
Masa:7.30 pagi -  1.00 tengahari
Tempat:SK Desa Pinggiran Putra

Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin SK Desa Pinggiran Putra telah mengadakan kursus kepimpinan pemimpin kecil SEDERAP bagi Tahun 2019 kepada semua pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.  Aktiviti yang diadakan pada hari tersebut adalah dimulai dengan majlis perasmian oleh Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra Encik Sukimin bin Juki.  Selepas majlis perasmian semua pemimpin kecil bergerak mengikut unit masing-masing untuk aktiviti simulasi tugas.  Ceramah kepimpinan turut diadakan yang telah disampaikan oleh Encik Samri bin Othman dari ASA Explore Consultant.  Selepas makan tengahari semua murid bersurai.



Simulasi tugas pengawas-LDK

Pendaftaran peserta kursus

Pendaftaran peserta kursus

Bacaan doa pembuka majlis

kata-kata aluan Pengerusi Majlis

Ucapan perasmian kursus kepimpinan oleh Guru Besar

Peserta kursus mendengar amanat yang disampaikan ooleh Guru Besar

Bergambar kenangan beramai-ramai 

Simulasi tugas Pengawas Pusat Sumber

Penerangan oleh cikgu Norsabariah untuk simulasi tugas Pembimbing Rakan Sebaya

Penerangan oleh Cikgu Tengku Fairus untuk simulasi tugas pengawas

Penerangan oleh cikgu Shaazrina untuk simulasi tugas ketua kelas dan penolong ketua kelas

LDK untuk simulasi tugas ketua kelas dan penolong ketua kelas

LDK simulasi tugas Pembimbing Rakan Sebaya

Aktiviti Ketua kelas dan penolong ketua kelas


simulasi tugas ketua kelas dan penolong ketua kelas

LDK pengawas sekolah bersama fasilitator iaitu cikgu Rozayma

Aktiviti ketua kelas dan penolong ketua kelas

Guru membantu murid membuat aktiviti simulasi ketua kelas dan penolong ketua kelas

Peserta pembimbing Rakan Sebaya membentangkan hasil aktiviti di hadapan rakan

Aktiviti bersama ketua kelas

Simulasi pengawas semasa perhimpunan rasmi iaitu menyusun kerusi guru

simulasi menyusun kerusi yang dibimbing oleh cikgu Rozayma

Simulasi pengawas menaikkan bendera semasa lagu Negaraku

Simulasi pengawas menjaga pintu pagar sekolah

Simulasi pengawas menjaga di kantin semasa murid membeli makanan

Simulasi pengawas di kantin dibimbing oleh cikgu Wan Anna

Peserta berehat dan minum pagi

Tugasan untuk simulasi ketua kelas dan penolong ketua kelas

Ceramah kepimpinan

Ceramah kepimpinan

Aktiviti ceramah kepimpinan


Penyampaian cenderahati kepada penceramah

Makan tengahari