Friday 31 July 2015

Isu Perkhidmatan Kawalan Keselamatan





  1. LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS - PENGURUSAN PERKHIDMATAN KAWALANKESELAMATAN DI INSTITUSI PENDIDIKAN / SEKOLAH  
  2. Sinar Harian - Audit: Kementerian Pendidikan cari solusi 
  3. Asrto Awani - Laporan Audit Negara: Pengurusan PKK Kementerian Pelajaran kurang memuaskan

Pihak syarikat diwajibkan mengemukakan maklumat pekerja baru dalam tempoh 2 minggu hari bekerja selepas memulakan perkhidmatan manakala 7 hari bekerja bagi penggantian pekerja. Sekiranya syarikat gagal mengemukakan maklumat pekerja baru/penggantian, bayaran tuntutan bulanan boleh ditahan sehingga syarikat mengemukakan maklumat pekerja.

Tuesday 28 July 2015

Majlis Permuafakatan Tahun 6 Kali Ke-4/2015

SEDERAP akan menganjurkan program di atas mengikut ketetapan berikut:  

Tarikh:  1 Ogos 2015 (Sabtu)
Tempat: Pusat Sumber Sekolah (PSS)
Sasaran: SEMUA ibu bapa dan murid Tahun 5 dan 6
* Untuk majlis ini, jamuan adalah berkonsepkan Potluck. Sehubungan itu, dialu-alukan ibu bapa dan guru membawa makanan. Pihak PIBG hanya menyediakan Lontong sebagai menu utama dan minuman panas teh o dan kopi o sahaja. Juadah yang dibawa boleh diserahkan kepada AJK Jamuan semasa pendaftaran.

Masa:

                   8 pagi    Taklimat Sekolah Berasrama Penuh oleh KPP Sektor Pembangunan Kemanusiaan SBP - Encik Anuar Adnan Ismail

                  10 pagi   Jamuan Raya (kantin)
                  11 pagi   Ibu bapa dan murid Tahun 6 kembali ke PSS untuk
                                  Penyerahan Slip Keputusan Percubaan UPSR
                  12 tengah hari Bersurai

Wednesday 22 July 2015

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM MERKUR1 2015 : THE CHAMPION

Pendaftaran peserta
Pendaftaran peserta

Pendaftaran peserta program

Ketibaan tetamu VIP
Ketibaan tetamu VIP

Tetamu VIP sedang berada di bilik menunggu sementara majlis bermula
Tetamu VIP dan peserta program mengambil tempat
Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor




















































PROGRAM MERKUR1 2015 : THE CHAMPION


Program Merkur1 2015 : The Champion telah berjaya dilaksanakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Julai 2015 (Sabtu)
Masa : 7.45 pagi - 1.15 tengahari
Tempat : Auditorium Kompleks E, Putrajaya
Perasmi : YB Tuan Shahrum bin Dato Haji Mohd Sharif
Turut hadir : En Mohd Alias bin Awang (Ketua Penolong PPD pengurusan sekolah)

Program MERKUR1 merupakan program tahunan anjuran Majlis Guru Besar Sepang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dan ADUN Dengkil.  Ini merupakan tahun kedua program MERKUR1 dilaksanakan dan pada kali ini dikenali sebagai MERKUR1 2015 : THE CHAMPION.  The Champion dipilih sebagai tanda sokongan kepada inisiatif Pengarah Pendidikan Selangor yang bermatlamat untuk melonjakkan pencapaian UPSR Negeri Selangor.

Antara objektif program Merkur1 2015 : The Champion  ini dilaksanakan adalah untuk:
  • Mempertingkatkan kecemerlangan akademik murid sekolah rendah  di Daerah Sepang.
  • Menjalin hubungan dan kolaborasi antara guru-guru UPSR dari sekolah-sekolah berdekatan.
  • Membina hubungan baik antara sekolah-sekolah berhampiran.
  • Menjalin perpaduan dalam kalangan guru dan murid pelbagai bangsa.
ATURCARA PROGRAM MERKUR1 2015 : THE CHAMPION
11 Julai 2015 (Sabtu)
Tarikh/Hari/Masa
Perkara/Aktiviti
7.45 - 8.30 pagi
Pendaftaran ibu/ bapa/penjaga dan murid
08.30 - 9.00 -pagi
Perasmian Program MERKUR1 2015: The Champion
                 Nyanyian Lagu Negaraku
                 Nyanyian Lagu Negeri Selangor
                   Bacaan Doa
                   Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
                   Ucapan Pengerusi MGB Sepang
                            - En. Ishak bin Noh

                  Ucapan PPD Sepang
                         - En. Mohd. Alias Awang
       Ketua Penolong PPD Pengurusan Sekolah
                 Ucapan Perasmian
                         - YB Tuan Shahrum bin Dato Haji Mohd Sharif
       ADUN Dengkil
                 Penyerahan Cek Sumbangan YB
                  Gimik Pelancaran Program MERKUR1 2015:  The Champion
                  Penyerahan Surat Lantikan Merkurian kepada Guru Besar
                  Penyampaian Cenderamata
9.00 - 11.00 pagi
Slot 1
Kemahiran Belajar dan Pengurusan Masa
  • En. Harun bin Abu Bakar
11.00-11.30 pagi
Rehat
11.30-1.30 t/hari
Slot 2
Ceramah Keibubapaan - Anak Cemerlang UPSR
  • Dr. Haji Ridzuan Mohd. Sagir
1.30 t/hari               
   
·                 Bersurai


Sebanyak 19 buah sekolah DUN Dengkil (363 calon target 5A)  yang terlibat.  Sekolah yang terlibat serta jumlah calon adalah seperti berikut:

  1. SK JENDERAM HILIR (7 +5 calon)
  2. SK DENGKIL (20 + 6 calon)
  3. SK SG MERAB LUAR (20 calon)
  4. SK DESA PUTRA (10 calon)
  5. SK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA (24 calon)
  6. SK PULAU MERANTI (9 calon)
  7. SK SG MELUT (ASLI) (1 calon)
  8. SK BKT TAMPOI (ASLI) (2 calon)
  9. SK TAMAN PUTRA PERDANA (50 + 6 calon)
  10. SK KOTA WARISAN (30 calon)
  11. SK CYBERJAYA (60 calon)
  12. SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 (30+7 calon)
  13. Sk DESA PINGGIRAN PUTRA (10 calon)
  14. SJKC DENGKIL (10 calon)
  15. SJKC SIN MING (35 calon)
  16. SJKT DENGKIL (6 + 4  calon)
  17. SJKT LADANG AMPAR TENANG (10 - 5  calon)
  18. SJKT TAMAN PERMATA (5 - 1 calon)
  19. SJKT LDG WEST COUNTRY BARAT (2 calon)
KEHADIRAN KE PROGRAM MERKUR1 2015:THE CHAMPION

MURID UPSR (CALON TARGET 5A) DUN DENGKIL : 264 calon
IBU/BAPA/PENJAGA MURID UPSR CALON 5A : 240


AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
MERKUR1 2015:THE CHAMPION

INDUK

PENAUNG  : Y.B. TUAN SHAHRUM BIN DATO HJ MOHD SHARIF (ADUN DENGKIL)

PENASIHAT 1 : TN HJ MAT JAH BIN ROSLAN (PPD SEPANG)

PENASIHAT 2  : TN HJ SAILAN BIN MISRAN (KPP PENGURUSAN AKADEMIK)

PENGERUSI  : EN ISHAK BIN NOH (PENGERUSI MGB SEPANG)

TIMBALAN PENGERUSI : EN SUKIMIN BIN JUKI (GB SK DESA PINGGIRAN PUTRA)

NAIB PENGERUSI : EN MOHD LATIF BIN SAARI (GB SK DENGKIL)

SETIAUSAHA : PN NORLIZAWATI BT MOHD RAZALI (SK DESA PINGGIRAN PUTRA)

NAIB SETIAUSAHA : PN NORZIRAH BT ISMAIL (SK SG MERAB LUAR)

BENDAHARI : PN NORITA BT ZAKARIA (SK DESA PUTRA)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENYELARAS : SK DESA PINGGIRAN PUTRA

JURUACARA : SK DESA PINGGIRAN PUTRA

BACAAN DOA : SK DESA PINGGIRAN PUTRA

BUKU PROGRAM : SK DESA PUTRA
                                SJK (T) WEST COUNTRY (B)

PROTOKOL DAN SAMBUTAN : SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
                                                    SK TAMAN PUTRA PERDANA
                                                    SK BUKIT TAMPOI (A)

CENDERAMATA : SK DATO ABU BAKAR BAGINDA
                               SJK (T) TAMAN PERMATA

PERSIAPAN PENTAS : SK JENDERAM HILIR
                                     SK SG MELUT (A)

TEKNIKAL : SJK (C) DENGKIL
                     SJK (T) LDNG WEST COUNTRY (B)
                     SK KOTA WARISAN

PENDAFTARAN : SJK (C) SIN MING
                             SK PULAU MERANTI

JURUKAMERA & DOKUMENTASI : SK SG MERAB LUAR
                                                           SJK (T) DENGKIL

PERASMIAN : SK CYBERJAYA
                        SK DENGKIL
                        SJK (T) LADANG AMPAR TENANG




Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Merkur1 2015 : The Champion peringkat Dun Dengkil.
















Tuesday 14 July 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Pada 10 Julai bersamaan 23 Ramadhan 1436 Hijrah, telah berlangsungnya program Khatam Al-Quran yang melibatkan 20 orang murid daripada tahun 5 dan 6. Program Tadarus Al-Quran telah dijalankan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Acara yang berlangsung di dewan terbuka ini disaksikan oleh semua murid dari tahun 1 hingga 6, murid PPKI dan juga murid Prasekolah.  Program ini merupakan program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Desa Pinggiran Putra. Semoga majlis ini mendapat rahmat dan diberkati oleh Allah S.W.T

Murid-murid sedang bertadarus

Murid-murid sedang bertadarus

Ucapan alu-aluan dan merasmikan majlis Khatam Al-quran

Barisan murid yang Khatam Al-quran bersama guru-guru

Pengacara majlis Khatam Al-quran

Murid-murid lain menghayati bacaan Tadarus

Murid-murid sedang bertadarus

Murid-murid beratur keluar sebaik sahaja selesai bacaan Al-quran

Persembahan nasyid wakil murid

Bacaan Al-Quran murid-murid perempuan

Bacaan Al-Quran oleh murid-murid lelaki

Persiapan tempat untuk majlis Khatam Al-Quran

Perhimpunan rasmi 13 Julai 2015

Tarikh     : 13 Julai 2015
Masa       : 7.40 pagi - 8.10 pagi
Hari        :  Isnin

GURU BERTUGAS

1.            Puan  Noraida binti Abd Aziz
2.            Puan Nur Izzati binti Muhammad Hairi
3.            Puan Noor Hayati binti Miswan
4.            Puan Wan Anna Wahidah

LAPORAN
 1. Bacaan doa yang dipimpin oleh Adik Fahmi bin Saipo
 2. Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu `Negaraku', lagu `Negeri Selangor' dan lagu  “Sekolah”.
 3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Puan  
     Noraida binti Abd Aziz
 4. Bacaan ikrar murid oleh wakil murid Abdul Syamir Ikmal bin Abdul Salim.
 5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Cik Tengku Fairus binti Raja Hasan
     5.1 Murid dinasihatkan supaya melakukan amalan yang baik walaupun sekecil zarah
 6. Laporan guru disiplin oleh Ustazah Salwa binti Mohd Hadi
 7. Slot Anti Dadah oleh Ustazah Nik Asmah binti Ruman      
     Tajuk : Tanda-tanda menghidap HIV AIDS
     - Murid-murid diterangkan tentang gejala yang dikenalpasti pada orang yang menghidap   
       HIV AIDS antaranya lemah badan, cirit-birit yang teruk, selsema berpanjangan dan lain-
       lain lagi. Murid dinasihatkan supaya menjaga diri dan menjauhi aktiviti yang tidak  
       bermoral.
 8. Ucapan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki
·                     Bersempena menyambut Syawal yang akan tiba tidak lama lagi, guru besar menerangkan sedikit tentang amalan-amalan di pagi raya seperti mandi sunat hari raya, memakai pakaian yang paling baik, menjamah sedikit makanan, solat sunat hari raya, menggunakan jalan berbeza ketika hendak pergi dan pulang dari masjid, serta ziarah-menziarahi.
·                     Guru besar juga mengingatkan murid-murid tentang menjaga adab berziarah.
9. Majlis ditutup dengan penyampaian surat pelantikan bagi program MERKUR1 yang dipimpin oleh Puan Norlizawati (Guru Kaunseling SEDERAP)


 Bacaan ikrar

 Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Cik Tengku Fairus

  Laporan guru disiplin oleh Ustazah Salwa


Slot anti dadah oleh Ustazah Nik Asmah 

 Ucapan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki
 Penyampaian surat pelantikan MERKUR1

Thursday 9 July 2015

Pindaan Cuti Sekolah Sempena hari raya Aidilfitri 1436 H

Berikutan keputusan yang dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, pada 3 Julai 2015 Pejabat Pendidikan Sepang mengeluarkan surat pemakluman mengenai cuti sempena hari raya.  Sehubungan itu terdapat perubahan tempoh dan tarikh cuti sekolah seperti yang dimaklumkan dalam blog pada 29 Jun 2015 lalu.

Sekolah akan bercuti mulai 15 Julai 2015 (Rabu) sehingga 21 Julai 2015 (Selasa) dan dibuka semula pada 22 Julai 2015 (Rabu) mengikut tempoh dan tarikh seperti yang ditetapkan melalui surat berikut:





Segala kesulitan amat dikesali.








Thursday 2 July 2015

MAJLIS IFTAR JAMA’I DAN SOLAT HAJAT UPSR SEDERAP 2015M/1436H

Pada 01 Julai 2015, hari Rabu (bersamaan 14 Ramadan 1436 Hijrah pihak sekolah dengan kerjasama PIBG dan komuniti masyarakat telah berjaya mengadakan majlis Iftar Jama’i dan Solat Hajat UPSR di Masjid Jamiul Rahmah Kampung Limau Manis. Seramai 36/55 calon UPSR yang hadir pada majlis ini. Majlis ini bermula seawal jam 7.00 malam dan berakhir pada jam 08.00 malam. Majlis ini dimulakan dengan pendaftaran murid UPSR bersama penjaga, majlis berbuka puasa ringan, solat maghrib berjemaah, solat hajat dan makan malam. Murid, guru, dan penduduk  Kampung Limau Manis juga turut serta dalam melaksanakan ibadah solat tarawih di masjid Jamiul Rahmah tersebut.

Objektif Majlis :

1)    Memotivasikan murid agar terus berusaha membuat persediaan menghadapi peperiksaan  UPSR.
2)   Menggalakkan murid untuk selalu berdoa dan solat hajat selain dari berusaha keras.
3)  Membentuk jati diri Muslim yang sejati dan member ketenangan jiwa ketika menghadapi peperiksaan.
4)   Mengukuhkan silaturahim antara murid, guru, ibu bapa dan penduduk Kampung Limau Manis.




Pendaftaran murid dan ibu bapa


Penyampaian cenderamata kepada Guru Besar SEDERAP, En.Sukimin bin Juki 
oleh pihak masjid

Menanti waktu berbuka puasa


Sebahagian jemaah muslimin dan anak-anak calon UPSR


Semoga majlis ini dapat keberkatan dari Ilahi dan membuka hati pelajar untuk lebih rajin berusaha di samping dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa, anak-anak dan guru-guru.