Saturday 10 June 2023



Assalamu'alaikum w.b.t.

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-10 SK Desa Pinggiran Putra telah berjaya dilaksanakan dengan baik.

Ribuan terima kasih khususnya kepada barisan pentadbir, guru-guru serta AJK PIBG yang telah bertungkus lumus merencana serta melaksanakan Mesyuarat PIBG SK Desa Pinggiran Putra dengan baik dan lancar.

Tahniah kepada ibu bapa yang hadir memenuhi dewan sebagai tanda komitmen serta tanggungjawab sebagai ahli PIBG. Pelbagai usul, idea, komen serta cadangan yang diberikan oleh ibu bapa semasa mesyuarat amat dihargai.

Semoga kerjasama yang erat dan mesra antara ibu bapa, guru-guru dan wargaa sekolah terus terjalin demi kecemerlangan sekolah & kemenjadian murid.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan AJK PIBG bagi sidang 2022/2023 yang lalu atas khidmat bakti yang telah dicurahkan dengan sangat cemerlang. Tahniah juga kepada AJK PIBG yang baharu dilantik bagi sidang 2023/2024. Semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi.

Berikut merupakan rakaman memori sepanjang majlis berlangsung :



Jemputan ke mesyuarat

Barisan AJK Pendaftaran

Barisan AJK program

Pengurusan makanan bagi tetamu

Sambutan tetamu dan VIP


Ucapan Perasmi


Ucapan Puan Guru Besar

Mesyuarat PIBG sedang berlangsung



Hamper bagi cabutan bertuah









 


Wednesday 7 June 2023



MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-10 . Mesyuarat Agung PIBG kali yang ke-10 Tahun 2023/2024 akan diadakan mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 10 Jun 2022 Masa. : 8.00 pagi Tempat : Dewan Terbuka SK Desa Pinggiran Putra Hadiah cabutan bertuah yg menarik disediakan. Semua waris dijemput hadir .