Monday 16 August 2021

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN & BULAN BAHASA SK DESA PINGGIRAN PUTRA 20121

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 


Malaysia Prihatin Tema Rasmi,

Untuk Sambutan Hari Kebangsaan,

Covid 19 Kita Perangi,

Membentuk Negara Menuju Kebebasan. 


๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Bulan Bahasa akan diadakan pada ketetapan seperti dalam poster di atas. 


๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Oleh itu, mohon kerjasama barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid untuk bersama-sama menonton *YOUTUBE* di siaran Youtube SK Desa Pinggiran Putra.


Jom sama-sama menonton! Jom memeriahkan majlis ini!

Jangan lupa like dan share ye ๐ŸŒบ


#Malaysiaprihatin

#Bahasajiwabangsa

Monday 9 August 2021

PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022 NEGERI SELANGOR


๐Ÿคท‍♂️ Bila boleh semak permohonan?

๐Ÿง‘๐Ÿป‍๐Ÿซ 1 Ogos 2021 (Permohonan biasa) manakala 1 Oktober 2021 (Permohonan lewat) melalui public.moe.gov.my


๐Ÿคท‍♂️ Macam mana nak buat rayuan?

๐Ÿง‘๐Ÿป‍๐Ÿซ Rayuan dalam daerah secara dalam talian shj.


๐Ÿคท‍♂️ Mesti buat pengesahan di sekolah ke?

๐Ÿง‘๐Ÿป‍๐Ÿซ Pengesahan secara dalam talian sahaja. (Rujuk sekolah jika ada keperluan tambahan)


๐Ÿคท‍♂️ Nak tukar sekolah di luar Selangor macam mana pula?

๐Ÿง‘๐Ÿป‍๐Ÿซ Hubungi PPD untuk reset permohonan dan penjaga perlu kemas kini sekolah/negeri baharu dan dikira pendaftaran lewat. Selepas 15 Disember 2021 hingga sekolah bermula perlu menggunkaan Borang ASBS.


๐Ÿคท‍♂️ Anak saya tidak ditempatkan di sekolah dimohon dan rayuan tidak berjaya. Macam mana kalau saya nak mohon juga ke sekolah berkenaan?


๐Ÿง‘๐Ÿป‍๐Ÿซ Boleh memohon pertukaran sekolah apabila sesi persekolahan tahun 2022 bermula menggunakan Borang P.U(A) 275 dari sekolah asal. Kelulusan tertakluk kepada kekosongan tempat.


๐Ÿคท‍♂️ Bila Hari Orientasi tahun 1?

๐Ÿง‘๐Ÿป‍๐Ÿซ Penjaga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah tarikh dan cara pelaksanaan oreintasi kerana perhimpunan secara fizikal masih tidak dibenarkan dan bergantung kepada SOP atau arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.


PK HEM SKDPP

Encik Zairi bin Mhd Lauri


PROSES PENGESAHAN PENEMPATAN TAHUN 1/2022N

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Keputusan penempatan Tahun 1/2022 akan dipaparkan dalam sistem Permohonan Tahun 1 Online 1 Ogos ini. 

Oleh yang demikian proses pengesahan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:


*TINDAKAN IBU BAPA*


*1. PERAKUAN PENEMPATAN*

๐Ÿ“Œ Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.

๐Ÿ“Œ Surat Penempatan dan dokumen  pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.

๐Ÿ“Œ Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.


*2. PERMOHONAN RAYUAN*

๐Ÿ“Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan *TIADA* proses RAYUAN MANUAL.

๐Ÿ“Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat  kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.

๐Ÿ“Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.

๐Ÿ“Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan. 


*TINDAKAN SEKOLAH*


1. MUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).


2. Semak STATUS PERAKUAN ibu/bapa/penjaga. Hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat PERAKUAN online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut. 


3. Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.


Semoga maklumat yang dikongsikan ini boleh digunakan sebagai panduan pelaksanaan proses kerja tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan terus kepada saya. 


Sekian, terima kasih.

PK HEM SKDPP

Encik Zairi bin Mhd Lauri

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PRASEKOLAH SESI 2022 (PANDUAN UNTUK IBU BAPA/ PENJAGA)