Friday 25 July 2014

Salam Lebaran..

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra ingin mengambil ruang dan peluang sempena Lebaran yang bakal tiba untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SEDERAP.
Minal 'Aidil wal Faizin.
Kullu 'am wa antum bikhair.
Semoga Ramadhan yang pergi telah berjaya mendidik diri dan jiwa kita dan telah kita jalani dengan cemerlang.
Taqabballah minna wa minkum.



#pray4Gaza
#prayforMH17


Selamat Bersara Pn. Siti Hajar

Siti Hajar Lebai Karim

Hari ini merupakan hari terakhir Pn. Siti Hajar binti Lebai Karim berkhidmat sebagai seorang guru. Sekolah kehilangan seorang guru Sains yang luas pengalamannya apabila permohonan bersara awal beliau telah diluluskan oleh JPA mulai 1 Ogos 2014. Maka dengan itu pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sumbang bakti beliau dalam mendidik anak bangsa Malaysia. Semoga beliau diberikan kesejahteraan di samping keluarga serta kesihatan yang baik oleh-Nya.

Puan Siti Hajar telah mencatat sejarah sebagai guru pertama yang bersara di sekolah ini.  Majlis khas sempena persaraan beliau ini akan diadakan pada 8 Ogos 2014 (Jumaat) iaitu minggu pertama sekolah dibuka selepas cuti hari Raya Aidil Fitri 1435H/2014M.

Terima kasih cikgu!

Thursday 24 July 2014

MEMO CUTI RAYA 2014










Kepada
Semua Ibu bapa/Penjaga 
Murid SK Desa Pinggiran Putra

Tuan/Puan,

CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2014

Dengan segala hormatnya  dimaklumkan bahawa semua murid akan bercuti sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tarikh di bawah:

Mulai 26.07.2014 (Sabtu) hingga 03.08.2014 (Ahad).

Sekolah akan dibuka semula pada 04.08.2014 (Isnin)


Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Disediakan oleh;

ROSDIN IBRAHIM
PK HEM

Wednesday 23 July 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-27

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 27

Tarikh   : 22 Julai 2014
Hari      : Isnin
Masa     : 7.40-8.10 pagi
Tempat  : Dataran Perhimpunan SEDERAP
Kehadiran guru : 28/35

Guru Bertugas :
1. Puan Fauzan
2. Puan Jawahir
3. Puan Rozayma
4. Puan Ifahayati
5. Puan Iqbal Hana'

Guru tidak hadir:
1. En Rosdin - CRK
2.  Pn Norhafizah - CRK
3. Pn Ifahayati - Cuti Sakit
4. Pn Iqbal Hana' - Cuti Sakit
5. Pn Anis Farhah - Cuti Bersalin
6. Pn Umi Nazihah - Cuti bersalin
7. Pn Hannah Najihah - Bengkel

Laporan Perhimpunan:
1. Nyanyian 3 buah lagu- Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn Norwati.
2. Bacaan doa.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara, Ikrar Pengguna Jalan raya dan Ikrar Murid.
4. laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Zahrulhuda mengenai disiplin
5. Ucapan guru bertugas mingguan olehPuan Fauzan mengenai Kami Anak Malaysia.
6. Ucapan GPK Kokurikulum, Puan Salmah mengenai kehadiran murid ke sekolah dan budaya memberi salam.
7. Hal-hal lain:
  • program pendakwah cilik oleh semua murid pada jam 9.40-10.00 pagi di dewan terbuka SEDERAP.
  • Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang bagi menghormati  mangsa-mangsa nahas MH17.




Ucapan Guru bertugas



Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pengguna Jalan Raya
Bacaan Ikrar Murid


Ucapan GPK Kokurikulum


Jalur Gemilang diibarkan separuh tiang



Tuesday 22 July 2014

PENGESAHAN KELULUSAN PENEMPATAN KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2015

Ibu Bapa/Penjaga
Murid Tahun Satu 2015
SK Desa Pinggiran Putra  


PENGESAHAN KELULUSAN PENEMPATAN KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2015


1. Urusan pengesahan penempatan pelajar Tahun Satu 2015 bermula pada 1/8/2014 hingga 30/8/2014.

2. Sila  layari  laman http:// apps.moe.gov.my/esppsel  untuk menyemak keputusan penempatan.
                                 
3. Ibubapa/penjaga diminta hadir dengan membawa bersama sijil lahir anak yang asal dan surat kelulusan penempatan yang dilampirkan untuk membuat pengesahan anak masing-masing di pejabat sekolah ini dalam waktu pejabat. (8.00 pagi - 5.00 petang)

 4. Ibubapa/penjaga  juga dikehendaki mengisi borang-borang yang telah diposkan oleh pihak sekolah dengan selengkapnya dan mengembalikannya sewaktu membuat pengesahan.

4.1        Borang Tempahan Tanda Nama
4.2        Borang Maklumat Murid (Sertakan Slip Gaji Terkini)  
            4.3        Borang Pengkalan Data Murid

4. Pada masa pengesahan ibubapa/ penjaga  perlu membuat pembayaran sebanyak RM 17.00 untuk bayaran:

            4.1        Tanda Nama                              RM  5.00
            4.2        Tanda Nama Sementara          RM  1.50
            4.3        Fail Peribadi                              RM  2.50
            4.4        Buku Peraturan Sekolah           RM  3.00          
4.5        Rekod Profil Kaunse                 RM  5.00          


                                                                  RM 17.00



Disediakan oleh;

(ROSDIN B. IBRAHIM)
PK Hal Ehwal Murid
SK Desa Pinggiran Putra

Thursday 17 July 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH 2015 KINI DIBUKA



Permohonan kemasukan murid prasekolah 2015 telah dibuka mulai 1 Jun sehingga 30 Ogos 2014. Borang permohonan boleh diperolehi di pejabat SK Desa Pinggiran Putra pada waktu pejabat iaitu pada pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang setiap hari bekerja. Borang juga boleh dimuat turun dari blog sekolah. Permohonan tersebut terbuka kepada kanak-kanak Warganegara Malaysia yang berumur 5 dan 6 tahun. Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan pejabat pentadbiran sekolah.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PEMUGARAN NILAM 2014


Pada 14 Julai 2014 iaitu pada hari Isnin telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Pemugaran Nilam 2014. Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung di Dataran Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra pada pukul 7.40 pagi. Program NILAM (“Nadi Ilmu Amalan Membaca”) adalah merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah. Program Pemugaran NILAM diharapkan mampu meraih kembali minat pelajar untuk meningkatkan pembacaan. Melalui pembacaan pelbagai ilmu mampu diraih, meluaskan pengetahuan di dada, meningkatkan daya imaginasi, kreativiti serta mencetus inspirasi untuk murid bersedia memanfaatkan hidup untuk berjaya membaca adalah merupakan kunci ilmu menuju kejayaan. Di antara objektif program NILAM adalah:

1.                  1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan murid SK Desa Pinggiran Putra.
2.                 2.   Memupuk minat dan amalan membaca di kalangan murid SK Desa Pinggiran Putra.
3.                 3.   Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu.

Majlis pelancaran tersebut telah dihadiri oleh barisan guru penolong kanan, guru-guru praktikum, guru-guru dan murid-murid SK Desa Pinggiran Putra. Pengacara majlis tersebut ialah Cik Nurul ‘Aqilah binti Mohd Tahir. Majlis tersebut dimulai dengan ucapan oleh Encik Sukimin bin Juki (Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra). Di antara isi-isi ucapan beliau adalah:

1.         1.NILAM merujuk kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Nadi manusia terhasil oleh denyutan jantung dan nadi         merupakan satu indikator untuk manusia hidup. Dalam mencari ilmu, nadi seseorang manusia adalah                 membaca.
2.                2. Perkara penting bagi umat islam adalah dengan membaca. Negara yang membangun dan maju ke hadapan         adalah negara yang suka membaca.
3.                3. Setiap tahun, rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku dalam setahun. Negara kita jauh ketinggalan        dalam aspek membaca berbanding dengan negara-negara maju yang lain. Kita hendaklah sentiasa                      menunjukkan minat untuk membaca walau di mana kita berada. Contohnya di dalam kenderaan atau di              dalam kelas sewaktu menunggu guru masuk ke dalam kelas.
4.              4.    Agama islam juga menyarankan agar kita memupuk budaya suka membaca dan murid-murid datang ke               sekolah adalah untuk menimba ilmu dan membaca.
5.                5.   Pengiktirafan gangsa, perak, emas dan nilam untuk murid-murid yang rajin dan banyak membaca.
6.                6.  .Sekiranya murid-murid membaca 72-143 buah buku, mereka akan mendapat pengiktirafan gangsa.
7.                7.  Untuk mendapat pengiktiran perak, murid-murid perlu membaca 144-215 buah buku.
8.                8.  Manakala untuk mendapat pengiktirafan emas, murid-murid perlu membaca 216-287 buah buku.
9.                9. Sekiranya murid-murid membaca buku sebanyak 288 ke atas, mereka akan diberi pengiktirafan NILAM.

Majlis terus meriah dan bersemangat dengan gimik pelancaran oleh Puan Rozayma binti Zaman, Puan Noor Asiah binti Mohd Yusoof dan Cik Ili Syahirah binti Abdul Ghani (Guru-guru SK Desa Pinggiran Putra). Mereka telah melakonkan satu situasi di mana seorang peserta AF telah tersingkir. Peserta-peserta AF tersebut ialah Puan Rozayma dan Puan Noor Asiah. Manakala, peserta yang tersingkir ialah Puan Rozayma. Pengacara majlis pula dilakonkan oleh Cik Ili Syahirah. Peserta AF yang tersingkir iaitu Puan Rozayma telah membawa sebuah beg dan sekaki payung sewaku meninggalkan AF. Kemudian beliau terus berjumpa dengan Guru Besar serta menyerahkan payung dan beg tersebut kepada Guru Besar.

Majlis bertambah meriah dengan pelancaran perasmian NILAM oleh Encik Sukimin bin Juki (Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra). Guru Besar telah membuka payung tersebut dan tertera perkatan NILAM. Kemudian Guru Besar juga telah mengeluarkan banting dari beg dan melepaskan banting tersebut serta melancarkan program NILAM yang diserikan lagi dengan taburan confekti. Lagu NILAM juga berkumandang sewaktu majlis pelancaran berlangsung.


Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan guru penolong kanan, guru-guru dan murid-murid SK Desa Pinggiran Putra di atas Pelancaran Program Pemugaran NILAM pada kali pertama ini. Semoga majlis ini akan memberi manfaat kepada murid-murid SK Desa Pinggiran Putra dan terus menjadi inspirasi kepada generasi penerus bangsa.

Berikut adalah antara gambar-gambar Majlis Pelancaran Program Pemugaran NILAM 2014.











Thursday 10 July 2014

Lencana Sekolah





 PENGERTIAN LOGO

 Warna

Merah dan Kuning melambangkan bahawa SK Desa Pinggiran Putra berada di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan. Disamping itu, merah melambangkan keberanian dan kuning melambangkan kedaulatan dan rasa hormatWarna biru melambangkan perpaduan. Putih melambangkan kebersihan dan kemurnian. Hijau pula melambangkan kerohanian.

 Elemen


Roda gigi melambangkan teknologi dan lima bulatan melambangkan kesukanan dan buku melambangkan ilmu pengetahuan. Perisai melambangkan jati diri dan kekuatan warga SK Desa Pinggiran Putra dalam menghadapi cabaran pendidikan. Terdapat 4 lembaran buku yang melambangkan kehendak pendidikan di Malaysia mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani (Biru), Emosi(Merah dan Kuning), Rohani (Hijau) dan Intelektual (Putih).

Monday 7 July 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-25

Tarikh                           :7/7/2014
Hari                              :Isnin
Masa                             :7.40 - 8.10 pagi
Tempat                         :Dataran Perhimpunan, SKDPP
Guru Bertugas                :(1) Puan Suhaizan Binti Che Osman
                         (2) Puan Sha'azrina Binti Mohd Imran
                         (3) Puan Siti Hajar Binti Lebai Karim
                         (4) Puan Ili Syahirah Binti Abd Ghani
                         (5) Puan Rashidah Binti Mahmad
           
Kehadi                          Kehadiran guru              :28/30
 
Guru Tidak Hadir       :       Puan Anis Farhah – Cuti Bersalin
                           Puan Umi Nazihah – Cuti Bersalin

Laporan                    : 

1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang diketuai oleh Puan Norwati binti Mohammad Supian.
  2. Bacaan doa oleh Ustaz Zulhilmi Bin Nawawi.
  3. Bacaan ikrar Rukun Negara serta ikrar Pengguna Jalanraya yang dipimpin oleh Puan Suhaizan Binti Che Osman.
  4. Bacaan ikrar murid oleh adik Mohd. Ikmal Bin Mohd. Khafi  dari kelas 5 UPM.

 5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Norwati binti Mohammad Supian.
     Antara isi kandungannya ialah:
-    Aktiviti bagi bulan Ramadhan  bagi tahap 1 ialah tazkirah  dan tahap 2 ialah tadarus Al-Quran. Ada sebahagian murid-murid  tahap 1 tidak menyertai tazkirah dan lambat berkumpul di dewan terbuka.
-    Murid-murid diminta jangan berlari semasa keluar dari kelas bagi mengelakkan murid keletihan semasa bulan Ramadhan ini.
-    Pembelian barangan di kedai buku hendaklah secara berhemah kerana ada sebahagian murid  pergi ke kedai buku sekadar  mencuci mata dan murid dinasihatkan agar jangan mengambil kesempatan untuk mencuri semasa di kedai buku.

6. Ucapan oleh Ustaz Zulhilmi Bin Nawawi  sempena Pelancaran Ihya’ Ramadhan.
Antara isi kandungannya ialah:
-        Program yang dianjurkan bagi memperingati kelebihan bulan Ramadhan . Ustaz  menasihatkan murid-murid agar mendahului  berbuka puasa dengan memakan kurma dan bersahur   kerana kurma adalah paling afdal dan  ia merupakan salah satu sunnah nabi.
-    Sepanjang bulan Ramadhan  pelbagai program akan dijalankan   seperti :
                  * Tadarus A-l Quran  bagi Tahap 2  akan diadakan selama 2 minggu.
                  * Khatam Al-Quran  yang akan diadakan pada 18 Julai 2014 bermula pada 9.40 pagi.
                  * Pendakwah cilik yang terdiri daripada program nasyid dan bercerita.
   * Semarak jawi pula dijalankan kepada murid-murid tahap 1 yang bermula pada 14 hingga 16  Julai 2014 yang terdiri daripada menulis dan mewarna huruf-huruf jawi.
                  * Kempen memberi salam iaitu setiap bulan guru akan mencalonkan nama murid  untuk diberi penghargaan  dan dijalankan sehingga akhir tahun.
                  * Kempen menutup aurat juga dijalankan sehingga akhir tahun.
                  * Tazkirah Ramadhan  juga akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan.
   
7. Guru Besar  SK Desa Pinggiran Putra  En. Sukimin Bin Juki merasmikan  Bulan  Ihya’ Ramadhan.

8. Ucapan oleh Puan Maznah Binti  Mohd Noor selaku Guru  Penolong Kanan SKDPP.
    Antara isi kandungannya ialah:
-       Berkaitan dengan Jadual Waktu  baru yang telah diedarkan pada hari Jumaat yang lepas dan akan berkuatkuasa pada 8 Julai 2014.
-       Waktu rehat bagi setiap tahap kan diseragamkan pada 9.40 pagi.
-       Pada bulan Ramadhan ini beliau mengingatkan kepada murid-murid agar minum air yang secukupnya sekurang-kurangnya 2 gelas pada waktu berbuka,  sebelum tidur dan semasa bersahur.
9. Perhimpunan tamat dan murid-murid diminta masuk ke kelas masing-masing.

Ucapan Guru Bertugas  Mingguan


Bacaan doa oleh Ustaz Zulhilmi B, Nawawi



Pelancaran bulan Ihya' Ramadhan oleh Guru Besar SKDPP En. Sukimim b. Juki

IHYA' RAMADAN ( IHRAM )


Thursday 3 July 2014

Visi dan Misi Sekolah

VISI & MISI

Visi :

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi:

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Moto:

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa

Matlamat:

  • Menyediakan perkhidmatan terbaik dalam pentadbiran, pengurusan dan keguruan.
  • Menjadi perantara untuk murid mengembangkan potensi dan kreativiti diri.
  • Menjadi sekolah berwatak melalui pencapaian seimbang dan gemilang dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah warga dan keceriaan fizikal sekolah

Dasar Kualiti:

Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra bertekad untuk memastikan sistem pengurusan perkhidmatan pendidikan dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti bagi memenuhi kehendak dan kepuasan hati pelanggan. Proses ini melibatkan kerja sepasukan, kajian semula pengurusan dan proses penambahbaikan yang dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.

LAGU SEKOLAH

Pengenalan Lagu Sekolah

Lirik Lagu Sekolah (SKDPP) telah dicipta bersama oleh guru-guru SK Desa Pinggiran Putra. Syabas diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan mencipta lirik Lagu Sekolah yang begitu bermakna dan mendalam liriknya.

Melodi Lagu Sekolah pula telah digubah oleh Encik Mohamad Isa bin Ramlan, seorang pensyarah Muzik daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Islam Bangi. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada beliau yang telah menyumbang  idea, masa dan tenaga bagi menghasilkan sebuah Lagu Sekolah yang baik.

En. Mohamad Isa bin Ramlan


Sesi Latihan Lagu Sekolah Bersama Encik Mohamad Isa








Lirik Lagu Sekolah

Satu tekad satu tujuan
Mengorak langkah seiring wawasan
Menggapai gemilang kita jayakan
Berilmu Beramal Beriman teras pegangan

Jasamu guru tidak terkira
mendidik kami amanah ayah bonda
Berganding bahu satu suara
Doa tawakal seiring usaha

Insan cemerlang tonggak kejayaan
Ilmu disemai membenih harapan
Bakti ditabur terlaksana cita-cita
Cendiakawan SK Desa Pinggiran Putra


Panel Penulis Lirik Lagu Sekolah


Skor Lagu Sekolah






LAPORAN PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA
KEMPEN CARA HIDUP SIHAT SETTING SEKOLAH 2014
PERINGKAT DAERAH SEPANG


Tarikh               : 25 Jun 2014 (Rabu)
Masa                : 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat            : Dewan Sekolah Agama Menengah BB Salak Tinggi
Perasmi           : Dr. Hjh Ruhaini Binti Dato’ Ismail
                           Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah, Sepang.
Bilangan Murid: 11 Orang
1.    Adib Sofwan Bin Zamsari
2.    Ain Syafiah Wafiqah Binti Naszeri
3.    Fadhlina Nur Azyyatie Binti Mohd Rasbi
4.    Fareesha Najwa Binti Rosli
5.    Muhammad Haziq Hazimie Bin Rithauddeen
6.    Muhammad Nur ‘Aqashah Bin Mohd Naim
7.    Nur Farah Najeha Binti Mohamad Jefri
8.    Nurul Syamila Natasya Binti Nor Hisham
9.    Sofiah Hazwani Binti Din
10.  Nurin Amirah Zayani Binti Nasharuddin
11.  Nur Aishah Muizzah Binti Hisamuddin

Guru                : 1. Pn. Rozayma Binti Zaman (Jurulatih)
                          2. En. Zakaria Binti Saa’ri (Guru Pengiring)
                          3. Pn. Noor Asiah Binti Mohd Yusuf (Guru Pengiring)

Pencapaian     : Tempat ketiga
 
 Gambar-gambar :


 Bergambar bersama Guru Penasihat Pn. Rozayma Binti Zaman



Sedang membuat persembahan dalam pertandingan


Sewaktu menerima hadiah pemenang tempat ketiga