Monday 30 December 2019

 Taklimat Ibubapa Tahun 1 2020

Tarikh  : 28 Disemver 2019 / Sabtu
Masa    : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan terbuka


Assalamualaikum w.b.t, salam tahun baru 2020 yang bakal menjelang tidak lama lagi  buat semua warga SK Desa Pinggiran Putra. Semoga tahun baru 2020 ini akan menambah semangat dan azam kita untuk lebih berjaya dan cemerlang, insyaAllah, Allahumma Amin.

Seperti sedia maklum, SK Desa Pinggiran Putra telah mengadakan Hari Taklimat untuk ibubapa murid  Tahun 1 bagi sesi 2020. 

Seawal pagi jam 7.30 pagi SKDPP telah dipenuhi dengan kehadiran ibu bapa dan murid malah seisi keluarga . Suasana meriah dengan keceriaan anak-anak dan ibu bapa sepanjang program berjalan.

Majlis telah dimulai dengan sesi pendaftaran, taklimat semakan fail murid, taklimat ibu bapa bersama barisan pentadbir, penyerahan buku teks, pembelian buku, serta taklimat akhir daripada penyelaras tahun 1 dan PK HEM.

Majlis bersurai pada jam 11.30 pagi. Semoga program yang telah dijalankan sedikit sebanyak membantu dan memberi semangat berkobar-kobar anak-anak tahun 1 untuk hadir ke sekolah nanti.

 sesi pendaftaran bersama guru kelas dan pembantu 
ucapan aluan daripada Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra 
Taklimat ibubapa daripada Penolong Kana


taklimat berkenaan tatacara berpakaian serta hal ehwal murid daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

taklimat mengenai Ko-Akademik daripada Penolong Kanan Kokurikulum

Penyerahan buku teks untuk murid tahun 1 2020


Akhir kata,
 jutaan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Hari Taklimat Tahun 1 2020 terutamanya jawatankuasa program, Guru Besar, barisan pentadbir, guru-guru, staff, PIBG, ibu bapa dan murid-murid. Moga usaha kita mendapat redha dan berkat Allah, insyaAllah.
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !!!
buat semua warga SK Desa Pinggiran Putra, dan Selamat Maju Jaya!

Saturday 30 November 2019

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BAHAN BANTU MENGAJAR MORPHUN

Tarikh : 19 November 2019
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Dataran Ilmu SK Putrajaya Presint 11(1)

Sebanyak 8 buah prasekolah dari daerah Putrajaya dan Sepang serta 2 buah Tabika KEMAS masing-masing dari Putrajaya dan Banting telah terpilih untuk menerima bahan bantu mengajar (BBM) Morphun.

Morphun merupakan  alat mainan berunsur pembinaan berupa blok blok kecil yang telah meraih pelbagai anugerah dan penghargaan di peringkat global. Mainan manipulatif dan edukatif ini dapat membantu perkembangan  kognitif murid-murid melalui permainan kreatif, kemahiran motor halus, koordinasi mata dan tangan serta kemahiran menyelesaikan masalah.

Pengasas Bersama (Co Founder) selaku Pengarah Urusan Morphun, Mr Colin Simonds dalam penerangannya sangat menggalakkan kanak-kanak di awal usia perkembangan untuk meneroka persekitaran mereka serta tidak terikat kepada akademik semata-mata. Produk Morphun membantu anak-anak mengembangkan idea dan imaginasi melalui pembinaan dalam mereka cipta model-model yang di luar kotak pemikiran mereka. Sebagai ibu bapa, kita perlu memainkan peranan dalam memberi dorongan dan galakan kepada anak-anak dan bukannya membataskan idea-idea kreatif mereka. Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat STEM Negara, Dr. Ihsan bin Ismail. Beliau juga amat berharap usaha ini dapat meningkatkan minat serta pengetahuan pelajar terhadap sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Dalam majlis tersebut, setiap sekolah yang diwakili oleh 3 orang murid prasekolah telah menerima 4 buah kotak Morphun untuk dikongsi bersama kelas prasekolah di sekolah yang terpilih.


Gambar:

Ucapan daripada Ketua Pengarah Kanan Pusat Stem Negara, Dr. Ihsan Ismail
Penerangan daripada Mr. Colin Simonds tentang produk Morphun


Antara rekaan kreatif yang boleh dibina daripada produk Morphun


Penyerahan produk Morphun kepada SK Desa Pinggiran Putra (yang telah diwakili oleh 3 orang murid prasekolah)

Setiap sekolah menerima 4 buah kotak produk Morphun

Murid mencuba produk Morphun yang telah diserahkan

Pn. Maznah (mewakili guru besar) turut bersama dalam majlis penyerahan ini.

Bergambar kenangan bersama Mr. Collins dan Dr. Ihsan




Tuesday 26 November 2019

TAKLIMAT KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH SESI 2020

Tarikh      : 23 November 2019 (Sabtu)
Masa        : 8.00 pagi
Tempat     : Dewan Terbuka 


Ibu Bapa/penjaga telah hadir seawal jam 8.00 pagi. Mereka mula memenuhi meja pendaftaran untuk sesi pendaftaran bagi mendengar taklimat kemasukan ke Prasekolah sesi 2020. Taklimat bermula pada jam 9.00 pagi. Dimulai dengan ucapan aluan daripada Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra, En. Sukimin bin Juki.

Majlis diteruskan dengan Taklimat Prasekolah yang telah disampaikan oleh Pn. Nurulhanis binti Noh. Antara perkara-perkara penting yang telah diterangkan dalam taklimat tersebut ialah Waktu Pembelajaran Murid Prasekolah, Peraturan-peraturan Prasekolah dan juga Peranan Ibu Bapa/ Penjaga murid Prasekolah. Selesai taklimat tersebut, pelantikan AJK PEWARIS Sesi 2020 turut dijalankan. AJK terdiri daripada kaum Ibu Bapa murid yang dicalonkan. Taklimat berakhir jam 11.00 Pagi.

AJK PEWARIS Prasekolah Sesi 2020

Penasihat:En. Sukimin bin Juki

Pengerusi : En. Roslan bin Ab Rahman

Naib Pengerusi : En. Ahmad Saifudin bin Che Othman

Setiausaha ; Pn. Nurulhanis binti Noh

Naib Setiausaha : Pn. Nik Suhaila binti Nik Ahmad

Bendahari : Wan Salawati binti Wan Md. Nor

Naib Bendahari : Pn. Mona Azwa binti Azami

Juruaudit : En. Azizi bin Mohd Ali

AJK :
1. Pn. Nurul Hidayah binti Isnan
2. Cik Nur Afizah binti Azmi
3. En. Wan Muhd Amran bin Wan Mustapha
4. En. Muhamad Hafiszan bin Abu Samah
5. En. Syahful Faisal bin Abu Hassan

Gambar



Pendaftaran ibu bapa/penjaga murid Prasekolah sesi 2020


Antara ibu bapa/penjaga yang hadir ke taklimat



Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra, Encik Sukimin bin Juki 



Penolong Kanan 1, Pn Maznah binti Mohd Noor turut hadir bersama.
                                                                                                                      

Taklimat Prasekolah oleh Pn. Nurulhanis binti Noh

 Sesi pemilihan AJK PEWARIS sesi 2020


Barisan AJK PEWARIS sesi 2020