Monday 21 December 2020

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI) HOLISTIK

















Faedah Pendidikan Inklusif

 

Pendidikan inklusif memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk menjalani PdP serta bergaul bersama murid arus perdana yang lain. Pendidikan inklusif bertepatan dengan ‘Public Law 94-142 part B’ yang menyatakan bahawa pendidikan inklusif memberi peluang pendidikan kepada semua murid berkeperluan khas. Pendidikan inklusif membolehkan murid berkeperluan khas mendapat hak mengikuti pendidikan dalam suasana yang tidak terhad. Antara faedah pendidikan inklusif adalah:

 

i. Meningkatkan penerimaan murid berkeperluan khas dalam kalangan murid arus perdana dan warga sekolah.

ii. Meningkatkan akses dan peluang murid berkeperluan untuk belajar dalam persekitaran yang harmoni.

iii. Mengoptimumkan potensi murid berkeperluan dalam setiap aspek perkembangan.

iv. Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan murid berkeperluan khas.

v. Menanam sikap hormat-menghormati dan menerima perbezaan antara individu yang berbeza.

vi. Mewujudkan jalinan persahabatan antara murid untuk perkembangan sosial dan emosi yang sihat.