Friday 30 September 2016

Piala Pusingan: Juara Rumah Sukan

En. HAIRUL ANUAR BIN MOHD HASHIM telah bermurah hati untuk menyumbangkan Piala Pusingan Johan Rumah Sukan.  Beliau merupakan bapa kepada murid sekolah ini.  Terdahulu beliau juga pernah menyumbangkan jersi untuk pasukan bolasepak sekolah.

Semoga sumbangan beliau dapat keberkatan dari-Nya dan menjadi motivasi dan inspirasi kepada murid dan ibubapa lain.



En Hairul sedang menyampaikan piala sumbangannya kepada Guru Besar

Thursday 29 September 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH SK DESA PINGGIRAN PUTRA SESI 2017


Tarikh      : 22 September 2016 (Khamis)
Masa        : 2.00 petang
Tempat     : Bilik Mesyuarat Utama SK Desa Pinggiran Putra
Pengerusi : En. Sukimin bin Juki (Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra)


Pada 22 September 2016 yang lalu, Mesyuarat JK Pemilihan Murid Prasekolah Sesi 2017 telah dilaksanakan. Mesyuarat ini bertujuan untuk memilih murid- murid yang layak untuk mengisi kekosongan di Prasekolah SEDERAP untuk sesi 2017. Daripada 63 permohonan yang telah diterima dan diproses, hanya 50 permohonan sahaja yang telah terpilih berdasarkan syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Keutamaan diberikan kepada murid yang berumur 6 tahun pada tahun persekolahan semasa.  Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Tn Hj. Jailani bin Kadir selaku wakil komuniti.

Kehadiran:

1. En. Sukimin bin Juki (Pengerusi)
2. Pn. Maznah binti Mohd Noor (PK Pentadbiran)
3. Tn. Hj. Jailani bin Kadir (Wakil Komuniti)
4. Cik Nik Asmah binti Ruman (Wakil Guru Tahap 1)
5. Pn. Nurulhanis binti Noh (Guru Prasekolah)
6. Cik Nur Afizah binti Azmi (PPM)
7. Pn. Nor Hasniza binti Ismail (PPM)

Mesyuarat berakhir pada jam 3.30 petang.


Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Pengerusi, En. Sukimin bin Juki

Sesi pemilihan murid prasekolah untuk sesi 2017 berlangsung
Antara yang turut terlibat dalam Mesyuarat JK Pemilihan Murid Prasekolah Sesi 2017

En. Sukimin dan wakil komuniti, Tn. Hj. Jailani bin Kadir





Monday 26 September 2016

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM -LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KARNIVAL EKSPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2016

Tarikh                          : 26 September  2016
Hari                             : Ahad
Masa                           : 10.00 pagi -01.00 petang
Tempat                        : MAEPS Serdang
Kenderaan                  : Bas Sekolah
Guru Pengiring            : Pn Salmah binti Ismail
                                    : Pn. Fazira binti Ismail
                                    : Pn Fatimah binti Ismail (AJK PIBG)
                                    : Kumpulan Sokongan Ibu bapa
Peserta                        : 120 orang (Murid tahun 1-6)

Tempat Lawatan
1     1.   Mechatronics
2     2.  Mechanical Engineering Design  Cad
3     3.  Welding
4     4.  Aircraft Maintenance
5     5.  Plumbing & Heating
6     6. Electronics
7     7.  Web Design
8     8. Electrical Installation
9     9. Painting & Decorating
1   10.  Mobile Robotic
1   11.  Beauty Therapy
1   12.  Fashion Technology
1   13.  Automobile Techonology
1   14.  Cooking
1   15.  Graphic Design Techonology

Lawatan dapat diuruskan dengan baik. Pegawai Pengurus (Pn. Siti Rom).Murid-murid mendapat pengetahuan mengenai apa yang dilihatnya. Lawatan ini banyak mendedahkan kepada murid-murid mengenai kemahiran dan teknologi.

                                                   Laporan Bergambar






 Disediakan oleh
Salmah Ismail

Perhimpunan Rasmi Minggu 35


Tarikh:26 September 2016
Masa:7.40-8.10 Pagi
Hari:Isnin

Guru Bertugas
1)EN. MOHD FAIZUL BIN ZAKARIA
2)PN. WAN ANNA WAHIDAH BT WAN MAT TAHIR
3)PN. NUR IZZATI BINTI MUHAMMAD HAIRI
4)PN. NORWATI BINTI MOHAMMAD SUPIAN



Pengacara Majlis:En. Mohd Faizul Bin Zakaria
Pembaca Doa:Muhammad Amirul Hakim Bin Zamri
Pembaca Ikrar:Reza Rinaldi Bin Mohd Ali

1. Laporan guru bertugas minggu lepas.

Guru:Pn. Nor Herda Irdiawaty Binti Basiran
1. Murid didapati gemar berlari di kawasan sekolah terutama ketika perhimpunan pagi dan waktu rehat di kawasan kantin. Akibat perbuatan tersebut terdapat murid melanggar murid lain yang sedang membawa makanan hingga makanan tumpah. Oleh itu murid diminta agar berjalan dan tidak berlari ketika di tapak perhimpunan dan kantin sekolah.

2. Murid juga tidak peka dengan persekitaran sekolah yang kotor. Terdapat sebilangan murid yang membuang sampah merata-rata. Murid diminta agar sentiasa menjaga kebersihan kelas dan persekitaran kelas.

2.Laporan guru disiplin.

Guru:Cik Salwa Binti Mohd Hadi
1. Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan menandakan sayangkan negara. Elakkan pergerakan yang banyak semasa menyanyikan lagu kebangsaan.

2. Jaga kebersihan persekitaran sekolah tidak kira di mana berada sama ada di dalam kelas, kantin, bilik khas, pejabat, dewan terbuka atau tapak perhimpunan.

3.Jangan bercakap semasa perhimpunan. Tumpukan perhatian kepada ucapan dan nasihat guru.


3. Ucapan Pentadbir

Pentadbir:En Rosdin Bin Ibrahim
1. Buat amalan yang baik setiap hari. Guru sentiasa memberi nasihat dan peringatan yang sama setiap kali kerana ingin mendidik murid-murid bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.

2. Memandangkan peperiksaan akhir tahun semakin hampir, murid-murid hendaklah mula membuat ulangkaji dan tekun belajar supaya memperolehi kejayaan yang cemerlang.

3. Murid di harap menjaga adab semasa perhimpunan dan tidak bercakap semasa perhimpunan.

4. Penyampaian Hadiah

1.Hadiah 3K

Pemenang Tahap 1:Kelas 3 Anggerik
Pemenang Tahap 2:Kelas 5 Exora
Bacaan doa oleh Muhammad Amirul Hakim Bin Zamri


Bacaan Ikrar oleh En Faizul

Bacaan ikrar murid oleh Reza Rinaldi

Guru-guru bertugas diperkenalkan


Laporan guru bertugas minggu lepas : Pn Nor Herda

Laporan guru disiplin oleh Cik Salwa
Pemenang Hadiah 3K Tahap 1: 3 Anggerik

Pemenang Hadiah 3K Tahap 2: 5 Exora
Ucapan Pentadbir oleh En Rosdin


LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 34

Tarikh:19 Ogos 2016
Masa:7.40-8.10 Pagi
Hari:Isnin

Guru Bertugas
1)PN NORHERDA IRDIAWATY 
2)PN. NORAIDA 
3)EN. HAZIM
4)PN NURHAFIZA
5)  PN SYAJARATUDDUR (Cuti bersalin)

Pengacara Majlis:Pn Norherda Irdiawaty
Pembaca Doa:Norfizri Nazrin bin Nordin
Pembaca Ikrar:Najjmina Najjah binti Khairul Azman

1. Laporan guru disiplin.

Guru:CIK SALWA BT MOHD HADI
Murid-murid tahun 6 yang sudah habis perperiksaan UPSR diminta memberi kerjasama turut serta dan memberikan sepenuh komitmen untuk semua program pasca UPSR yang telah dirancang untuk mereka.

2. Laporan Guru Besar

1. Murid-murid datang ke sekolah bukan hanya bertujuan untuk mengembangkan kognitif sahaja, malahan banyak elemen lain yang boleh diterapkan oleh guru sewaktu PdP. Contohnya:
- Bagaima murid perlu mengamalkan sikap bekerjasama sewaktu aktiviti berkumpulan.
- Bagaimana murid perlu melaksanakan tugasan dengan penuh sistematik.

2. Sekiranya guru memberikan kerja sekolah untuk di selesikan ini adalah suatu amanah yang perlu dilaksanakan oleh murid-murid.

3. Sekiranya guru banyak bercakap di dalam kelas ini adalah satu proses pembelajaran. Guru-guru masuk ke kelas dengan tujuan untuk mengajar, mendidik tingkah laku murid-murid ke arah yang lebih baik.


Perhimpunan Rasmi ditamatkan tepat jam 8.10 pagi.

Saturday 10 September 2016

UPSR 2016

Seramai 81 calon (termasuk seorang calon menumpang) telahpun menduduki peperiksaan UPSR pada 5 hingga 8 Septembar 2016 di sekolah.  Semoga mereka beroleh kejayaan.  Terima kasih kepada semua yang menyokong dan membantu.

Sesi bacaan Yasin oleh guru dan murid

Sesi bacaan Yasin oleh guru dan murid

Lawatan En. Roslee Yaacob dari PPD Sepang

Tips pada saat-saat akhir dari guru Sains Pn Noraida


Tips pada saat-saat akhir dari guru Sains Pn Nurhafiza





Kerja Memanjangkan LAN ke Prasekolah dan Pondok Pengawal

Syarikat Omnix Sdn Bhd telah menaja pemasangan LAN ke bangunan prasekolah dan pondok pengawal.  Ini bagi memastikan cakupan bekalan internet dapat digunakan di bangunan prasekolah bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan dan p&p.

Memeriksa laluan kabel yang boleh digunakan

Kabel dimasukkan ke dalam konduit

Laluan dari bangunan sekolah

Pn. Roslida memantau kerja-kerja pemasangan

Laluan keluar dari bagunan sekolah



Sambungan ke bangunan prasekolah

Thursday 8 September 2016

Selamat Bercuti


Sekolah ditutup dari 10 hingga 18 September 2016.  Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti dan Selamat hari raya Aidil Adha buat semua murid SEDERAP. Sepanjang percutian dan perayaan ini, jaga keselamatan dan kesihatan diri.



Tidak ketinggalan pada pihak sekolah juga mengucapkan "Selamat Hari Malaysia" yang jatuh pada 16 September 2016.


Monday 5 September 2016


LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-33

Tarikh                          :  5 September 2016
Hari                             : Isnin
Masa                            : 7:40 – 8:10 Pagi
Tempat                        : Dataran perhimpunan SEDERAP
Kehadiran guru           : 25 / 40
Kehadiran guru praktikum : 4/4
Guru tidak hadir         : Pn Siti NorHazwani Binti Zainol ( cuti bersalin )
                                      Pn Suhaizan Binti Che Osman ( cuti bersalin )
                                      Pn Wan Salawati Binti Wan Md Nor ( cuti bersalin )
                                      11 orang guru pengawas peperiksaan UPSR

Guru bertugas             : Pn Noor Hayati Binti Miswan
                                      En Hassan Helmin Bin Yaacob
                                      Pn Umi Nazihah Binti Che Ghani
                                      Pn Rozayma Binti Zaman
                                      Pn Nor Sabariah Binti Awang Ngah


Taklimat disiplin oleh ustaz Hassan helmin bin yaacob

1.      Semua murid tidak dibenarkan menggunakan tangga Usman sepanjang minggu peperiksaan UPSR.
2.      Murid-murid diingatkan supaya jangan membuat bising ketika berada di dewan terbuka ketika waktu rehat.
3.      Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan tandas murid ditingkat satu untuk mengelakkan menggangu peperiksaan UPSR.
4.      Murid-murid tidak dibenarkan melalui koridor tingkat 1 yang berhampiran dengan dewan peperiksaan UPSR.


Bacaan yasin sempena hari pertama peperiksaan UPSR.

taklimat ringkas oleh ustaz Hassan Helmin






Sunday 4 September 2016

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR 2016

Seluruh warga SEDERAP mengucapkan kepada calon UPSR 201 SEDERAP...

Thursday 1 September 2016

PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN 2017 SMKA KAA SABK KRK LEPASAN UPSR 2016




Permohonan sekolah kawalan akan dibuka secara online bagi sesi ambilan Januari 2017 bermula pada 01.09.2016 hingga 30.09.2016. 
Sekolah kawalan adalah sekolah-sekolah yang diwujudkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di mana Konsep sekolah kawalan ini pula adalah untuk mewujudkan dan memantapkan kecergasan dan prestasi akademik pelajar dari tahap baik kepada yang lebih baik dan seterusnya ke tahap cemerlang. Ia juga antara usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan di negara ini untuk setanding dan setara dengan negara maju yang lain seperti Jepun.
Terdapat 6 jenis dan senarai sekolah kawalan yang ada di Malaysia iaitu :
  • Sekolah Kawalan/ Sekolah Rancangan Khas (SRK)/ Sekolah Elit/ Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN)
  • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Kelas Kawalan/ Kelas Premier
  • Kelas Rancangan Khas (KRK)/Rancangan Khas Daerah (RKD)/ Sekolah Premier
  • Kelas Aliran Agama (KAA) 

Kepada pelajar-pelajar Tahun 6 lepasan UPSR 2016 yang berminat untuk daftar permohonan sekolah kawalan Menengah Tingkatan 1 boleh mengemukakan permohonan di pautan yang disediakan di bawah. 
https://public.moe.gov.my/
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPAT)
Tarikh Rasmi Sistem Aplikasi Borang Online Permohonan Sekolah Kawalan Menengah 2017 dibuka pada  1 September 2016
Tarikh Rasmi Sistem Aplikasi Borang Online Permohonan Sekolah Kawalan Menengah 2017 ditutup pada 30 September 2016.
Sehubungan dengan itu diminta  ibu bapa / penjaga murid tahun 6 dapat mengambil tindakan segera jika berminat untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah kawalan yang dinyatakan di atas..