Thursday 28 February 2019

LAPORAN PERTANADINGAN MSSS 2019

KEJOHANAN GOLF MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR

Tempat : UPM Serdang
Tarikh :  28 Februari 2019
Peserta : Muhammad Ajmal Ajmin bin Mohd Fajri
Pencapaian : Johan MSSS Golf 2019

Akan mewakili Negeri Selangor ke Kejohanan  GOLF MSSM

SEKALUNG TAHNIAH

SEMOGA TERUS BERJAYA DI KEJOHANAN MSSM

AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM


LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM
Tarikh                     : 27 Februari 2019
Hari                        : Rabu
Masa                      : 2.30-3.30 petang
Perjumpaan           : Kelab dan  Persatuan Bil 04/2019

BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
AKTIVITI
KEHADIRAN
PELAPOR
Guru
Murid
1
Bahasa Melayu

4 Sitosina
Mencipta Pantun 4 kerat
4/4

26/28
Pn Wan Salawati
2
Bahasa Inggeris

1 Kuprum
Mengemaskini papan Kenyataan BI
3/4
27/28
Pn. Syariha
3
Agama Islam

Surau Musollah
Permainan Dam Ular
6/7
22/23
Ustazah Nurul Ruhamaak
4
Sains & Rekacipta

Bilik KH

Catan Kehadiran
2/4
23/25
Pn. Nurhafizah
5
Doktor Muda

Lobi
Taklimat Program Doktor Muda
7/7
45/46
Pn Nur Hanani
6
Komputer

Ruang legar makmal komputer

Catatan Kehadiran
4/5
36/45
Nurul Huda Hanani
7
SPBT
1 Platinum
Membina tanglung
4/4
19/20
Ustazah Noor Hayati
8
Robotik
Makmal Komputer
Penerangan Sejarah Robotik
2/2
27/31
Ustazah Salwa
9
Rukun Negara

3 Rajawali
Menyanyi dan membaca ikrar Rukunegara
2/4
26/25
Pn Nurwati
10
Kitar Semula
     Kantin                             
Catatan Kehadiran
4/5
48/52
Pn. Suraya

Jumlah Kehadiran                            :  299     
Jumlah Kehadiran Sepatutnya         :  323     
Peratus Kehadiran                        :  92.56 

RUMUSAN
Aktiviti Mingguan Kokurikulum telah dilaksanakan mengikut perancangan.  Aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik dan semua murid memberikan komitmen. Untuk Kelab Robotik fokus diberikan kepada persediaan kepada pertandingan RERO Robotik.

Disediakan oleh                                                                                               Pengesahan
        Sal
Salmah Ismail

                                                         LAPORAN BERGAMBAR



LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

Tarikh                     : 27 Februari  2019
Hari                        : Rabu
Masa                      : 3.30-4.30 petang
Perjumpaan           : Sukan dan Permainan  Bil 04/2019

BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
AKTIVITI
KEHADIRAN
Pelapor
Guru
Murid
1
Bola Baling

Padang
Latihan  Rumah Sukan
Acara:
Lari terus 100 meter
Lari terus 200 meter
8/9
47/48
Pn Siti Norhazwani
2
Bola Jaring

Padang
Latihan  Rumah Sukan
Acara:
Lari terus 100 meter
Lari terus 200 meter
7/9
52/55
Pn Wan Salawati
3
Badminton

Padang
Latihan  Rumah Sukan
Acara:
Lari terus 100 meter
Lari terus 200 meter
8/8
63/70
Ustazah Nur Izzati
4
Ping Pong

Padang
Latihan  Rumah Sukan
Acara:
Lari terus 100 meter
Lari terus 200 meter
5/6
28/31
Pn. Nurulhanis
5
Bola Sepak
Padang
Latihan  Rumah Sukan
Acara:
Lari terus 100 meter
Lari terus 200 meter
5/5
54/59
Sashi Kumar
6
Sepak Takraw

Padang
Latihan  Rumah Sukan
Acara:
Lari terus 100 meter
Lari terus 200 meter
3/4
23/27
Pn Suraya
7
Catur
Padang
Latihan  Rumah Sukan
Acara:
Lari terus 100 meter
Lari terus 200 meter
5/5
32/33
Ustazah Anis Farhah

Jumlah Kehadiran                             : 299      
Jumlah Kehadiran Sepatutnya          : 323      
Peratus Kehadiran                          : 92.56  

RUMUSAN
Aktiviti Persatuan Sukan dan Permainan  ini dapat dilaksanakan dengan baik. Latihan sukan tahunan diadakan iaitu lari terus 100 meter dan lari terus 200 meter.


Disediakan oleh                                                                                                                                Pengesahan
Sal
Salmah Ismail
PK Kokurikulum


                                           Latihan Sukan Tahunan acara 100 meter dan 200 meter



disediakan oleh
Salmah Ismail
PK Kokurikulum

Wednesday 27 February 2019

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH BAGI SESI 2020

Permohonan kemasukan ke Prasekolah sudah dibuka. Perhatian kepada ibu bapa yang mempunyai anak berumur ENAM (6) TAHUN, sila ambil perhatian:

1. Syarat kelayakan untuk memohon ke Prasekolah :

a) Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.
b) Keutamaan adalah berumur 6 tahun.
c) Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 15 Januari 2016 layak memohon tetapi bergantung kepada kelayakan dan kekosongan.

2. Permohonan kemasukan untuk murid Prasekolah bagi ambilan tahun 2020 telah dibuka pada 1 Mac 2019 sehingga 31 Mei 2019. Terdapat dua cara bagi mengisi permohonan kemasukan ke Prasekolah iaitu secara Online dan Manual.

Secara Online

a) Bagi permohonan secara Online boleh dibuat menerusi laman sesawang  ini.

https://eprasekolah.moe.gov.my/   

b) Tempoh permohonan menerusi aplikasi ini boleh dibuat mulai 1 Mac 2019 sehingga 30 April 2019.

c) Pemohon perlu mencetak borang permohonan dan menghantarnya ke sekolah beserta dokumen berkaitan sebelum 31 Mei 2019.

Secara Manual

a) Bagi permohonan secara manual boleh dibuat mulai 1 Mac 2019 hingga 31 Mei 2019.

b) Borang permohonan boleh diambil di Pejabat Sekolah.

c) Isikan dengan lengkap dan hantar semula ke sekolah beserta dokumen-dokumen yang berkaitan.


Dokumen berkaitan yang perlu diserahkan beserta borang permohonan kemasukan ke Prasekolah :

1) Salinan Mykid 
2) Salinan Surat Beranak 
3) Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa 
4) Salinan Surat Nikah / Cerai
5) Salinan Slip Gaji ibu dan bapa 
6) Pengesahan pendapatan (Bagi ibu / bapa yang tiada slip gaji) 
7) Bil utiliti
8) Sampul surat (bersetem dan beralamat sendiri)

Kesemua dokumen yang disenaraikan ini perlu DISAHKAN terlebih dahulu. 


Tuesday 26 February 2019

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE -7


Tarikh   : 25 feb 2019
Hari      : Isnin
Masa    : 7.40-8.10 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SEDERAP

Guru Bertugas :
1. Pn. Fauzan Binti Muhammad
2. Pn. Syahriha Binti Raman
3. Pn. Nurul Ruhamaak Binti Ab Rahman
4. Pn. Nurhafiza Binti Mohamad Ramdzan
5. Pn. Suraya Binti Saad
6. Cik Siti Hajar Binti Mohd Nasir
7. Haji Zulhilmi Bin Nawawi

Laporan Perhimpunan :

1. Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
    yang dipimpin oleh adik Fakhira Najwa Binti Rosli.
2. Bacaan Doa oleh adik Adam Qushairy Bin Afiszal.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pengguna Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn
    Fauzan Binti Muhammad.
4. Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh adik Ajmal Amin bin Mohd Fajri.

5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Ustazah Noor Hayati Binti Miswan
     - Teguran berkaitan dengan penggunaan tandas dengan betul. Murid-murid       
       dinasihatkan supaya mengepam tandas selepas setiap kali digunakan.
     -Orang yang dapat menjaga kebersihan, sebenarnya mereka telah mengaplikasi   
       Kata-kata “Kebersihan separuh daripada iman” di dalam kehidupan mereka.

6. Ucapan Pentadbir yang diwakili oleh Guru Besar, Encik Sukimin Bin Juki
     - Murid-murid perlu peka terhadap perkara yang sama diulang-ulang oleh guru supaya 
       perkara tersebut tidak berulang lagi..
     - Pembangunan holistik dan menyeluruh di kalangan murid-murid menjadi          
       tanggungjawab besar di kalangan para guru. Ini kerana guru merupakan e-jurutera 
       pembangunan manusia dari segi pengetahuan, sikap dan pendidikan.
     -Murid tahap 1 mulai tahun ini tiada peperiksaan dan mereka perlu fokus kepada tahap  
      penguasaan minimum.
     -Murid yang mendapat 6A tidak semestinya menjadi manusia hebat. Mereka perlu 
      belajar menghadapi pergaulan dalam sosial.
     -Murid perlu melalui ujian SEGAK untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid.


       
Pengacara Perhimpunan, Pn fauzan Binti Muhammad


Guru Bertugas Mingguan


                                        
Ustazah Noor Hayati Binti Miswan memberi laporan bertugas minggu lepas




           
Ucapan daripada Guru Besar, Encik Sukimin Bin Juki







Penyampaian hadiah kepada peserta-peserta ping pong, merentas desa dan pandu puteri tunas: