Monday 29 August 2016

LAPORAN KEM BESTARI SOLAT KALI KEDUA TAHUN 2016



Nama Program     : KEM BESTARI SOLAT KALI KEDUA TAHUN 2016
Tarikh                    : 27 Ogos 2016
Hari / Masa           : Sabtu / 07:30 am- 12: 30 pm
Tempat                   : Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra

Objektif Program : Pada akhir program ini insya Allah SWT murid dapat menguasai:
1.  Mengambil wuduk dengan cara yang betul dan dapat memahami segala perbuatan wuduk.
2.     Memahami segala perbuatan solat, sama ada dari segi rukun, syarat-syarat sah solat, sunat dan juga perkara yang membatalkan solat.
3.   Melaksanakan solat dengan sempurna, sama ada secara individu mahupun berjemaah.
4.    Menguasai bacaan dan mengaplikasikannya ketika solat dengan betul dan lancar.
5.      Seronok dan suka melaksanakan ibadat  (halaawatul iman).

Sasaran                                               : Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 5
Jumlah Kehadiran Guru                   : 10/11
Guru Praktikum                                 : 4/4
Fasilitator Jemputan IPIS                  : 20
Jumlah Kehadiran Murid                  : 255/438
Butiran Aktiviti                                  :


TAHAP 1 (TAHUN 1, 2, DAN 3)

MASA
AKTIVITI
7.30am – 8.00am
Pendaftaran
Agihan kumpulan / Memperkenalkan guru
Taklimat
8.00am – 8.45am
LDK 1 (Berpandukan silibus kelas masing-masing)
8.45am – 9.30am
LDK 2 (Berpandukan silibus  kelas masing-masing)
09.30am – 09.50am
Rehat (10 minit digunakan untuk pembarisan)
10.00am – 11.15am
LDK 2 (Berpandukan silibus kelas masing-masing)
11.15am – 12.00pm
LDK 3  Amali Solat Berjemaah
12.00pm – 12.30pm
Taklimat Akhir (Dewam Terbuka)



 













TAHAP 2 (TAHUN 4 DAN 5)

MASA
AKTIVITI
7.30am – 8.00am
Pendaftaran
Agihan kumpulan / Memperkenalkan guru
Taklimat
8.00am – 9.00am
LDK 1 (Berpandukan silibus kelas masing-masing)
9.00am – 10.00am
LDK 2 (Berpandukan silibus  kelas masing-masing)
10.00am – 10.20am
Rehat (10 minit digunakan untuk pembarisan)
10.30am – 11.10am
LDK 3  Amali Solat Berjemaah (Solat Sunat Dhuha)
11.10am – 12.00pm
LDK 2 (Berpandukan silibus  kelas masing-masing)
12.00pm – 12.30pm
Taklimat Akhir (Dewam Terbuka)
















Kekuatan Program:
          Alhamdulillah Kem Bestari Solat Kali Kedua dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pihak sekolah juga dapat sokongan tenaga pengajar dan sebagai fasilitator  seramai 20 orang guru pelatih dari  Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi Selangor, hal ini menguatkan lagi keberkesanan Kem pada kali ini. Manakala murid-murid pula, melalui program ini murid-murid dapat menguasai wuduk dan solat secara menyeluruh dari segi teori dan juga praktikal.

Kelemahan Program:
       Terdapat ramai murid yang tidak mengembalikan semula borang kebenaran ibu bapa/penjaga kepada pihak sekolah, perkara ini akan menyebabkan pihak sekolah sukar untuk membuat anggaran tempahan makanan. Kesan daripada itu juga, menyebabkan pihak guru sukar untuk membuat persediaan awal untuk merancang mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan berapa orang fasilitator pembantu untuk pecahkan murid kepada jumlah yang lebih kecil supaya pembelajaran lebih berkesan. Kelemahan kedua ialah peratus kehadiran KBS kali kedua ini juga menurun jika berbanding dengan KBS kali pertama dahulu. Terdapat pelbagai masalah dan halangan yang dikemukakan dari pihak penjaga murid melalui Group Whats App KSIB untuk menyatakan bahawa murid dibawah jagaan mereka tidak dapat hadir KBS kali kedua ini.

Cadangan Penambahbaikan:

            Mohon kerjasama dan jasa baik pihak penjaga murid untuk memberi maklum balas jika pihak sekolah ada menyediakan borang maklum balas dari penjaga murid. Selain itu juga, perlu pantau murid terutamanya murid tahun 1 dan tahun 2 supaya borang atau apa-apa surat yang dikirim oleh guru kepada penjaga betul-betul sampai kepada penjaga mereka dan bukan dibuat roket oleh mereka. Tetang masalah kehadiran, mengenakan denda atau hukuman yang sepatutnya kepada murid yang gagal menghadiri KBS. 



























Dari Abu Hurairah RA berkata" Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda: "Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah solatnya, jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung, Jika amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi. Jika terdapat kekurangan sedikit pada amalan solat fardhunya, maka Allah Azza Wajalla Berfirman: " Lihatllah ( hai para malaikat ) adakah hambaku mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan solat fardhunya?' Kemudian jika hambaku menyempurnakan solat sunat, maka solat sunat itu untuk menyempurnakan solat fardu yang kurang, kemudian seluruh amalannya diperlakukan seperti itu "

(Sahih Tirmidzi, Ibnu Majah no 193, 1425,1426 )



 


































Thursday 25 August 2016

KEM JASAMU(JARINGAN SESAMA MURID UPSR)

Tarikh: 19-21 Ogos 2016 (Jumaat hingga Ahad)
Masa: Sepenuh masa
Tempat: SEDERAP
Sasaran murid: Top 40 murid Tahun 6 SEDERAP

Kem Jasamu telah berjaya dilaksanakan pada tarikh yang dinyatakan di atas. Program ini merupakan program The Champion yang diarahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.  Nama rasmi program ialah JASAMU yang membawa makna jaringan sesama murid UPSR.  Konsep pembelajaran program JASAMU ialah jawab sampai muntah atau nama biasanya drill (latih tubi).

Program kali ni berkonsepkan kem yang mana sebahagian daripada perjalanannya memerlukan murid bertindak dan bergerak sendiri.  Terdapat blok-blok waktu yang telah ditetapkan untuk guru-guru datang bertugas.  Guru-guru yang bertugas setiap blok diminimakan bilangannya kerana konsep pembelajarannya dan aktiviti adalah supaya murid berdikari sendiri.

Berikut dikongsikan gambar-gambar sepanjang kem berlangsung: