Wednesday 26 November 2014

JADUAL PENYERAHAN BUKU TEKS SPBT 2015



Kepada semua ibubapa/penjaga

Murid SK Desa Pinggiran Putra.

Penyerahan Buku Teks SPBT untuk sesi persekolahan 2015 akan  diadakan pada ketetapan berikut,

TARIKH                        : 16.12.2014 dan 17.12.2014                      
HARI                             : Selasa dan Rabu
MASA                           : 8.30 pagi hingga 12.300 tengah hari
TEMPAT                       : Bilik SPBT (BOSS)

           Sehubungan dengan itu semua murid tahun 2 hingga Tahun 6 2015 boleh mengambil buku Teks SPBT masing-masing  pada tarikh yang dimaklumkan di atas. Ibubapa dan murid-murid perlu menandatangani borang akujanji penerimaan dan senarai semak buku yang diterima dari  para petugas. 
          
         Untuk murid tahun 1 2015 penyerahan buku teks akan dilakukan semasa Hari Orientasi Tahun 1 pada 27.12.2014 kelak.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih

Lampiran: Contoh:

SURAT AKUAN PENERIMAAN BUKU TEKS
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)


Saya ……………………………………………..……….Tahun : …………………. dengan ini mengaku  telah menerima buku sebanyak …………………..naskah daripada pihak sekolah.(seperti dilampiran A).

2.Saya memahami bahawa semua buku tersebut merupakan Hak Kerajaan Malaysia yang dipinjamkan kepada saya dan saya tertakluk kepada peraturan Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah.
3.Dengan ini saya berjanji akan menjaga buku teks dengan baik dan mematuhi peraturan peraturan SPBT iaitu:-
3.1          Membalut buku teks dengan plastic lutsinar
3.2          Membawa buku teks ke sekolah
3.3          Tidak meninggalkan buku teks di kelas atau di merata-rata tempat
3.4          Tidak meminjamkan buku teks kepada pelajar lain
3.5          Tidak menconteng, merosakkan atau menghilangkan buku teks
3.6          Mengambil dan memulangkan buku teks pada waktunya

4.Sekiranya saya melanggar peraturan tersebut, maka pihak pengurusan SPBT sekolah berhak mengambil tindakan atau meminta saya menggantikan buku yang rosak/hilang tersebut termasuk mengambil semula semua buku teks yangada pada saya.

5.Kegagalan saya mematuhi peraturan SPBT turut membolehkan pihak sekolah mengambil apa-apa tidakan disiplin terhadap diri saya.

Yang benar,                                                                                            Disahkan oleh;

……………………………………                                                ………………………………..
(                                                     )                                                (                                                  )
           Nama Murid                                                                           Guru  Kelas/Penyelaras SPBT

Tarikh : ________________                                                              Tarikh: _______________


Diakui oleh:
…………………………………
(                                                    )
Ibu/Bapa/Penjaga

Tarikh : _______________

Tuesday 25 November 2014

JADUAL OPERASI KEDAI BUKU SEKOLAH WAKTU CUTI SEKOLAH

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kedai Buku sekolah akan mula beroperasi seperti ketetapan berikut,

         Tarikh  :    mulai 08.12.2014 hingga tarikh persekolahan                                                    2015 dibuka.
         Hari      :   (Isnin hingga Jumaat sahaja) Sabtu & Ahad serta                                             Cuti Am ditutup
         Masa     :   9.00 pagi hingga 3.00 petang  
         Tempat :    Kedai Buku Sekolah

Sehubungan dengan itu murid-murid dan para ibubapa/penjaga boleh membeli buku dan keperluan persekolahan tahun 2015 pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Tuan/puan boleh mendapatkan lis buku dan senarai keperluan persekolahan di pejabat sekolah atau di Kedai Buku mulai tarikh tersebut.

Friday 21 November 2014

PROGRAM CUTI SEKOLAH MURID TAHUN ENAM, 2015

Program Daurah Remaja

Tarikh
Program
Tempat
Masa
24-29 November
2014
Daurah Penghayatan
Remaja Islam Negeri Islam
Masjid Jamiurrahmah,
Kg Limau Manis
8 pagi - 5 petang





IDKAT(Intervensi Dalam Kelas Tambahan)




Tarikh/Hari
Nama Guru
Kelas
8-9.30 pagi
9.45-11.15
1/12/ 2014
(Isnin)
Noraida/Nor Sabariah
5 UPM
Sains
Bahasa Melayu
Nor Sabariah/Noraida
5 UKM
Bahasa Melayu
Sains
2/12/2014
(Selasa)
Noraida/Nurul
5 UPM
Sains
Bahasa Inggeris
Nurul/Noraida
5 UKM
Bahasa Inggeris
Sains
3/12/2014
(Rabu)
Nurul/Nor Sabariah
5 UPM
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Nurul/Nor Sabariah
5 UKM
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
4/12/2014
(Khamis)
Nor Sabariah/Noraida
5 UPM
Bahasa Melayu
Sains
Nor Sabariah/Noraida
5 UKM
Sains
Bahasa Melayu
5/12/2014
(Jumaat)
Rozayma/Nor Sabariah
5 UPM
Bahasa Melayu
Matematik
Rozayma/Nor Sabariah
5 UKM
Matematik
Bahasa Melayu
8/12/2014
(Isnin)
Rozayma/Noraida
5 UPM
Sains
Matematik
Rozayma/Noraida
5 UKM
Matematik
Sains
9/12/2014
(Selasa)
Nurul/Rosdin
5 UPM
Matematik
Bahasa Inggeris
Nurul/Rosdin
5 UKM
Bahasa Inggeris
Matematik
10/12/2014
(Rabu)
Nurul/Rosdin
5 UPM
Bahasa Inggeris
Matematik
Nurul/Rosdin
5 UKM
Matematik
Bahasa Inggeris




Program MERKUR1




Tarikh
Nama Guru
8-9.30 pagi
9.45-11.15

12 & 15 Dis 2014
Anis Farhah
Bahasa Melayu
Sains

16 & 17 Dis 2014
Umi Nazihah
Bahasa Inggeris
Matematik

18 & 19 Dis 2014
Nurul Aqilah
Bahasa Inggeris
Matematik


Catatan:
Sila pastikan anak tuan/puan hadir ke program yang telah dijadualkan.
Sediakan makanan/minuman untuk anak tuan/puan.
Untuk Program MERKUR1, sila bawa sebarang jenis gajet(notebook, tablet, Ipad)








Tuesday 18 November 2014

Pautan Hari Anugerah Cemerlang SEDERAP

Pada 20 Novemner 2014 (Khamis) akan berlangsung Hari Anugerah Cemerlang Kali Pertama Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra.  Majlis akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Rosol bin Wahid, Pegawai Khas Menteri Pendidikan II.  Majlis akan berlangsung di Pusat Sumber Sekolah mulai pukul 8.30 pagi.  Ibubapa dan penjaga yang dijemput hadir diminta mendaftar diri di kaunter pendaftaran di lobi sekolah.

Dato' Haji Rosol
Seramai 66 orang murid akan menerima 116 hadiah dari 7 kategori iaitu NILAM, Seri Harapan, Penghargaan Kehadiran Penuh, Pelajar Terbaik Dalam Aliran, Kedudukan Terbaik Dalam Kelas,  Mata Pelajaran Terbaik dan Anugerah Sinar.  

Khusus untuk petugas berkenaan, sila klik di sini untuk mendapatkan perincian maklumat.

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 42

HARI        : ISNIN
TARIKH  : 17 NOVEMBER 2014
MASA       : 7.40 - 8.10 PAGI
TEMPAT  : DATARAN PERHIMPUNAN SEDERAP

KEHADIRAN GURU  : 26/32

GURU BERTUGAS:
a) PN IFAHAYATI BINTI ISMAIL
b) PN FAUZAN BINTI HAJI MUHAMMAD
c) PN JAWAHIR BINTI SHAHDAN
d) PN ROZAYMA BINTI ZAMAN
e) PN UMI NAZIHAH BINTI CHE GHANI
f) PN IQBAL HANA' BINTI MOHAMED RUSDI

GURU TIDAK HADIR:
a) PN NOOR HAYATI BINTI MISWAN (CUTI SEPARUH GAJI)
b) PN RASHIDAH BINTI MAHMAD (CUTI SAKIT)
c) PN ZAHRULHUDA BINTI KAMARUDIN (CUTI SAKIT)
d) PN WAN SALAWATI BINTI WAN MD NOOR (MESYUARAT BAHASA INGGERIS)
e) PN IQBAL HANA' BINTI MOHAMED RUSDI (KURSUS PSS)
f) PN HANNAH NAJIHAH BINTI RAZAK @ ABD RAZAK (CUTI BERSALIN)

LAPORAN PERHIMPUNAN:
1. Perhimpunan rasmi dimulakan dengan bacaan doa.
2. Nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negarku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara, Ikrar Penggunaan Jalan Raya dan Ikrar Murid.
4. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh En Zulhilmi iaitu:
     a. Amalan mengutip sampah di sekolah perlu dipertingkatkan lagi.
     b. Budaya salam harus diteruskan dan diamalkan selalu.
     c. Disiplin murid ketika berada di sekolah, dalam kelas dan di kantin perlu dijaga.
5. Laporan guru bertugas mingguan oleh Pn Ifahayati iaitu:
     a. Murid akan bercuti akhir tahun selama lebih kurang sebulan lebih.
     b. Jaga keselamatan diri dan kesihatan ketika bercuti dan musim hujan ketika ini.
     c. Manfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah dan berguna dengan mengulangkaji.
6. Sesi perkenalan guru baharu iaitu En Hazim Bin Harun. Beliau akan mengajar di aliran PPKI                 (Program Pendidikan Khas Integrasi).
7. Ucapan dari En Sukimin selaku Guru Besar iaitu:
     a. Pada tahun 2015 murid dijangka akan bertambah dan kelas PPKI dan Pra sekolah akan dibuka.
     b. Hasil analisis PAT (Peperiksaan Akhir Tahun) mendapati bahawa keputusan adalah tidak                    memuaskan.
     c. Semasa cuti sekolah ini ada 3 program khusus untuk murid tahun 6 sesi 2015 iaitu Program                  Anjuran Masjid berdekatan, Program zoom A dan Kelas Tambahan Intervensi.
     d. Murid dinasihatkan membeli kelengkapan pakaian sekolah seperti lencana, tanda nama, kasut              berwarna putih kecuali pengawas sekolah dan pengawas PSS.
     e. Semasa cuti sekolah murid dinasihatkan menjaga diri dan keselamatan.
     f. Memo mengenai buku teks tahun 2015 akan diedarkan pada hari ini bersama dengan surat                   makluman/ jemputan ke Program Hari Anugerah Cemerlang (HAC).
     g. Pada hari Rabu ini bersamaan 19 November 2014 akan diadakan Majlis Penyampaian Sijil                  kepada semua Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.                  Murid-murid wajib hadir.
8. Pengumuman dari Pn Rozayma mengenai keputusan PTK Doktor Muda. Seramai 10 daripada 11       calon telah mendapat keputusan yang cemerlang.

Murid berdoa

Bacaan ikrar.



Laporan guru bertugas minggu lepas.

Laporan guru bertugas mingguan.

Salam perkenalan guru baharu En Hazim. 

Anak-anak SEDERAP.

Ucapan Guru Besar.

Guru penasihat Kelab Doktor Muda.

Sunday 16 November 2014

PELAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM PENUTUP HARI KOKURIKULUM SK DESA PINGGIRAN PUTRA 2014


Tarikh    :10 Nov 2014 - 13 Nov 2014
Hari       : Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis
Tempat  : Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra

1.       OBJEKTIF PROGRAM
3.1          Memupuk semangat bekerjasama  dan mengamalkan semangat persaingan yang sihat.
3.2          Memupuk semangat  bersatu padu  dalam satu kumpulan  sama ada persatuan, kelab atau    unit kokurikulum.
3.3          Melahirkan murid yang berketrampilan  dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang    bertanggungjawab.
3.4          Menggalakkan murid berusaha dalam pelbagai aspek terutamanya kepimpinan serta dapat    memupuk sikap disiplin yang tinggi.
                 3.5            Memberi peluang kepada murid-murid yang berminat untuk lebih aktif dalam bidang                                            kokurikulum

                                                                                            PELAKSANAAN PROGRAM
Bil
Tarikh
Aktiviti
Penyertaan
Tugasan
Catatan
1
10 Nov 2014
Isnin
Program Kelab Doktor Muda
 Ceramah Kesihatan- Makanan Sihat
Kepentingan sarapan pagi
Pameran Kesihatan

Semua murid
Pn. Rozayma dan AJK



Pejabat Kesihatan Daerah Sepang
2
11 Nov 2014
Selasa
Prog. Sahsiah Diri Cemerlang
Ceramah Bahaya Dadah dan Rokok
Pameran AADK
Mewarna
Permainan dam ular gergasi

Program Kepimpinan
Pemilihan Pasukan Kawad Kaki
Latihan Bacaan Doa
Latihan Bacaan ikrar

Semua murid






Murid Thp 2
Pengawas
Pn. Norwati
Pn. Suhaizan
Pn. Jawahir




Pn. Zahrulhuda
Pn. Rashidah
AADK Malaysia

3
12 Nov 2014
Rabu
Program Perkhemahan
Program Ketuhar Solar
Memasak (Tenaga Suria)

Semua murid Tahap Dua
Pn. Zahrulhuda
En. Zakaria
Pn. Wan Salawati
Pn. Norwati
Cik. Nurul Aqilah

Fasilitator Jemputan
En. Ahmad Fuad bin Abd. Salim
4
13 Nov 2014
Khamis
Hari Usahawan (PBB)
Pengakap
Tunas Kadet Remaja Sekolah
Pandu Puteri Tunas
Pergerakan Puteri  Islam

Semua murid

Pn. Noraida
Pn. Norasiah
Pn. Noor Sabariah
Penglibatan
1.Unit PBB & Persatuan
2.Biro Kokurikulum
Komuniti

Buat pertama kalinya,  Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra telah mengadakan Program Penutupan Hari Kokurikulum bagi tahun 2014. Program ini adalah merupakan program terakhir selepas kesemua aktiviti kokurikulum dilaksanakan dari bulan Januari hingga Oktober. Walaupun usia sekolah ini amat muda namun apa jua program kokurikulum dapat dilaksanakan seperti sekolah lain.

Selain objektif utama adalah untuk menarik minat serta menggalakkan murid-murid berminat dengan aktiviti kokurikulum,  disamping itu juga dapat memupuk semangat kekitaan di kalangan guru serta warga `SEDERAP`. Tidak lupa juga turut diadakan  senaman 1Murid 1Sukan  yang dikendalikan En. Maz Azlee.
Program ini berjaya dilaksanakan disebabkan komitmen yang diberikan oleh semua guru, murid-murid serta warga sekolah dan komuniti. 

Terima kasih kepada semua guru, murid-murid serta warga `SEDERAP` yang telah menjayakan Program Penutupan Hari Kokurikulum SK Desa Pinggiran Putra 2014.

                                                                                 CERAMAH KESIHATAN
Pegawai Kesihatan PKD sedang memberikan ceramah
Murid-murid melihat pameran yang disediakan oleh PKD

                                                      CERAMAH MOTIVASI DAN CERAMAH BAHAYA DADAH

                                                              PERMAINAN DAM ULAR
SOALAN KUIZ

                                                                       PAMERAN AADK

PROGRAM KETUHAR SOLAR(Jurulatih Utama En. Ahmad Fuad bin Abdul Salim)
                                                                                        Membina Ketuhar Solar
Penerangan mengenai kepentingan tidak membazir tenaga  elektrik

Murid-murid membina Ketuhar Solar dan Ketuhar yang sudah siap dijemur di bawah panas matahari


Turut diajar Tepuk Semangat TKRS

SENAMAN 1 MURID 1 SUKAN

HARI USAHAWAN
Taklimat Hari Usahawan oleh Pn Rozayma
Warga SEDERAP bekerjasama menyediakan jualan Hari Usahawan
Suasana Hari Usahawan SEDERAP

Berusaha menarik perhatian pembeli

Komuniti yang turut hadir membeli sambil menderma

Hasil Jualan Hari Usahawan - Gerai TKRS

Sedang berbincang untuk membeli

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SEDERAP.
ANDA SEMUA HEBAT