Tuesday 27 February 2018

Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu (1) 2019/ 2020

Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu (1) 2019/ 2020 – Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah (kemasukan murid tahun 1 2019/ 2020) ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah. Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral. Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Kemasukan Murid Tahun Satu (1)
1. Maklumat mengenai permohonan kemasukan Tahun 1 ambilan 2019/ 2020 adalah seperti berikut:Permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM – hanya untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan adalah secara manual melalui sekolah.

    • Dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018
    • Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
    • Kemasukan Tahun 2019 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.
    • Kemasukan Tahun 2020 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.
            
2.   Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara atas talian    dengan mengisi butiran diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018 untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen.

3 . Sila bawa bersama dokumen berkaitan seperti berikut ; dokumen yang diperlukan  
   a.  Sijil lahir anak berkenaan (asal dan 1 satu salinan) 
   b.  Kad pengenalan ibu bapa / penjaga asal dan 1 salinan bagi                                 kedua-dua ibu bapa) 
   c.  Surat nikah / surat cerai (asal dan 1 salinan) 
   d. (Bukti alamat tinggal) salinan bil elektrik / bil air / cukai pintu /
        perjanjian jual beli 
   e.  Sampul surat bersaiz 6" x 9" dan setem berharga RM1.00 
   f.   Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)


Monday 26 February 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-8

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 8

Tarikh                          : 26 Februari 2018
Hari                             : Isnin
Masa                            : 7:40 – 8:10 Pagi
Tempat                        : Dataran perhimpunan SEDERAP

Guru bertugas             : Pn. Syajaratuddur bt Mahamod
                                      Pn Norlizawati bt Mohd Razali
                                      Cik Nurul 'Aqilah bt Mohd Tahir
                                      Pn Suhaizan bt Che Osman
                                      Pn Syahriha bt Raman
                                      Pn Norwati bt Mohammad Supian

Laporan guru bertugas Minggu Lepas (Pn Noraida bt Abd Aziz)

1.      KANTIN                                                                                                
      - Murid diingatkan supaya hadir awal ke sekolah sebelum pukul 7.30 pagi.
      - Murid dilarang membiarkan bekas makanan dan minuman  di dewan terbuka selepas waktu rehat.
-     - Murid RMT hendaklah mengambil makanan yang telah disediakan untuk elakkan pembaziran.
-     - Murid hendaklah memastikan kelas bersih dan kemas pada waktu akhir pembelajaran.


       Ucapan pentadbir (Encik Rosdin bin Ibrahim)
       -Murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti di sekolah dan  di luar sekolah.
-     - Menghargai  kehadiran ibubapa ke Mesyuarat Agung PIBG yang telah dijalankan pada 24 Februari 2018.
-     - Murid sekali lagi diingatkan supaya untuk datang awal ke sekolah sebelum pukul 7.30 pagi.
      
       Hal-hal lain:
      - Penyampaian sijil
        - Sirkit sportexcel Golf Remaja 2018 (Muhammad Ajmal Amin)
        - MSS Selangor Renang Freestyle 200m (Muhammad Al-Luqman)

Guru-guru bertugas
                                                              
Sirkit Sportexcel Golf Remaja Malaysia 2018

MSS Selangor Renang Freestyle 200m
Ucapan Pentadbir

Saturday 24 February 2018

LAWATAN KERJA AMAL KE RUMAH ORANG TUA AL-IKHLAS PUCHONG

Tarikh: 24 Februari 2018
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 pagi-12.30 tengahari
Tempat: Rumah orang tua Al-Ikhlas Puchong
Sasaran: Pembimbing Rakan Sebaya dan ahli Kelab Rukun Negara


Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN) merupakan salah satu program yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia demi menghargai warga emas di kalangan murid sekolah.  Untuk mencapai hasrat tersebut, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Desa Pinggiran Putra bersama-sama dengan Kelab Rukun Negara SEDERAP telah bersepakat melaksanakan program tersebut di rumah orang-orang tua.  Rumah orang tua yang dipilih oleh kami adalah Rumah Orang Tua Al-Ikhlas Puchong, Selangor. Kumpulan murid yang mengikuti lawatan kerja amal tersebut adalah Pembimbing Rakan Sebaya dan Ahli Kelab Rukun Negara.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti gotong royong, beramah mesra dengan warga emas dan penyerahan sumbangan kepada rumah orang tua tersebut.  Menurut penyelia rumah orang tua tersebut, kebanyakan penghuni yang di hantar terdiri daripada dua kategori iaitu penghuni yang tiada waris(Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan penghuni yang mempunyai waris(ahli keluarga sendiri yang hantar).  Seramai 43 orang penghuni yang terdapat disitu dan semuanya beragama Islam.

Semoga dengan adanya program ini dapat menyemai rasa tanggungjawab murid-murid untuk menjaga orang tua mereka sekaligus lebih menghargai warga emas.























Thursday 22 February 2018

KAUNSELING BERFOKUS: CERAMAH TENTANG BULI

Tarikh: 22 Februari 2018
Hari: Khamis
Masa: 10.30 pagi-12.30 tengahari
Sasaran: Semua murid SK Desa Pinggiran Putra
Penceramah: Inspektor Haji Muaz  bin Abdullah Habib



  • Ceramah tentang buli telah berjaya dilaksanakan  pada ketetapan yang dinyatakan di atas.  Semua murid SK Desa Pinggiran Putra terlibat dengan sesi ceramah tersebut.  

  • Berdasarkan aduan daripada murid-murid dan guru-guru SK Desa Pinggiran Putra, isu ejek mengejek sesama rakan semakin hari semakin kerap berlaku.  Sesi kaunseling yang dijalankan melalui aduan beberapa orang murid juga kebanyakan kes ejek mengejek.  Ejek mengejek sehingga mengganggu emosi orang yang diejek  merupakan salah satu ciri-ciri buli.  Unit Bimbingan Kaunseling amat memandang serius mengenai perkara ini. 
  • Semoga sesi ceramah ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang buli.


















PROGRAM INSPIRASI BERSAMA BEKAS MURID CEMERLANG UPSR

Tarikh: 21 Februari 2018
Hari: Rabu
Masa: 8 pagi hingga 12.30 tengahari
Sasaran: Semua murid Tahun 6

Program inspirasi bersama bekas murid UPSR telah berjaya dilaksanakan pada ketetapan yang dinyatakan di atas kepada semua murid Tahun 6.  Fasilitator yang dijemput untuk mengendalikan program tersebut terdiri daripada bekas murid cemerlang UPSR dari SK Dato' Abu Bakar Baginda.  Fasilitator terlibat telah berkongsi ilmu tentang cara-cara mengulangkaji pelajaran dengan betul, teknik belajar berkesan,hala tuju selepas UPSR  dan perkongsian tentang sekolah berasrama penuh serta sekolah tahfiz. 

Program ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada murid Tahun 6 untuk berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat yang diimpikan.  Berikut gambar-gambar yang diambil sewaktu program dijalankan.















Wednesday 14 February 2018

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-5

Mesyuarat Agung PIBG kali-5 akan diadakan pada 24 Februari 2018, bermula jam 8 pagi- 12.30 tgh hari. Selain bermesyuarat, pelbagai aktiviti dan jualan juga diadakan. Para ibubapa bolehlah membawa anak masing-masing untuk turut serta dengan aktiviti yang dijalankan. Datanglah beramai-ramai.

Antara aktiviti yang diadakan ;

Pelbagai gerai makanan dan minuman.
permainan 'outdoor' yang menarik.
Gerai jualan FAMA.
Petting zoo - Arnab
Cabutan bertuah pelbagai hadiah menarik seperti basikal dan banyak lagi....

Datanglah beramai-ramai.....


Tuesday 13 February 2018

Majlis Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang

Sambutan Hari Lahir Murid (Januari & Februari)

Tarikh : 12 Februari 2018
Hari    : Isnin
Masa  : 8.50 - 9.10 pagi
Dataran Perhimpunan

Unit Bimbingan & Kaunseling telah melancarkan Program Amalan Guru Penyayang yang telah dirasmikan oleh Tn Guru Besar, En Sukimin Bin Juki. Sebanyak 62 buah kek telah disumbangkan oleh para ibubapa yang anaknya menyambut hari lahir pada bulan Januari dan Februari 2018.  Ini merupakan program yang pertama diadakan melibatkan sumbangan kek daripada ibubapa. Program sambutan hari lahir ini bakal diadakan dua bulan sekali bagi memberikan peluang yang sama kepada murid lain.
Program berakhir dengan sesi jamuan makan kek kepada semua warga sekolah di kelas masing masing dengan diuruskan oleh guru kelas dan pembantu guru kelas.