Tuesday 27 January 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN MINGGU KEDUA

TARIKH        : 26 JANUARI 2015
HARI              : ISNIN
MASA            : 7.40 PG-8.10PG

GURU BERTUGAS: 

            1) PN. NOOR ASIAH BT. MOHD YUSOF
            2) PN. NURULHANIS BT NOH
            3) PN. FAUZAN BT MUHAMMAD
            4) PN. NORSABARIAH BT AWANG NGAH
            5) TN.HJ. ZULHILMI BIN NAWAWI
           

KEHADIRAN GURU:  25/33

GURU YANG TIDAK HADIR

1) Pn. Hannah Najihah (cuti bersalin) diganti oleh Pn. Irmaniarti bt. Nazar.
2) Pn. Siti Norhazwani bt. Zainol (Cuti Separuh Gaji)
3. Pn. Suhaizan
4. Pn. Ifahayati
5. Pn. Sha'azrina
6. Pn. Anis ( Ping Pong)
7. Pn Yatimah ( CRK)
8. Pn. Maznah ( Bengkel)

Laporan 
1. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh Pengawas yang bertugas
2. Nyanyian 3 buah lagu - lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor  dan lagu sekolah
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Jalanraya.
4. Bacaan ikrar murid oleh Pengawas yang bertugas
5. Ucapan guru bertugas minggu lepas.
    i) Mengingatkan murid untuk membuang sampah dalam tong sampah yang disediakan
6. Ucapan guru bertugas Minggu ini.
    - Memberi Amaran kepada pelajar yang terlibat dengan Membuang basikal rakan ke dalam tong sampah
   
7. Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas sekolah dan Pengawas Pusat Sumber sekolah oleh Guru Besar En. Sukimin bin Juki.   


Watikah perlantikan Pengawas sekolah


Sunday 25 January 2015

LAPORAN PERTANDINGAN MERENTAS DESA 2015

Nama Pertandingan                        : Pertandingan Merentas Desa MSSD Sepang
Tempat                                            : SK Sungai Rawang
Pengelola                                        : SK Sungai Pelek
Tarikh Pertandingan                       : 20 Januari 2015
Masa                                               : 8.00 pagi – 12 tengahari
Yuran Pertandingan                        : RM 6.00
Pengurus Pasukan                           : En. Maz Azlee bin Azahari
Jurulatih                                          : Cik Ili Syahirah binti Abd. Ghani
Kategori                                          : Lelaki 12 tahun
                                                        : Perempuan 12 tahun
Jumlah peserta pertandingan          : 150 orang

Peserta Pertandingan (L)
Bil
Nama Peserta
Kelas
Keputusan
1
Noorsyakirin
6 UKM
No. 72
2
Muhamad Al-Bukhori
5 Marikh
No.73
3
Zarul Syafiq
5 Marikh
No. 92
4
Umar
5 Marikh
Tiada nombor
5
Muhamad Aqashah
5 Marikh
No.80

Peserta Pertandingan (P)
Bil
Nama Peserta
Kelas
Keputusan
1
Wafiqah
5 Utarid
No.53
2
Julia Arisha
5 Utarid
No.73
3
Auni Balqis
5 Utarid
No.75
4
Puteri Anis Sofea
6 UPM
No 42
5
Ezwanna
6 UPM
No.72


 
Peserta Pertandingan bersama jurulatih : Cik Ili Syahirah

Bersedia untuk memulakan pertandingan

Bergambar sebelum pertandingan
 

Bersedia untuk bertanding
Peserta Perempuan sedang memulakan larian

Peseta lelaki sedang bertanding


Bersaing dalam pertandingan

Cadangan penambahbaik:
Pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah diadakan lebih awal atau pada sebelum cuti penggal akhir persekolahan  bertujuan untuk mencari peserta dan akan dilatih pada Januari tahun berikutnya.
Terima kasih kepada En. Maz Azlee dan Cik Ili kerana kerjasama yang diberikan dalam melatih peserta pertandingan seterusnya membawa peserta ke tempat pertandingan dengan selamat.


Friday 16 January 2015

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

Program Transisi Tahun 1 dilaksanakan bermula 12 Januari sehingga 23 Januari 2015 sepanjang waktu persekolahan.

Tujuan program
  • Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru - guru dan rakan - rakan baru dalam masa yang singkat.
  • Guru dapat menyelaraskan keperluan pelajar dari segi kognitif, emosi dan jasmani secara menyeluruh sebelum memulakan proses pembelajaran secara formal di tahun 1.
  • Meningkatkan semangat dan minat pelajar untuk terus belajar dalam suasana yang baru.
  • Memperolehi kemahiran asas mengikuti sukatan pelajaran tahun 1.
  • Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam kelas tahun 1.
  • Menyatupadukan pendekatan Pra Sekolah dengan Program KSSR di tahun 1.
Gambar - gambar sekitar perlaksanaan Program.








Tuesday 13 January 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN MINGGU PERTAMA

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN MINGGU PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2015

TARIKH        : 12 JANUARI 2015
HARI              : ISNIN
MASA            : 7.40 PG-8.10PG

GURU BERTUGAS: 

            1) PN. NORAIDA BT. ABD AZIZ
            2) PN. SHA`AZRINA BT. MOHD IMRAN
            3) PN. ANIS FARHAH BT. MD ISA
            4) PN. NURHAFIZA BT. MOHAMAD RAMDZAN
            5) PN. UMI NAZIHAH BT. CHE GHANI
            6) PN. YATINMA @ YATIMAH BT. ABDUL

KEHADIRAN GURU:  32/33
1) Pn. Hannah Najihah (cuti bersalin) diganti oleh Pn. Irmaniarti bt. Nazar.
2) Pn. Siti Norhazwani bt. Zainol (Cuti Separuh Gaji)

Laporan 
1. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust. Zulhilmi.
2. Nyanyian 3 buah lagu - lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor  dan lagu sekolah
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Jalanraya.
4. Bacaan ikrar murid oleh adik Aini Sofea
5. Ucapan guru bertugas minggu ini.
    i)  memperkenalkan guru-guru bertugas
    ii) tema: Mematuhi peraturan sekolah
   
      Waktu persekolahan:
       tahap 1   7.40 - 1.10
       tahap 2   7.40 - 1.40
       rehat tahap 1 dan 2  9.40 - 10.10
    iii) pakai lencana disebelah kiri dan tanda nama di sebelah kanan
    iv) ibubapa pelajar tahun 1 dibenarkan menunggu anak dalam kawasan sekolah selama   3 hari sahaja

 
6.Ucapan Guru besar.
i) Semua warga sekolah perlu berganding bahu memajukan sekolah.
ii) Pertambahan kelas Prasekolah dan kelas PPKI
iii) Program transisi tahun 1 dan PMD (Program Maju Diri) tahap 2 akan diadakan pada minggu ini.
iv) Jika hadir lewat ke sekolah beratur di belakang semasa perhimpunan pagi.
v) Hormati sesama rakan
 
 
Ucapan guru bertugas
 
 
Pelajar mengaminkan doa
 
 
Nyanyian 3 buah lagu
 
 
Ikrar guru
 
 
 
Ikrar murid
 
 
 
 Ucapan Guru Besar
 
 
 
 
 

 
 
 
Disediakan oleh

Pn.Anis Farhah bt. Md. Isa

Saturday 10 January 2015

PELAKSANAAN PROGRAM MAJU DIRI MURID TAHUN 4, 5 DAN 6

Tarikh    : 13, 14 dan 15 Januari 2015
                   (Selasa, Rabu, & Khamis)
Masa     : 10.10 pagi  hingga 1.40 petang

Tempat   : Kelas Tahun 4, 5 dan 6/ Dewan Terbuka/Dewan Sekolah

Program Maju Diri (PMD) merupakan program tahunan yang perlu dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan pada semua murid-murid Tahap 2 di Negeri Selangor. Program ini dirancang khusus untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama antara murid serta meningkatkan pengetahuan kemahiran belajar dan pengurusan diri di kalangan murid-murid Tahap Dua. Objektif pelaksanaan program ini adalah:


3.1 Meningkatkan minat dan motivasi murid-murid untuk belajar
3.2 meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi
3.3 meningkat kemahiran mengurus diri dan masa
3.4 Meningkatkan integrasi murid-murid berbeza latar belakang
3.5 Melahirkan murid-murid cemerlang sahsiah diri dan akademik

Antara modul yang akan dijalankan semasa Program Maju Diri

MASA/HARI
10.10 -11.10
11.10 – 12.10
12.10 - 1.10
1.10 -1.40

SELASA
13.01.2015
Ice breaking/
Suai Kenal
(Dewan Terbuka)
Identiti kumpulan
(Dewan Terbuka)
Ujian Pra Personaliti
      ( Kelas)
Wajah Siapakah aku
(Kelas)

RABU
14.01.2015
Ice Breaking
Si Butaku sayang
(Dewan Terbuka)
Gelung Rotan Ajaib
(Dewan Terbuka)
Minat dan cita-cita
(Kelas)

Impianku
    (Kelas)
KHAMIS
15.01.2015
Melengkapkan Profil Diri dan B&K
(Kelas)

Logamaya
(Dewan Terbuka)
Oh Dimana ?
(Dewan     Terbuka)
Ujian Pasca Personaliti/
Akujanji buat Ayah dan Ibu
(Dewan Terbuka)

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

Kepada
Ibubapa/penjaga
Murid Tahun 2 hingga Tahun 6
SK Desa Pinggiran Putra

Dimaklumkann bahawa penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan  berjumlah RM100 ( Satu Ratus Ringgit)  bagi Murid tahun 2 hingga Tahun 6 akan di adakan pada ketentuan berikut;

     Tarikh     :    14 Januari 2015 (Rabu)
     Masa      :    12.30 tengah hari hingga 2.00 petang
     Tempat   :     Kelas anak masing-masing

Bayaran secara tunai hanya diberi kepada ibu/bapa/penjaga murid sahaja. Sila bawa bersama kad pengenalan asal ibu /bapa /penjaga murid.

Sila hadir mengikut pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan bagi kelancaran pembayaran tersebut.

Bagi murid Tahun 1, pembayaran Bantuan Khas Awal Persekolahan akan diadakan pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian oleh pihak sekolah.

Tuesday 6 January 2015

Program Transisi Tahun 1 2015



Program Transisi Dan Guru Penyayang Tahun 1 2015 akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh :12 - 23 Januari 2015 (dua minggu)
Masa : 7.40 - 1.10 tgh...
Perhatian kepada Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid Tahun 1. Sehubungan itu, diminta anak-anak di bawah jagaan tuan/puan/penjaga membawa barang-barang keperluan berikut :
1. Peralatan menggosok gigi (cawan plastik, berus gigi dan ubat gigi).
2. Gunting, gam, peralatan menulis, pensel warna dan buku 'K' (komunikasi).
3. Memastikan anak-anak jagaan tuan/puan memakai pakaian sukan yang lengkap (t-shirt putih & seluar track) pada setiap hari Rabu sepanjang tempoh orientasi.
Terima kasih, harap maklum.