Friday 31 October 2014

KLINIK 1 MURID 1 SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEPANG 2014


Tarikh : 27-28 Oktober 2014 (Sekolah Rendah)
              29-30 Oktober 2014 (Sekolah Menengah)
Masa : 8.00 pagi - 4 petang
Tempat : SK Desa Pinggiran Putra

Pada hari Isnin hingga Khamis yang lepas, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang telah menganjurkan satu program 1 Murid 1 Sukan peringkat daerah Sepang di SEDERAP. Sekolah-sekolah di dalam daerah sepang telah menghantar seorang murid bagi sekolah rendah dan empat orang murid bagi sekolah menengah ke program tersebut. Program yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mendidik murid tentang latihan serangan, mengadang dan menjaring bagi sukan permainan, Ia merangkumi banyak jenis sukan yang diajar sewaktu program itu. Bagi sekolah menengah pula, banyak diajar cara bagaimana untuk menganjurkan sesuatu pertandingan atau kejohanan. Ia bagi menolong guru-guru di sekolah mereka menganjurkan sukan tahunan dan juga acara-acara sukan yang lain. Program selama dua hari bagi sekolah rendah dan dua hari bagi sekolah menengah ini banyak memberi manfaat bukan sahaja kepada murid malah ia juga memberikan idea dan semangat kepada guru-guru yang terlibat. Secara tidak langsung guru-guru boleh mengimplentasikan modul di dalam program ini untuk dilakukan ke dalam program sekolah masing-masing pula. Diharapkan pada tahun-tahun hadapan akan diteruskan lagi program seperti ini untuk melonjakkan sukan daerah Sepang setanding dengan daerah-daerah yang lain.
Majulah sukan untuk daerah Sepang.









Antara latihan-latihan yang diberikan kepada murid-murid

Tuan Pegawai PPD En Norazlan menyemak kehadiran sekolah yang menyertai program 




Murid membuat model roket menggunakan surat khabar lama





Majlis perasmian penutup oleh Puan Salmah Bt Ismail GPK Kokurikulum SEDERAP


Sijil penyertaan diberikan kepada murid-murid yang menyertai

Thursday 30 October 2014

MEMO- PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK - UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

                Pentaksiran Psikometrik (PPsi) adalah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PPsi menggunakan instrumen pentaksiran Ujian Aptitud dan Inventori Personaliti, yang tidak berasaskan kurikulum.Tujuan pentaksiran ini adalah untuk  mengukur kebolehan semulajadi dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran. 
               Maka Ujian Aptitud Am diperkenalkan tepat pada masanya kerana satu daripada aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) adalah setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Maklumat daripada ujian ini boleh membantu guru mengenali keupayaan kognitif kemahiran berfikir aras tinggi murid.
             Justeru Ujian Aptitud Am Tahun 3 akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut;

            Tarikh               : 3 November 2014  (Hari Isnin)
            Masa                 :  8.15 pagi.
            Murid terlibat   : Murid Tahun 3 sahaja.

            Format Instrumen Ujian Aptitud Am Tahun 3 mempunyai tiga komponen utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Terdapat 80 item objektif aneka pilihan bagi instrumen ini, 30 item menguji aptitud Bahasa Melayu, 30 item menguji aptitud Bahasa Inggeris dan 20 item menguji aptitud Matematik. Ujian ini mengukur kemahiran menaakul (reasoning) dan kemahiran penyelesaian masalah. Tempoh ujian ialah 1 jam 30 minit dan diwajibkan kepada semua murid Tahun 3.
           Sehubungan itu semua murid tahun 3 diharapkan bersedia dan diwajibkan hadir pada hari tersebut.Kerjasama daripada ibubapa dan penjaga amat diharapkan untuk memastikan anak-anak tuan/puan hadir kesekolah.



Tuesday 28 October 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-39

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-39

Tarikh : 27 Oktober 2014
Hari : Isnin
Masa : 7.40 Pagi - 8.10 Pagi
Tempat : Dataran SEDERAP
Kehadiran : 25/30
Guru Bertugas : 1) Pn. Sha'azrina bt Mohd Imran
2) Pn. Nurul Hidayah bt Wahid
3) Pn. Sabariah bt Awng Ngah
4) Cik Salwa bt Mohd. Hadi
5) En. Maz Azlee bt Azahari
Guru Tidak Hadir : 1) Pn. Nor Hayati bt Miswan (Cuti separuh gaji)
2) Pn. Nurhafiza bt Mohamad Ramdzan (Kursus Pemantapan Pedagogi)
3) Cik Ili Syahirah bt Abd Ghani (Simposium Komuniti Pembelajaran)
4) Pn. Maznah bt Mohd. Noor (Simposium Komuniti Pembelajaran)
5) Pn. Fauzan bt Muhammad (Bengkel Verifikasi Data)

Laporan Perhimpunan :
6.1 Perhimpunan awal pagi berjalan baik dan lancar
6.2 Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Cik Nurul Aqilah
6.2.1 Disiplin di kantin : Pinggan dan cawan yang telah digunakan hendaklah diletak di dalam besen yang disediakan.
6.2.2 Basikal : Pelajar diminta menyusun basikal dengan tertib di tempat basikal dan memastikan basikal dibreak menggunakan break basikal dan bukan menggunakan kaki untuk mengelakkan kecederaan.
6.2.3 Dewan terbuka : Pelajar diminta tidak membuat bising ketika berada di dewan terbuka.
6.3 Taklimat peperiksaan oleh Pn. Nurul Hidayah :
6.3.1 Tahun 5 akan menjalani peperiksaan pada pukul 8.40 Pagi manakala tahun 1-4  akan bermula selepas rehat bagi hari isnin.
6.3.2 Pelajar diminta membawa alat tulis yang lengkap sewaktu peperiksaan dan tidak meminjam alat tulis rakan.
6.3.3 Beg hendaklah diletakkan di belakag kelas semasa peperiksaan dijalankan.
6.3.4 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas 5 miit sebelum peperiksaan berakhir.
6.3.5 Pelajar dilarangmembuat bising sewaktu peperksaan berjalan.
6.4 Taklimat disiplin oleh Puan Zahrul Huda :
6.4.1 Kehadiran pelajar ke sekolahamat tidak memuaskan, pelajar diharap hadir ke sekolah setiap hari sekiranya tiada sebab-sebab yang munasabah.
6.4.2 Pelajar tahap 2 iaitu tahun 4 dan 5 diminta mengikut peraturan sekolah mengenai rambut dan uniform.
6.4.3 Pelajar juga diminta memotong kuku.
6.5 Ucapan En. Sukimin bin Juki (Guru Besar):
6.5.1 Guru mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan.
6.5.2 pelajar diminta menjaga kebersihan terutamanya di kantin sekolah.
6.5.3 Pelajar juga diingatkan menghormati orang lain dan memberi salam kepada semua orang yang ditemui terutama terutama tetamu yang hadir pada hari ini dan esok.
6.5.4 Perubahan kelas pada tahun hadapan adalah bergantungkepada PAT 2014.


Bacaan doa, nyanyian lagu, dan bacaan ikrar.

Ucapan guru bertugas minggu lepas oleh Cik Nurul Aqilah

Taklimat peperiksaan oleh Pn. Nurul Hidayah

Taklimat disiplin oleh Pn. Zahrulhuda.

Ucapan En. Sukimin (Guru Besar).

Thursday 23 October 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-38

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-38

Tarikh     : 20 Oktober 2014
Hari        : Isnin
Masa      : 7.40-8.10 pagi
Tempat   : Dataran Perhimpunan SEDERAP
Kehadiran Guru   : 25/30


Guru Bertugas   :  
(1) Pn. Noor Asiah binti Mohd Yusof
(2) Pn. Noor Hayati binti Miswan
(3) Pn. Wan Salawati binti Wan Md. Nor
(4) Cik Nurul 'Aqilah binti Mohd Tahir
(5) Encik Maz Azlee bin Azahari

Guru Tidak Hadir  : 
(1) Encik Maz Azlee bin Azhari (Cuti)
(2) Pn. Noor Hayati binti Miswan (Cuti Separuh Gaji)
(3) Pn. Ifahayati bt Ismail (MC)
(4) Pn. Sha'azrina bt Imran (Cuti Rekod Khas)
(5) Pn. Wan Salawati bt Wan Mohd Noor


Laporan Perhimpunan
(1) Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn. Norwati.
(2) Bacaan Doa oleh pengawas bertugas.
(3) Bacaan Ikrar Rukun Negara & Ikrar Pengguna Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Noor Asiah.
(4) Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas.
(5) Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Fauzan mengenai:
     -  Disiplin murid. Terdapat murid yang berkuku panjang dan rambut tidak bersikat apabila datang ke                   sekolah. Murid dinasihatkan agar menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
     -  Surat mengenai yuran pembayaran PIBG telah diedarkan, pastikan setiap keluarga menjelaskan yuran               tersebut sebelum tahun berakhir.
     -  Penggunaan pusat sumber perlu berdisiplin, buku perlu pasti disusun dengan kemas sebelum                             meninggalkan perpustakaan dan pastikan keadaan perpustakaan sentiasa bersih dan senyap.
(6) Ucapan guru bertugas pada minggu ini oleh Pn. Noor Asiah mengenai tema pada minggu ini (Sikap Rajin).
     -   Murid perlu rajin ke sekolah dan menimba ilmu.
     -   Menyiapkan setiap tugasan yang diberikan oleh guru.
     -   Perlu mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan akhir tahun bakal menjelang
(7) Pn. Noor Asiah juga telah memberitahu beberapa pengumuman iaitu:
     -   Pada hari Rabu sekolah akan bercuti sempena Hari Deepavali
     -   Pada minggu hadapan akan bermulanya peperiksaan akhir tahun
(8) Perlantikan Pangkat Koperal dan Lans Koperal Kadet Remaja Sekolah.
     -  Guru besar telah memakaikan lencana pangkat kepada 4 orang ahli KRS.
(9) Ucapan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid:
     -  Memberi peringatan bahawan Peperiksaan Akhir Tahun akan berlangsung pada minggu hadapan
     -  Diharapkan murid membuat ulang kaji
     -  Pastikan kehadiran ke sekolah baik semasa minggu peperiksaan supaya dapat menjawab semua kertas             peperiksaan
     - Mengucapkan tahniah kepada ahli KRS yang mendapat pelantikan Koperal dan Lans Koperal.








Bacaan Ikrar Rukun Negara



Bacaan Ikrar Murid



Encik Rosdin memberikan ucapan



Ahli KRS yang mendapat lantikan Koperal dan Lans Koperal




Guru Besar menyampaikan lencana lantikan

Wednesday 22 October 2014

MEMO PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014

MEMO PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014
Makluman kepada ibu bapa dan murid SEDERAP peperiksaan akhir tahun akan diadakan seperti ketetapan berikut
Tarikh : 27-31 oktober 2014
Hari    : Isnin- jumaat
Tahun : darjah 1-5

Disertakan bersama ini jadual peperiksaan akhir tahun. Untuk makluman ibu bapa memo dan jadual peperiksaan sudah  diedarkan dan  ditampal didalam buku komunikasi pada 21 Oktober 2014 (selasa).

Selamat menduduki peperiksaan akhir tahun kami para guru ucapkan buat murid-murid SEDERAP. Semoga murid-murid SEDERAP dapat menjawab dengan tenang dan beroleh keputusan yang cemerlang.

Sedikit makluman tanda berlorek di dalam jadual menunjukkan murid belajar seperti biasa (ulangkaji pelajaran).

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014

Tuesday 21 October 2014

PELAKSANAAN PROGRAM SEGAK SK. DESA PINGGIRAN PUTRA 2014

Tarikh : 03 Oktober 2014
Tempat : Dataran Perhimpunan dan Bilik Gerakan Kokurikulum
Guru terlibat:
1. En. Maz Azlee bin Azhari
2. En. Zakaria bin Sha`ari
3. Pn. Ifahayati bt Ismail
4. Cik Ili Syahirah bt Abd. Ghani

Pemantauan
1. En Sukimin bin Juki - Guru Besar SK. Desa Pinggiran Putra
2. Pn. Maznah bt Mohd Noor - Penolong kanan Kurikulum /Pentadbiran
3. En. Rosdin bin Ibrahim - PK HEM
4. Pn. Salmah bt Ismail - PK Kokurikulum


Pengenalan



Program penilaian  Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan  ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Menengah

Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari.  Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.




Definisi Kecergasan Fizikal

“Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.”

Falls, 1980

Objektif


Murid dapat :
1.     mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
2.     melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
3.     menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;
4.     melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
5.     pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

Prosedur

Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, kebolehan murid, serta mengambilkira peralatan dan tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma.

Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka.  Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan.  Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut;
1.            Naik Turun Bangku ( 3 minit )
2.            Tekan Tubi ( 1 minit )
3.            RIngkuk (1 minit )
4.            Jangkauan Melunjur (3 kali percubaan)

Ukuran Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.


PELAKSANAAN

Naik turun bangku - 3 minit

Tekan tubi - 1 minit

Ringkuk - 1 minit

Jangkauan Melunjur - 3 kali percubaan
Ukuran Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini



Terima kasih kepada guru-guru yang telah melaksanakan SEGAK ini. Terima kasih juga kepada guru besar En. Sukimin bin Juki , En Rosdin dan Pn. Maznah yang membantu dan memantau program ini dilaksanakan.



Monday 20 October 2014

SEDERAP TUAN RUMAH MAHRAJAN KALAM JAMA'IE DAERAH SEPANG 2014

SEDERAP TUAN RUMAH MAHRAJAN KALAM JAMA'IE DAERAH SEPANG 2014

Tarikh : 24 September 2014
Hari  : Rabu
Masa : 8.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : SEDERAP

Walaupun sudah hampir sebulan SEDERAP menjadi tuan rumah Mahrajan Kalam Jama'ie Daerah Sepang 2014, rasanya masih belum terlewat untuk berkongsi gambar sepanjang pertandingan dijalankan. Sebanyak 12 buah sekolah telah menyertai pertandingan dan setiap pasukan memberikan saingan yang sangat sengit. Pertandingan ini dijalankan bukan semata-mata memilih pemenang untuk mewakili daerah Sepang ke peringkat zon tetapi sebagai wadah menambah minat dalam matapelajaran Bahasa Arab dan juga pemangkin keyakinan diri dikalangan pelajar.

Antara sekolah yang bertanding.

Pegacara Majlis

Barisan hakim.

Kehadiran En. Sukimin (Guru Besar) merupakan semangat kepada pelajar-pelajar yang mewakili SEDERAP.

Hehehe...masih dapat bergambar dengan tetamu VIP walaupun tidak menang.

Sebelum majlis penutup

Menanti ketibaan tetamu.

VIP

LAPORAN SUKAN TAHUNAN SEDERAP KALI PERTAMA 2014 (SEMASA)

LAPORAN SUKAN TAHUNAN SEDERAP KALI PERTAMA 2014 (SEMASA)

Tarikh : 27 September 2014
Hari : Sabtu
Tempat : Padang SEDERAP
Perasmi : YB. Tuan Shahrum bin Dato' Hj. Mohd Sharif



ATURCARA MAJLIS


7.30 Pagi:Guru dan murid-murid berkumpul di padang SEDERAP
7.45 Pagi:Ketibaan para tetamu dan ibu bapa atau penjaga.
8.30 Pagi:Ketibaan YB. Tuan Shahrum bin Dato' Hj. Mohd Sharif
:Bacaan Doa
:Nyanyian lagu Negaraku
:Nyanyian lagu Negeri Selangor
:Nyanyian lagu Sekolah
:Perbarisan dan lintas hormat
:Bacaan Ikrar Sukan
:Ucapan Aluan Guru Besar : En. Sukimin bin Juki
:Ucapan Perasmian Sukan : YB Tuan Shahrum bin Dato' Hj Mohd Sharif
:Penyampaian cenderamata kepada perasmi
:Lawatan ke khemah peserta
:Acara sukan tahunan dimulakan
:Cabutan bertuah
:Acara penyampaian hadiah dan piala pusingan
2.00 Petang:Tamat



7.30 Pagi : Guru dan murid-murid berkumpul di Padang SEDERAP
(Tindakan : Guru rumah sukan)

7.45 Pagi : Ketibaan para tetamu dan ibu bapa atau penjaga.
(Tindakan: AJK Pendaftaran Ibu Bapa)

8.30 Pagi : Ketibaan YB Tuan Shahrum bin Dato' Hj. Mohd Sharif (ADUN Dengkil)

8.35 Pagi: Bacaan Doa oleh Ustaz Zulhilmi bin Nawawi

8.40 Pagi: Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah.
(Tindakan: Pengacara)

8.50 Pagi : Murid-murid bergerak ke khemah rumah sukan masing-masing.
(Tindakan: Pengurus Rumah Sukan)

8.50 Pagi: Pasukan Perbarisan bersedia.
8.55 Pagi : Perbarisan dan lintas hormat.
Bacaan Ikrar Sukan.


9.00 Pagi : Ucapan Aluan Guru Besar SEDERAP En. Sukimin Bin Juki

9.10 Pagi: Ucapan Perasmian Sukan oleh YB Tuan Shahrum bin Dato' Mohd Sharif.

9.20 Pagi: Penyampaian cenderamata kepada perasmi.
9.25 Pagi: Lawatan ke khemah peserta



ACARA SEMASA HARI SUKAN

No. AcaraAcaraTahunKategori
1Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu1Lelaki
2Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu1Perempuan
3Leret Bola Dengan Gelung Rotan1Campuran
4Leret Bola Dengan Kayu Hoki2&3Lelaki
5Leret Bola Dengan Kayu Hoki2&3Perempuan
6Isi Air Dalam Botol2&3Campuran
7Lari 50 Meter3Lelaki
8Lari 50 Meter3Perempuan
9Lari 100 Meter4Lelaki
10Lari 100 Meter4Perempuan
11Lari 100 Meter5Lelaki
12Lari 100 Meter5Perempuan
13Lari 4x100 Meter4Lelaki
14Lari 4x100 Meter4Perempuan
15Lari 4x100 Meter5Lelaki
16Lari 4x100 Meter5Perempuan
17Sukaneka Susun Bata4Lelaki
18Sukaneka Susun Bata4Perempuan
19Lari 200 Meter4Lelaki
20Lari 200 Meter4Perempuan
21Lari 200 Meter5Lelaki
22Lari 200 Meter5Perempuan
23Lari 4x200 Meter4Lelaki
24Lari 4x200 Meter4Perempuan
25Lari 4x200 Meter5Lelaki
26Lari 4x200 Meter5Perempuan
27Sukaneka Susun Bata5Lelaki
28Sukaneka Susun Bata5Perempuan
29Mencari Harta KarunPIBG, Pegawai Sukan dan Guru
30Boling Bola RagbiKaum Bapa
31Cucuk Benang Dalam JarumKaum Ibu
32Kayuh Basikal LambatTerbuka
33Cabutan BertuahPIBG, Pegawai Sukan dan Guru

Acara Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu Lelaki dan Perempuan. (Tahun 1)

Acara Leret Bola Dengan Gelung Rotan Campuran (Tahun 1)

Acara Leret Bola Dengan Kayu Hoki Lelaki (Campuran Tahun 2 & 3)
Acara isi air dalam botol campuran (tahun 2 & 3)


Acara Larian (Lelaki)

Acara Larian
Acara sukaneka susun batu bata

Sukaneka (Ibu bapa dan guru)

KEPUTUSAN


Pemenang
No. AcaraKategori AcaraJenis AcaraNama AcaraKelasJantinaTarikh DijalankanJohanNaib JohanKetigaKeempat
1PadangIndividuLontar PeluruTahun 4L2/9/201409214KuningHijauMerahBiru
2PadangIndividuLontar PeluruTahun 4PKuningBiruHijauKuning
3PadangIndividuLontar PeluruTahun 5LBiruMerahHijauHijau
4PadangIndividuLontar PeluruTahun 5PHijauHijauMerahKuning
5PadangIndividuLompat TinggiTahun 4LBiruHijauBiruKuning
6PadangIndividuLompat TinggiTahun 4PKuningBiruHijauMerah
7PadangIndividuLompat TinggiTahun 5LMerahBiruHijauKuning
8PadangIndividuLompat TinggiTahun 5PHijauBiruBiruHijau
9PadangIndividuLompat JauhTahun 4L
10PadangIndividuLompat JauhTahun 4P
11PadangIndividuLompat JauhTahun 5L
12PadangIndividuLompat JauhTahun 5P
13BalapanIndividuLari 50 mTahun 3LBiruKuningMerahMerah
14BalapanIndividuLari 50 mTahun 3PMerahHijauHijauBiru
15BalapanIndividuLari 100 mTahun 4LBiruKuningMerahMerah
16BalapanIndividuLari 100 mTahun 4PHijauBiruKuningMerah
17BalapanIndividuLari 100 mTahun 5LMerahMerahBiruHijau
18BalapanIndividuLari 100 mTahun 5PMerahMerahHijauBiru
19BalapanIndividuLari 200 mTahun 4LBiruKuningMerahHijau
20BalapanIndividuLari 200 mTahun 4PKuningHijauBiruMerah
21BalapanIndividuLari 200 mTahun 5LMerahHijauKuningbiru
22BalapanIndividuLari 200 mTahun 5PMerahBiruHijauKuning
23BalapanBerpasukanLari Berganti 4 x 100 mTahun 4LBiruHijauMerahKuning
24BalapanBerpasukanLari Berganti 4 x 100 mTahun 4PKuningMerahHijauBiru
25BalapanBerpasukanLari Berganti 4 x 100 mTahun 5LBiruMerahHijauKuning
26BalapanBerpasukanLari Berganti 4 x 100 mTahun 5PMerahKuningHijauBiru
27BalapanBerpasukanLari Berganti 4 x 200 mTahun 4LBiruKuningHijauMerah
28BalapanBerpasukanLari Berganti 4 x 200 mTahun 4PKuningmerahhijaubiru
29BalapanBerpasukanLari Berganti 4 x 200 mTahun 5LBiruMerahKuningHijau
30BalapanBerpasukanLari Berganti 4 x 200 mTahun 5PMerahkuninghijaubiru
31SukanekaBerkumpulanBawa bola ping pong dalam SuduTahun 1LHijauKuningMerahBiru
32SukanekaBerkumpulanBawa bola ping pong dalam SuduTahun 1PHijauBiruMerahKuning
33SukanekaBerkumpulanLerek Bola Dgn Gelung RotanTahun 1L&PKuningMerahHijauBiru
34SukanekaBerkumpulanLerek Bola Dgn Kayu Hoki LTahun 2 & 3LKuningBiruHijauMerah
35SukanekaBerkumpulanLerek Bola Dgn Kayu Hoki PTahun 2 & 3PKuningHijauBiruMerah
36SukanekaBerkumpulanIsi Air Dlm Botol L&PTahun 2 & 3L&PBiruKuningHijauMerah
37SukanekaBerkumpulanSusun Batu BataTahun 4LMerahKuningHijauBiru
38SukanekaBerkumpulanSusun Batu BataTahun 4PMerahHijauKuningBiru
39SukanekaBerkumpulanSusun Batu BataTahun 5LBiruHijauMerahkuning
40SukanekaBerkumpulanSusun Batu BataTahun 5PbiruHijauKuningMerah
41KhasBerkumpulanPerbarisanTerbukaKuningBiruMerahHijau
42KhasBerkumpulanHiasan Khemah SukanTerbukaKuningMerahHijauBiru