Saturday 25 July 2020

SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN (SPAH)@ECO GARDEN SEDERAP

SPAH bermaksud ‘Sistem Penuaian dan Penggunaan Semula Air Hujan’. Melalui sistem ini, air hujan dikumpul daripada bumbung dan kemudiannya disalurkan ke tong penyimpanan air hujan sebelum digunakan. Antara kebaikan SPAH adalah dapat mengurangkan larian air ke permukaan longkang seterusnya dapat membantu mengurangkan kos bil air untuk kegunaan kebun. Pelaksanaan SPAH di Eco Garden SEDERAP adalah dengan menggunakan tiub plastik terpakai dan juga zink terpakai.






Bekerjasama dengan pekerja pembersihan untuk menyiapkan SPAH@Eco Garden SEDERAP







Pelaksanaan SPAH ini banyak memberi kemudahan kepada ECO Garden terutama apabila berdepan dengan krisis bekalan air

Wednesday 22 July 2020

Jadual Waktu PdPc Bil 3/2020

Tarikh kuatkuasa: 27 Julai 2020 (Isnin)
























Cuti Hari Raya Aidiladha

Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid  

Sekolah akan bercuti mengikut ketetapan seperti berikut:  

30 Julai hingga 3 Ogos 2020 (Khamis hingga Isnin)

Sekolah akan dibuka semula pada 4 Ogos 2020 (Selasa).

Selamat Bercuti

Monday 20 July 2020

MINGGU KEDUA PASCA COVID


LAPORAN MINGGUAN



Tarikh   : 20 Julai 2020

Hari       : Isnin





Guru Bertugas :

1.       Pn Siti Suhaida bt Saman

2.       En Muhammad Jawad Faruqi bin Zainal Abidin

3.       Pn Umi Nazihah bt Che Ghani

4.       Pn Norlizawati bt Mohd Razali

5.       Pn Poh Ee Chiun

6.       En Wan Muhammad Hafiz bin wan Yasin



Laporan

  1. Kehadiran murid 7:00 hingga 7:30 pagi
  2. Guru-guru bertugas mengambil suhu murid setiap pagi sebelum murid bergerak ke kelas masing-masing.
  3. Murid-murid sentiasa di ingatkan tentang SOP dan peraturan sekolah yang telah di tetapkan semasa berada di sekolah.
  4. Ibu bapa boleh merujuk link di bawah bekaitan FAQ Pembukaan Semula Sekolah SEDERAP https://drive.google.com/file/d/13oeTIiJZILvh2QNa6snilNz9qzPQVD3U/view?usp=drivesdk














Saturday 18 July 2020

GOTONG ROYONG@ECO GARDEN SEDERAP

 

Gotong Royong

Antara aktiviti yang dijalankan dalam gotong royong tersebut ialah membersihkan kawasan persekitaran, menambah baik, memelihara dan menanam semula pokok-pokok yang rosak dalam tempoh PKP yang lepas dan menyemai biji benih yang baharu.


Memindahkan pokok-pokok ke dalam pasu









Menambahbaik dan menanam semula pokok-pokok yang telah rosak


Menyemai batang bayam brazil

Membersihkan dan mencabut rumput dalam polybeg dan pasu

Menyediakan bekas semaian menggunakan bahan terpakai

Menyiram pokok-pokok di Eco Garden SEDERAP