Friday 28 February 2020

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN (1) 2021/2022

Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu (1) 2021/ 2022 – Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah (kemasukan murid tahun 1 2021 2022) ketika berumur tujuh tahun. 
1. Maklumat mengenai permohonan kemasukan Tahun 1 ambilan 2021/ 2022 adalah seperti berikut:Permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM – bagi seluruh negeri di Semenajung Malaysia termasuk  Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

    • Dibuka mulai 01Mac 2020 hingga 30 April 2020
    • Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
    • Kemasukan Tahun 2021 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015.
    • Kemasukan Tahun 2022 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016.
            
2.   Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara atas talian    dengan mengisi butiran diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu 1 Mac 2020 hingga 30 April 2020 pada waktu pejabat  untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen.

3 . Sila bawa bersama dokumen berkaitan seperti berikut ; dokumen yang diperlukan  
   a.  Sijil lahir anak berkenaan (asal dan 1 satu salinan) 
   b.  Kad pengenalan ibu bapa / penjaga asal dan 1 salinan bagi                                 kedua-dua ibu bapa) 
   c.  Surat nikah / surat cerai (asal dan 1 salinan) 
   d. (Bukti alamat tinggal) salinan bil elektrik / bil air / cukai pintu /
        perjanjian jual beli Januari atau Februari yang terkini.
   e.  Sampul surat bersaiz 6" x 9" dan setem berharga RM1.00 
   f.   Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)



Wednesday 26 February 2020

KEJOHANAN CATUR MSSS 2020

Kejohanan MSSS Catur peringkat negeri Selangor telah diadakan pada 17 hingga 20 Februari 2020 yang lalu di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Sabak Bernam. Sederap telah menghantar 2 orang pemain mewakili daerah Sepang untuk kategori individu dan pasukan perempuan bawah 12 tahun . Kejohanan berjalan selama 4 hari. Sebanyak 7 pusingan perlawanan individu dan 5 pusingan kategori berkumpulan. Tasneem bt Mohammad Razief Hakiem dan Aleesya Hani bt Husaini yang  telah mewakili daerah ke peringkat MSSS berjaya  mendapatkan tempat ke-5 untuk kategori berpasukan P12. 













Tuesday 25 February 2020

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-9 24/2/2020

Guru Bertugas :
1.En. Mohd Faizul b. Zakaria ( Pengacara)
2.Pn. Sha'azrina bt Mohd Imran
3. Cik Nanthini Mahaendran
4.Pn. Nik Asmah bt. Ruman
5.Pn. Suraya bt. Saad

1.0 Bacaan doa :  Hassan Amsyar bin Azli


2.0 Konduktor lagu rasmi : Puan Norwati binti Mohammad Supian


3.0 Bacaan ikrar murid : Mohd Darwisy bin Mohd. Shahril


4.0 Laporan guru bertugas mingguan: Puan  Wan Anna Wahidah bt. Wan Mat Tahir

      - Murid-murid dikehendaki mematuhi peraturan sekolah terutamanya semasa berada di kantin dan di dewan    terbuka.
      -  Nurid-murid di minta tidak berbuat bising dan berlari-lari di dewan terbuka terutamanya selepas waktu rehat.


5.0 Ucapan oleh pihak pentadbir: Pn . Maznah bt Mohd Noor 

      - Murid-murid dikehendaki melibatkan diri dalam semua aktiviti di dalam kelas masing-masing.
     -  Murid-murid diminta untuk merebut peluang menyertai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan mewakili sekolah dalam pertandingan  tertentu.
     -  Murid-murid juga diminta memanfaatkan peluang dan sumber yang ada di sekolah  serta menjaga kebersihan dan keceriaan kelas.
     - Murid-murid diminta  agar tidak menconteng buku terutamanya buku tulis.
     - Tema sivik minggu ini ialah hormat-menghormati. Oleh itu, setiap murid hendaklah saling hormat-menghormati dan bercakap sopan kepada guru dan rakan.
     - Setiap murid haruslah menetapkan sasaran akhir persekolahan untuk menjadi seorang yang berjaya.


6.0 Penyampaian Hadiah dan sijil

     -     World Thinking Day Run Pandu Puteri Tunas
     -     Scrabble Gala 9

7.0  Hadiah Kecerian Kelas
      
     -  Tahap 2 
       Tempat pertama - 6 Cheetah
       Tempat kedua - 5 Sitosina
       Tempat ketiga -  6 Jaguar
     
     -  Tahap 1
       Tempat pertama - 3 Berlian
       Tempat kedua - 1 Renang
       Tempat ketiga -  2 Aurum

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas



Penerima hadiah dan sijil World Thinking Day Run Pandu Puteri Tunas

Penerima hadiah dan sijil Pertandingan Scrabble Gala 9

                                                                                             

                                                                                       
Penerima hadiah keceriaan kelas tahap 2 tempat pertama

Penerima hadiah keceriaan kelas tahap 1 tempat pertama
                                                    








Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 15 Februari 2020, seramai 12 murid dari SEDERAP telah menyertai Pertandingan Scrabble Gala 9 anjuran Scholar's Scrabble Club yang bertempat di Messa Mall, Negeri Sembilan. Pertandingan ini telah disertai oleh murid-murid sekolah rendah dan menengah dari seluruh negeri di Malaysia. Murid SEDERAP telah menyertai bagi kategori Primary Novice. Berikut adalah beberapa kejayaan murid-murid SEDERAP.


TEMPAT KE-2 ADIK ZHARIF SORFINA BT. ZAKI


TEMPAT KE-6 ADIK AQIL HAKIMI B. AB. RAHIM






PESERTA BERGAMBAR BERSAMA PENTADBIR DAN GURU-GURU BAHASA INGGERIS





Saturday 22 February 2020

PENGHASILAN BAJA KOMPOS, ECO BAJA DAN ECO RACUN SERANGGA@ECO GARDEN SEDERAP

 Baja Kompos

Hasil daripada sisa-sisa dapur (seperti kulit telur, kulit bawang, kulit buah - kecuali sisa-sisa yang berminyak) juga boleh dijadikan baja organik. Kami melaksanakan inisiatif ini bersama-sama. Hasil daripada sisa dapur di bawa ke sekolah dan di masukkan ke dalam tong khas yang disediakan di Eco Garden SEDERAP. Selain selamat digunakan terhadap alam sekitar, kami juga dapat menjimatkan kos membeli baja organik yang agak mahal.






Sisa-sisa kompos dikumpulkan dalam tong khas yang telah dilabel


Eco Baja

Projek Baja Organik (Eco Baja) yang dilaksanakan oleh Kelab Kitar Semula SKDPP bertujuan untuk memberi pengalaman dan pengetahuan yang pelbagai kepada murid disamping dapat mengurangkan kos membeli baja organik yang mahal untuk tanaman di Eco Garden SEDERAP


Antara bahan yang terkandung dalam baja organik yang ialah kulit pisang, kulit telur, kulit bawang dan air beras. Kulit pisang, kulit bawang dan kulit telur dikisar sehingga hancur dan setelah itu dicampurkan dengan air beras di dalam bekas besar. Campuran itu kemudiannya ditutup dengan kain bersih untuk mengelakkan daripada dimasuki serangga dan membantu pengudaraan semasa proses fermentasi. Bahan campuran tersebut diperam selama 2 minggu. Selepas 2 minggu, hasil proses bahan campuran ditapis dan dimasukkan ke dalam bekas bersih yang bertutup rapi. 




Proses membotol dan melabel Eco Baja



Eco Racun Serangga

Kami juga mengambil inisiatif untuk menghasilkan racun serangga organik. Racun serangga yang dihasilkan dibuat daripada bawang putih, cili api dan sabun pencuci pinggan. Bawang putih dan cili api dikisar sehingga hancur dan kemudiannya ditapis untuk mendapatkan air patinya. Air pati ini perlu disimpan di dalam peti sejuk untuk mengelakkan daripada rosak. Sebelum digunakan, air pati ini terlebih dahulu diisikan ke dalam bekas penyembur dan dicampurkan dengan cecair pencuci pinggan sebelum digunakan ke atas tanaman sebagai racun serangga organik. Racun ini sangat berkesan untuk menghalang serangga perosak. Kos yang diperlukan untuk menghasilkan baja ini sangat rendah, namun untuk keberkesanan, racun ini perlu kerap disembur pada tanaman.







Proses membuat eco racun serangga