Tuesday 30 January 2018

Cuti Thaipusam

Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid  
Sekolah akan bercuti mengikut ketetapan seperti berikut:  
31 Januari 2018 (Rabu)
Sekolah akan dibuka semula pada 1 Februari 2018 (Khamis).
Selamat bercuti.

KEJOHANAN MSSD

PELAPORAN KEJOHANAN BOLA BALING
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEPANG 
TAHUN 2018

Tarikh   : 29 Januari 2018
Tempat : SK Kota Warisan
Masa     : 08.00 pagi - 04.00 petang
Pengurus  Pasukan : Pn Fauzan
Jurulatih : En Muhammad Jawad Faruqi



 PENCAPAIAN 
Naib Johan Plate
Nama Pemain
MUHAMAD AMIR HAKIM BIN PADZAL
MUHAMMAD IMAN NA'IM BIN MOHAMMAD NAZRI
MUHAMMAD AMMAR FITRI RIEZMAN BIN RIZALMAN
MUHAMMAD SYAHID HAKIMI BIN MOHD FAIZAL
MUHAMMAD AZFFAR ZAHID BIN ZAIDI
MUHAMMAD HAZIEM RIZMIE BIN NORIZAL
IZZAT HAKIMI BIN ROSLI
MUHAMMAD HAZIM BIN KAHARUDEAN
AHMAD IQBAL BIN MOHD NORIZAN
MUHAMMAD AIMI NURHAFISZAN BIN SHAMZOLBAHARI
MUHAMMAD IQRAM RAYYAN BIN SHASHE AZLEE
IQBAL RAFIQUE BIN MOHAMAD ZAIRI
AFIQ HARIZ BIN ROSLI

Disediakan oleh
Salmah Ismail
PK Kokurikulum

LAPORAN BADMINTON MSSD SEPANG 2018

LAPORAN  BADMINTON MSSD SEPANG 2018

Pada 25 dan 26 Januari 2018 pihak sekolah telah menyertai pertandingan Badminton MSSD 2018 yang berlangsung di SJKC Sin Ming. Seramai 13 orang pemain yang telah kita daftarkan untuk menyertai pertandingn tersebut dan akhirnya kita berjaya mendapat tempat KETIGA BERGU PEREMPUAN Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain badminton SEDERAP yang menunjukkan komitmen untuk menyertai pertandingan tersebut.

Berikut adalah laporan pertadingan

Perseorangan

Nur Aisyah Iman menang SK Tmn Seroja
Nur Aisyah Iman kalah SJKC Sin Ming ( Johan Kejohanan)

Nurul Shuhadah Menang SK Dengkil
Nurul Shuhadah Kalah SJKC Sin Ming ( Ketiga Kejohanan)

Nur Aina Atiqah Menang SJKT BBST
Nur Aina Atiqah Kalah SJKC Wah Lian

Nur Aireen Farisha Menang SK Sg Merab Luar
Nur Aireen Farisha Menang SK BBST
Nur Aireen Farisha kalah SJKC Sin Ming ( Naib Johan kejohanan)

Muhammad Amir Amzar Menang SKBBST
Muhammad Amir Amzar kalah SKDAB

Muhammad Ajmal Amin Kalah SJKC Sin Ming (Ketiga Kejohanan)

Abdul Rahman Kalah SK Dengkil

Muhammad Irsyaduddin hafiy Kalah Sk Tmn Seroja

Bergu

Ajmal Amin/Amir Amzar menang SK Dengkil
Ajmal Amin/Amir Amzar Kalah SJKC Sin Ming

Akid Haikal / Radin M.Aqil Kalah SJKC Sin Ming (Johan Kejohanan)

Nur Athirah / Nur Aireen Menang SK DAB
Nur Athirah / Nur Aireen Menang SK Cyberjaya
Nur Athirah / Nur Aireen Kalah SJKC Sin Ming ( Naib Johan Kejohanan)-Separuh Akhir

Nurshuhada / Nur Ein Menang SK Dengkil
Nurshuhada / Nur Ein Kalah SJKC Sin Ming (Johan Kejohanan)

PEMENANG BERGU PEREMPUAN MSSD BADMINTON SEPANG 2018



KETIGA BERGU PEREMPUAN MSSD BADMINTON 2018

IBUBAPA PELAJAR YANG TURUT HADIR

PEMAIN BADMINTON SEDERAP 2018

SESI PENYAMPAIAN HADIAH


Monday 29 January 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-5


Tarikh                          : 29 Januari 2018 ((Isnin)
Masa                            : 7:40 pagi – 8:10 pagi
Tempat                         : Dataran Perhimpunan SEDERAP
Guru Bertugas            : En. Mohd Azizun Sauri bin Aziz
                                        Pn. Noor Hayati binti Miswan
                                        Pn. Nurul Hidayah binti Wahid @ Ab Wahid
                                        Pn. Nor Sabariah binti Awang Ngah
                                        Pn. Nurulhanis binti Noh

Laporan Perhimpunan

  •  Nyanyian 3 buah lagu – Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn Norwati
  •   Bacaan Doa oleh wakil pengawas : Adik Muhammad Irsyaduddin
  •  Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh En. Mohd Azizun Sauri bin Aziz
  •  Bacaan Ikrar murid oleh wakil pengawas : Adik Afiah binti Kaharuddin


Laporan Guru Bertugas oleh Pn Nurul Ruhamaak binti Ab Rahman

1. Keselamtan Diri dan Orang Di Sekeliling
  • Murid diingatkan untuk sentiasa menjaga keselamatan diri masing-masing. Pada minggu lepas, terdapat murid yang melakukan tindakan yang amat membahayakan diri mereka di  mana mereka telah meletakkan kerusi di koridor, berdiri di atas kerusi sambil menjenguk ke bawah. Elakkan untuk mengulangi perbuatan ini terutama mereka yang berada di aras 2 dan 3 kerana perbuatan ini bukan sahaja membahayakn diri sendiri tetapi turut membahyakan orang di sekeliling. Murid juga dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan setiap tindakan yang dilakukan.
2. Kebersihan
  • Murid turut diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekolah termasuk tapak perhimpunan dan di dewan terbuka. Sampah sisa makanan dan minuman perlulah di buang di dalam tong sampah yang telah disediakan. 


Ucapan Pentadbir oleh Pn. Salmah binti Ismail (PK Kokurikulum)

  • Murid perlu lebih bersemangat semasa menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah. Bendera Malaysia yang bergantung di tiang perlulah dinaikkan setiap kali Lagu Negaraku dinyanyikan sambil murid memandang ke arah bendera tersebut. 
  • Murid diingatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan diri. Murid yang tidak sihat hendaklah memaklumkan pada ibu bapa dan mendapatkan rawatan di klinik.
  • Hargai dan manfaatkan sepenuhnya duit belanja yang diberikan oleh ibu dan ayah. Pastikan murid membeli makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan. Elakkan daripada membeli makanan yang tidak berkhasiat yang akan sedikit sebanyak membuatkan murid menjadi tidak semangat untuk belajar.
  • Sekalung tahniah juga untuk pasukan badminton sekolah kerana telah berjaya merangkul tempat ketiga beregu untuk pasukan perempuan.
  • Jika terdapat murid yang berbakat dalam sukan-sukan yang berkaitan contohnya memanah atau renang, boleh maklumkan kepada pihak sekolah. Pihak sekolah akan ketengahkan murid dengan menggilap dan mengembangkan bakat yang ada.
  • Murid tahap 2( tahun 4,5, dan 6) perlu mengambil berat tentang Buku PAJSK ( Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum). Setiap murid tahap 2 perlu memastikan mereka memiliki buku ini kerana buku ini sangat penting sebagai sokongan untuk masuk ke sekolah berasarama penuh kelak. Kehadiran pada setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada setiap hari Rabu juga sangat penting dan akan direkodkan dalam buku ini. Murid di tahun 4 dan 5 perlu menjaga rekod kehadiran mereka kerana markah kokurikulum anda di tahun 6 turut akan mempengaruhi jika murid kerap tidak hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan.
  • Kebersihan kelas- Murid menjaga kebersihan kelas dengan baik. Sampah hendaklah dibuang di dalam tong sampah. Elakkan membuang sisa makanan di dalam tong sampah yang terdapat di dalam kelas kerana ini boleh menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

Hal-hal Lain (Ustaz Zulhilmi)

Pada 25 - 26/1/2018 telah berlangsung Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah Daerah Sepang 2018 (bawah 12 tahun) di SJK (C) Sin Ming, Puchong. SEDERAP turut menghantar wakil murid dalam kejohanan tersebut dan  Nur Aireen Farisha dan Nur Athirah Farisha telah berjaya menyandang tempat ketiga acara beregu (perempuan). 


Gambar: 
Bacaan Doa oleh Adik Irsyaduddin

Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh En. Mohd Azizun

Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Afiah

Laporan Guru Bertugas Mingguan - Pn. Nurul Ruhamaak binti Ab Rahman

Tempat Ketiga Beregu (Perempuan) - Badminton MSSD Bawah 12 tahun

Ucapan Pentadbir - Pn Salmah binti Ismail (PK Kokurikulum)




Friday 26 January 2018

SUKAN DAN PERMAINAN

PERTANDINGAN MERENTAS DESA 
SK DESA PINGGIRAN PUTRA
TAHUN 2018

Tarikh : 27/1/2018
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi – 12 tengah hari
Pakaian
1. Baju T.Shirt Sukan /PJ
2. Memakai kasut
Peserta: Murid-murid Tahun 4,5 dan 6
Pohon pastikan anak tuan/puan bersarapan pagi sebelum ke sekolah.
Pohon juga anak tuan/puan membawa air minuman (air kosong /mineral water)
Kantin akan  dibuka untuk jualan makanan dan minuman.

Kerjasama diucapkan terima kasih.

Laluan Pertandingan Merentas Desa
27 Januari 2018
Disediakan oleh
Salmah Ismail
PK Kokurikulum

Monday 22 January 2018

Peserta Merentas Desa MSSD


Berikut merupakan na mana ma peserta yang mewakili Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra ke Merentas Desa MSSD.

TEMPAT : SMK PANTAI SEPANG PUTRA
HARI.      : RABU
TARIKH. : 24 JANUARI 2018

P12
1. Nur Amylia bt Kamarudin.                     5 Bakawali
2. Che Aina Najwa bt Che Aizul Hisyam   5 Bakawali
3. Afiah bt Kaharudean                                6 Bakawali
4. Ummi Aisyah bt Abdul Hadi                   5 Anggerik
5. Amalia Nuwairah bt Mohd Hasuzi        5 Anggerik

L12
1. Wan Ikhwan Syafik                                  6 Bestari
2. Muhammad Rais Haziq                           6 Amanah
3. Muhammad Syahid Hakimi                   5 Anggerik
4. Muhammaf Faris                                      6 Amanah
5. Muhammad Amirul Hazim                    6 Amanah

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 4

Tarikh                          : 22 Januari 2018
Hari                             : Isnin
Masa                            : 7:40 – 8:10 Pagi
Tempat                        : Dataran perhimpunan SEDERAP
Kehadiran guru           : 44 / 44

Guru bertugas             : Encik Faizul bin Zakaria
                                      Pn Nurul Ruhamak binti Ab Rahman
                                      Cik Tengku Fairus binti Raja Hassan
                                      Pn Siti Norhazwani binti Zainol
                                      Pn Sha'azrina  binti Mohd Imran
                                      Pn Nurul Huda Wan Abdullah


Laporan guru bertugas oleh Pn Wan Anna Wahidah bt Wan Mat Tahir

1.      KANTIN                                                                                                
       *Murid perlu memastikan pinggan dan cawan diletakkan ditempat yang disediakan.
        *Murid diingatkan  tidak boleh makan sambil berjalan.
        *Murid perlu memastikan waktu rehat dipatuhi dan tidak membuang masa dengan       berbual.    

     DEWAN TERBUKA
     *Murid diingatkan agar menjaga keselamatan diri dengan tidak bermain dan berlari di dewan    terbuka.
     *Murid perlu menjaga disiplin dengan tidak terlalu bising dan perlu mengikut arahan  pengawas  yang bertugas.
     *Murid perlu duduk didalam barisan kelas yang telah ditetapkan dan tidak duduk dalam kumpulan berkelompok.

Ucapan pentadbir oleh Encik Rosdin bin Ibrahim
1.      Penerangan tentang kemenjadian murid.
a)      Murid perlu ada inisiatif sendiri untuk berjaya.
b)      Murid perlu mengambil setiap peluang yang ada.
c)      Murid perlu aktif dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti disekolah.



Hal-hal lain : tiada.

Wednesday 17 January 2018

KOKURIKULUM


AKTIVITI MINGGUAN UNIT KOKURIKULUM
DAN PERHIMPUNAN RASMI PASUKAN BADAN  BERUNIFORM 2018

KELAB PERSATUAN/SUKAN PERMAINAN
PASUKAN BADAN BERUNIFORM
PERHIMPUNAN RASMI PBB
CATATAN
17 JAN
24 JAN
15 JAN
TKRS
07 FEB
14 FEB
12 FEB
PENGAKAP
21 FEB
28 FEB
12 MAC
PPIM
07 MAC
14 MAC
16 APRIL
PPT
28 MAC
04 APRIL
14 MEI
TKRS
11 APRIL
18 APRIL
16 JULAI
PENGAKAP
25 APRIL
02 MEI
13 OGOS
PPIM
09 MEI
04 JULAI
17 SEPT
PPT
11 JULAI
18 JULAI
15 OKT
TKRS
25 JULAI
01 OGOS
12 NOV
PENGAKAP
08 OGOS
15 OGOS


29 OGOS
05 SEPT




Makluman 1
Adalah dimaklumkan jadual di atas adalah tarikh pelaksanaan aktiviti mingguan kokurikulum untuk kelab Persatuan, Pasukan Badan Beruniform, Sukan dan Permainan serta tarikh untuk pemkaian baju unit beruniform samada t.shirt beruniform atau set baju yang lengkap untuk Perhimpunan Rasmi Badan Beruniform yang diadakan pada hari Isnin minggu ketiga bagi setiap bulan.

Makluman 2
Untuk pelaksanaan Aktiviti Mingguan Kokurikulum pada setiap hari Rabu pula (rujuk jadual) murid-murid dikehendaki memakai baju mengikut unit badan beruniform masing-masing. Murid-murid tidak dibenarkan balik selepas waktu akhir PdP dan terus bearda di sekolah   sehingga waktu kokurikulum tamat iaitu pada jam 04.30 petang.

Makluman 3
Setiap orang murid Tahun 4, 5 dan 6 dikehendaki mempunyai Buku Rekod PAJSK yang boleh dibeli di kedai buku sekolah. Buku rekod ini penting untuk catatan aktiviti, kehadiran, penyertaan dan pencapaian murid dalam kokurikulum. Murid-murid juga digalakkan mempunyai buku log untuk aktiviti mingguan kokurikulum untuk kelab persatuan dan unit beruniform. Buku ini boleh digunakan selama 3 tahun bermula dari tahun 4 hingga tahun 6. Galakkan dari ibu bapa adalah amat dihargai untuk kecemerlangan kokurikulum anak tuan/puan.

Kerjasama diucapkan terima kasih..

SALMAH BINTI ISMAIL
PK Kokurikulum
SK Desa Pinggiran Putra.