Monday 20 January 2020

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-4 20/1/2020

Guru bertugas :
1. En. Sashi Kumar a/l Varatharajoo (Pengacara majlis)
2. Pn. Fazira binti Ismail
3. Pn. Nur Izzati binti Muhammad Hairi
4. Pn. Norwati binti Mohammad Supian
5. Pn. Satriana binti Hapi


1.0 Bacaan doa : Mohd Darwisy bin Mohd. Shahril

2.0 Konduktor lagu rasmi : Puan Norwati binti Mohammad Supian

3.0 Bacaan ikrar murid : Azfar Hanan bin Samsul Nazim

4.0 Laporan guru bertugas mingguan: Cik Salwa binti Mohd Hadi
4.1 Murid bising di dewan terbuka selepas rehat.
4.2 Najis bersepah di tandas murid lelaki. Perlu laporkan kepada guru atau pekerja pembersihan segera.
4.3 Terdapat murid yang mengambil barang tanpa bayaran dikedai buku

5.0  Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Kecil SEDERAP 2020
5.1  Gimik Perasmian Majlis Watikah oleh Polis Cawangan MPV IPD Sepang.
5.2  Ucapan pentadbir : En. Rosdin bin Ibrahim (PK HEM); 
5.3  Ucapan perasmian : ASP Basri bin Husain (Ketua Cawangan MPV IPD Sepang)
5.4  Penyampaian Watikah Pemimpin
5.5  Penyampaian cenderamata
5.6  Bacaan ikrar pemimpin kecil


Gambar:

                                                         Bacaan doa oleh Mohd Darwisy

                                                         Bacaan ikrar oleh Azfar Hanan

                                                             Guru bertugas minggu ke-4

                                                  Laporan guru bertugas mingguan oleh Cik Salwa


                                           Jemputan Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Kecil


                                                   Ucapan pentadbir oleh Tn. Hj Rosdin PK HEM 

Ucapan Perasmian oleh ASP Basri bin Husain (Ketua Cawangan MPV IPD Sepang)

MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEDERAP 2020

Tarikh:20 Januari 2020
Hari:Isnin
Masa:7.50-8-30 pagi
Tempat:Dataran perhimpunan SEDERAP
Perasmi:ASP Basri bin Husain, Ketua Unit Kereta MPV, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang
Turut hadir:Puan Fatimah bt Ismail (wakil PIBG)

Majlis penyerahan watikah pelantikan pemimpin kecil bagi Tahun 2020 telah berjaya dilaksanakan seperti yang telah dirancang.  Pemimpin kecil SEDERAP terdiri daripada murid yang memegang jawatan sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Ketua Kelas Serta Penolong Ketua Kelas termasuk Prasekolah dan PPKI.

Semoga dengan adanya majlis pelantikan ini, sedikit sebanyak dapat memberi dorongan dan suntikan motivasi kepada pemimpin kecil untuk menggalas tanggungjawab dengan baik dan amanah.

Gambar-gambar majlis pelantikan pemimpin kecil SEDERAP 2020:

Ketibaan polis IPD Sepang sebagai perasmi

Kereta peronda sebagai gimik 

Pentadbir menyambut ketibaan tetamu 

PK HEM(wakil Guru Besar) mengiringi perasmi majlis ke Pentas utama 


Pengacara majlis

Bacaan doa pembuka majlis
Ucapan PK HEM sebagai wakil Guru Besar

Ucapan perasmian oleh ASP Basri bin Husain,Ketua Unit kereta  MPV,IPD Sepang

Barisan pemimpin kecil SEDERAP 2020

Pentadbir SEDERAP,wakil PIBG dan perasmi majlis


Penyerahan watikah pelantikan kepada wakil pengawas

Penyerahan watikah pelantikan wakil pengawas pusat sumber

Penyerahan watikah pelantikan wakil pembimbing rakan sebaya

Penyerahan watikah pelantikan ketua kelas prasekolah

Penyerahan watikah pelantikan ketua kelas PPKI

Penyerahan watikah pelantikan wakil ketua kelas dan penolong ketua kelas

Penyerahan watikah pelantikan penolong ketua  pengawas 2020 
Penyerahan watikah pelantikan Ketua pengawas 2020

Bacaan ikrar 

Bacaan ikrar diketuai oleh ketua pengawas 

Penyampaian cenderamata kepada perasmi

Penyampaian cenderamata kepada perasmi yang disampaikan oleh PK HEM

Barisan pengawas sekolah Tahun 2020

Barisan pengawas pusat sumber Tahun 2020

Barisan pembimbing rakan sebaya Tahun 2020

Barisan ketua kelas dan penolong ketua kelas Tahun 2020

Barisan Ahli jawatankuasa majlis pelantikan pemimpin kecil Tahun 2020

Mesyuarat Pemuafakatan Ibu Bapa Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) 2020

Hari : Jumaat
Tarikh: 17 Januari 2020
Masa: 2:45 - 4:30 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat Gerbang Minda

Mesyuarat Pemuafakatan bersama ibu bapa telah diadakan pada ketetapan seperti di atas membincangkan pelbagai isu antaranya:

  • Pengenalan kelas, guru dan pembantu pengurusan murid (PPM)
  • Perancangan aktiviti / program tahun 2020
  • Kutipan sumbangan keperluan murid
  • Elaun Murid Khas (EMK)
  • Pendidikan Inklusif
  • Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
  • Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)
  • Penubuhan Jawatankuasa Pemuafakatan Ibu Bapa 
Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Encik Sukimin Bin Juki
Penerangan oleh Penyelaras KPKP Puan Siti Masra Binti Abdul Kadir

                                                   
                                               





Berikut adalah Jawatankuasa Pemuafakatan Ibu Bapa tahun 2020

Penasihat          : Encik Sukimin Bin Juki
Pengerusi          : Encik Mohamad Shaffiq Bin Ishak
Naib Pengerusi : Puan Zanizafaraini Binti Abdullah
Setiausaha         : Siti Norhidayah Binti Azmee
Bendahari          : Encik Mohammad Jawad Faruqi Bin Zainal Abidin
Juruaudit           : Puan noreffyzan Izziaty Binti Samran
AJK                    :  1) Puan Noor Hayati Bin Mustafa
                               2) Encik Izhar Bin Mokhtar
                               3) Puan Muzakiah Binti Abd. Shukor
                               4) Encik Mohd Khidir Bin Taib



Barisan Ahli Jawatankuasa Pemuafakatan Ibu Bapa KPKP 2020




Saturday 18 January 2020

Lagu Sekolah SEDERAP




SEDERAP

Satu tekad satu tujuan
Mengorak langkah seiring wawasan
Menggapai gemilang kita jayakan
Berilmu, Beramal, Beriman teras pegangan

Jasamu guru tidak terkira
Mendidik kami amanah ayah bonda
Berganding bahu satu suara
Doa tawakal seiring usaha

Insan cemerlang tonggak kejayaan
Ilmu disemai membenih harapan 
Bakti ditabur terlaksana cita-cita
Cendekiawan SK Desa Pinggiran Putra

Melodi Ciptaan En. Mohamad Isa bin Ramlan
Senikata: Panel 

Posting mengenai Lagu Sekolah:
Posting Awal
Posting Kedua - Sesi latihan bersama Pencipta Lagu, Skor lagu

PENGGUNAAN BAHAN KITAR SEMULA@ECO GARDEN SEDERAP

Kami menggunakan semula botol terpakai/ bekas sabun terpakai/ bekas telur/ kulit telur/ cawan polisterin terpakai dan tin minuman terpakai sebagai tapak semaian. Penggunaan tayar terpakai yang mudah didapati sebagai pasu menaikkan lagi variasi dalam Eco Garden kami. Selain dapat menjimatkan kos perbelanjaan kebun kami, penggunaan bahan-bahan ini dapat membantu memelihara ekosistem dan mengurangkan pencemaran alam sekitar, Penggunaan kulit telur sebagai bekas semaian sangat bagus kerana kulit telur mengandungi kapur yang boleh dijadikan baja semulajadi kepada tanaman. Jadi hasil semaian dalam kulit telur boleh ditanam terus ke dalam polybag / pasu tanpa perlu mengasingkan/ menanggalkan kulit telur tersebut.


Tayar terpakai dicat semula dan dijadikan sebagai pasu








Menyemai biji benih dalam bekas polisterin terpakai, botol plastik terpakai, bekas telur dan kulit telur


Bekas sabun terpakai juga digunakan sebagai bekas semaian

Keratan batang bayam brazil disemai dalam bekas sabun terpakai